Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, June 20, 2009

Ulasan: LAUREN HARRIS Calm Before The Storm CD

Untuk mereka yang tidak kenal siapa LAUREN HARRIS, beliau adalah anak kepada Steve Harris, bassist dan kepala IRON MAIDEN. Bapa borek anak rintik.

Dalam kempen Somewhere Back On Tour yang lepas, LAUREN HARRIS menjadi band opening untuk IRON MAIDEN. Mana lagi tempat yang sesuai untuk kick-off karier muzik selain dari menjadi opening band kepada sebuah band gergasi yang mempunyai peminat yang fanatik? Cuma pastinya ada bisik-bisik, kronism dan nepotism. Macam politik juga. Ah, apa kira!

CD ini pun dibeli ketika menonton tour IRON MAIDEN di New Zealand beberapa bulan lepas. Andaikata tidak, kemungkinan CD ini tidak dibeli, bukan sekarang, mungkin akan datang (pasti akan dicari tapi tidak mendesak).

Jarak masa yang lama yang diambil untuk membuat ulasan tentang CD ini dari tarikh belian juga memberi first impression, bukan? Ianya tidak mendesak. Bukan sesuatu yang aku kelam kabut mahu katakan, ayuh beli sekarang!

LAUREN HARRIS tidak menjejaki bapanya dalam bentuk muzik walaupun ada persamaan pada asasnya. IRON MAIDEN dengan progresif Heavy Metal sedangkan LAUREN HARRIS ialah straight-out hard rock. Mungkin pengaruh asalnya pun sudah berbeza, Lita Ford, Doro Pesch etc. Aku kata, go girls!

Untuk mereka yang mencari sesuatu yang berat dan keras mungkin tidak akan menjumpainya dalam album ini. Sebaliknya jika anda mahukan feel good hard rock, dengan lirik 'beremosi' i.e. perasaan cinta, haru, suka, duka; ini sajian untuk anda. Apa nak kata, jiwa bukan selalu kental. Kadang-kadang melayan perasaan pun OK juga.

Keputusannya? Kerana adanya link dengan IRON MAIDEN, sudah tentu aku akan memberi peluang kepada album seterusnya. Dari apa yang didengar semasa tour, LAUREN HARRIS mendendangkan beberapa buah lagu baru untuk album kedua, bunyinya agak bagus dan perlu diberi peluang kedua. Takpe, untukmu Lauren, 47 kali peluang pun akan aku berikan.

  1. *Steal Your Fire - 4:31
  2. Your Turn - 3:41
  3. Get Over It - 3:49
  4. Like It or Not - 3:28
  5. *From the Bottom to the Top - 3:41
  6. Let Us Be - 3:53
  7. Hurry Up - 4:18
  8. *Come on Over - 4:09
  9. Hit or Miss - 3:54
  10. See Through - 3:43
  11. You Say - 4:30
  12. *Natural Thing (Bonus Track) - 3:23

Also Included - Lauren Harris Video Showreel:

  • Featuring Steal Your Fire, Let Us Be and Your Turn Live and Promo Footage
* Steve Harris on bass

6 comments:

Ijau D. Koceng said...

cubala dia letak 1-2 lagu cover maiden dlm album ni, xpyhla lagu keras2... wasting love ke, afraid to shoot strangers ke, etc2 lagu ballad maiden... sure gempak!

Achan Sinclair said...

At first gua usha terkejut..apahal ada nama gua lak kat post ni..skali ada awek chun lak..ahaha..

Dia punya lagu like it or not tu memang menunjukkan ciri-ciri lagu nak masuk carta, catchy sound..hard rock ala Daughtry atau David Cook versi wanita..dan tak berbulu dagu..

berteromber said...

gua dah download lama dah...gua harap macam Doro,Wendy O...tak pun Vixen pun jadi la..tapi macam versi heavy kelly clarkson...hehe..

apa2 hal pun...layan

deaf-angel said...

mm

steve harris main lagu mana? ada taruk credits dia tak?

Dr. Bentara said...

deaf,

aku dah update kat tracklist tu lagu mana Steve main.

deaf-angel said...

thank you very much.. aku curious huhu