Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, June 12, 2009

Cara membezakan restoran mamak, hindu


Ni bukan artikel ras (racist) mahupun menghina mana-mana agama. Sekadar berhati-hati sebagai orang Islam, perlu jaga pemakanan yang halal.

Problem kat Malaysia ialah bab makanan ni ramai orang ambil kesempatan.

Dan ramai juga antara kita peminat masakan India ni.

Mungkin snippet dari artikel ni boleh membantu kita nak beza yang mana satu Mamak (Islam) dan India (Hindu).
Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – "daging lembu" atau "daging kambing". Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada lauk lembu?".

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Boleh la try check!

Di Adelaide, takde kedai mamak stail Malaysia. Yang ada Indian fine diner restaurant. Kalau owner beragama Hindu, memang takde jual daging lembu sekadar lamb atau goat. Kalau 'halal', akan dinyatakan bahawa daging yang sourced adalah dari pusat penyembelihan halal. Fortunately, untuk orang yang merantau macam aku ni, nak makan kat restaurant ni memang tak mampu le so selamat.

Daging sembelih tak jamin yang kita makan tu halal sebab tak check lagi ingredients.

Somebody was saying that, kat Malaysia ni patutnya tulis label HARAM instead of HALAL. Sebab? Sebab kata dia, banyak makanan yang halal berbanding dengan yang haram. Hmmm... ni lain kali boleh cerita.

9 comments:

Anonymous said...

wah tq bro good info,saya pun kdg2 confuse ngan restoran2 mamak ni.ayat suci bergantungan tapi pekerja diaorg lain mcm sikit ada yg pakai gelang benang warna warni..ni org muslim ke ape ni..

Usratika said...

salam

encik ben, gua dah terkena sekali di Sri Gombak.gua main masuk dan nampak ada ebebrapa orang melayu sedang melahap nasi berserta lauk pauk.

Gua confident je makan kat situ.Bila tang nak bayar,masyaallah...pergh..baik je patung-patung ada kat meja kaunter...

gua lebih berhati-hati memilih tempat makan kalau gua travel luar negara.tapi,biasalah,kat negara sendiri kan.tak terfikir pulak akan jadi macam ni.

Ijau D. Koceng said...

restoran anuja kat dpn puduraya rasanya xpnh aku tgk ada lauk daging lembu, slalu kambing je...

aku klu travel (within m'sia) better stick with fastfood restaurant (K*C, M*D, A*W) atleast x was2 & hrga pn acceptable sbb kita dah biasa

berteromber said...

tapi sekarang restoran mamak pun problem jugak...tokey mamak...tapi dia ambik pekerja hindu dari india..(pasal gaji dorang murah) bln posa pun selamba je merokok...bila tanya rupanya bukan islam...kalau dorang yg masak camna pulak...was was gua..

Achan Sinclair said...

ahaa..benda ni gua rasa memang dh jadi isu..kedai mamap tp bukan muslim..banyak gak..kdg2 kita tak perasan sebab mcm ang ckp la, depa taruk frame2 ayat Quran..kita ingat depa muslim.sekali bukan daa...


anyway thanks for info..

Rajarockapak said...

tips yang membantu bro..tp kekadang gua belasah aje,kedai india ke,cina ke,gua sebat je bro.ha..ha..

deaf-angel said...

mm thanks for sharing.

ni memang problem ni kalo makan tak tahu sumber dia dari mana.

mrfarid said...

buat bro berteromber,sekarang ni bukan pekerja hindu dari india sahaja yang menjadi pekerja restoran malahan sekarang ni warga nepal pun dah ada (area kl/sj)..hati-hati..

kadang2 tu pun salah muslim tu juga kalau dah tahu restoran tu bukan restoran islam buat apa masuk..

gayour said...

kena usaha sedayanya untuk cari dan makan yang hahal. baru hati tak hitam legam, tak degil, rajin solat dan melakukan segala yang baik.
moga Allah sentiasa membantu kita kerana ini merupakan antara dugaan/fitnah besar di akhir zaman.