Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Sunday, June 07, 2009

Ulasan: EVERGREY Torn CD

Kehadiran album Torn ini memang ditungu-tunggu. Namun disebabkan komitmen mengumpul barangan IRON MAIDEN menghalang dari pembelian. Untung juga terjumpa CD ini dengan harga yang sangat murah. Your lost is my gain!

Untuk mereka yang tak mengenali EVERGREY, mereka adalah band Prog Metal yang lahir di tengah bandar Death Metal Sweden, Gothenburg. Pertama kali terserempak dengan EVERGREY ketika album pertama lagi, The Dark Discovery semasa bersemangat merilis Metal Terus fanzine (edisi fotostat). Diberi percuma oleh labelnya, untuk promosi dan ulasan. Namun, album ini kurang mencengkam. Atau mungkin saja ketika itu, apa yang disajikan, belum sempat untuk dihadam, atau, tidak tahu cara hendak menghadamnya.

Akibat dari itu, EVERGREY hilang dari radar. Makin ketinggalan tatkala EVERGREY semakin berkembang dan membina tembok sendiri dengan peminatnya yang tersendiri. Satu kerugian besar hinggalah pada suatu hari, EVERGREY muncul kembali. Ketika itu baru disedari, betapa EVERGREY sudah menjadi satu band yang begitu menarik.

Tidak lagi EVERGREY akan ditinggalkan selepas itu.

Album kelapan, bertajuk Torn ini sememangnya ditungu-tunggu. Ada turun naik di sepanjang karier mereka apabila kita bercakap tentang kekuatan album. Namun ianya masih konsisten, tiada album yang buruk. Andai kata ada album yang kurang, mungkin jatuh dalam lingkungan 15%.

Kekuatan utama EVERGREY sudah tentulah nyanyian Tom S. Englund (juga bermain gitar) yang mempunyai pengaruh penyanyi soul/black yang kuat. Itulah keunikan yang membezakan EVERGREY dengan bands yang lain. Disulami dengan muzik Prog Metal yang melodik dan indah, kekuatan ini menaikkan status EVERGREY di kalangan Prog Metal bands yang ada di dunia sekarang ini.

Torn meneruskan kesinambungan elemen Prog Metal dengan vokal soul tersebut. Produksi adalah tip top. Vokal Englund sungguh lemak merdu. Jaringan gitar melodinya meransangkan. Lagu-lagunya tetap seperti dahulu. Ianya tidak terlalu memeningkan kepala kerana EVERGREY bukanlah band yang beria-ia nak menunjuk mereka band paling dahsyat permainannya. EVERGREY ialah berkenaan dengan melodi.

11 lagu (untuk CD versi biasa) yang disajikan cukup untuk mengubati rindu peminatnya. Pada masa yang sama untuk mereka yang terlewat, album ini boleh saja menjadi album pengenalan kepada EVERGREY. Yang pastinya, sesiapa yang dah disajikan dengan EVERGREY akan terperangkap; mereka akan mahukan EVERGREY lagi dan lagi.

Alangkah baiknya jika tour EVERGREY memasukkan Adelaide sebagai salah satu tempat singgah.


  1. "Broken Wings" - 4:42
  2. "Soaked" - 4:58
  3. "Fear" - 4:15
  4. "When Kingdoms Fall" - 5:32
  5. "In Confidence" - 4:03
  6. "Fail" - 4:50
  7. "Numb" - 5:17
  8. "Torn" - 4:43
  9. "Nothing Is Erased" - 4:40
  10. "Still Walk Alone" - 4:43
  11. "These Scars" - 5:51
  12. "Caught In a Lie" - 5:46 (limited edition bonus track)


3 comments:

mangkuk statik said...

canggih gak mat sweden ni nyanyi.. Tak de slang sweden plak..cam org melayu nyanyi lagu mat salleh, mesti ader bau karipap, cendol, kuih serimuka dan dodol.

berteromber said...

gua tak pernah dengar...tapi macam best jer...kena try download ni...gila ahh...berapa banyak dah downlaod tapi tak dengar2..feel beli cd jugak la..

Lutfie said...

makin tua makin sedap pulak layan stail2 cam EVERGREY ni.dulu penah layan tapi takbley masuk.