Dalam kedinginan malam nak masuk musim sejuk di Adelaide ni, aku keseorangan menuju ke venue show. The Gov nama venue tu. First time sampai kat situ. Stage ala kadar je. Nampak macam tempat untuk orang-orang tua je kalau takde show.
Tiga bands open untuk PAUL DIANNO. Raven Black Night (Heavy Metal tradisional dengan vokal ala Marcolin CANDLEMASS), Double Dragon (Adelaide premiere melodic Death Metal dengan chugga chugga) dan Black Majesty (Power Metal). RBN nampak macam lesu kecuali gitar vokal. Double Dragon aku dah jemu tengok, lagipun macam tak kena pulak masuk list ni. Tinggal Black Majesty je yang worth mentioning. Suara vokalis yang world-standard dan twin guitar attack yang best. Itu pasal diorang signed dengan Limb Music. Ingat nak beli CD time tu jugak tapi letak harga mahal sangat. Duit pun takde sebab dah queue nak beli baju PAUL DIANNO. Tapi, boleh la korang test lagu depa kat http://www.myspace.com/blackmajesty
Penonton mungkin tak sampai 250 orang. Pada aku dah kira OK la jika nak compare keadaan Adelaide ni yang memang lesu. Tu pasal banyak band skip dari main kat Adelaide. Buat rugi je. Taburan penonton, ramai yang above 30 tahun. Dan rata-rata semuanya pakai baju IRON MAIDEN, termasuklah aku.

Jadi, show ni jadi comparison untuk yang skeptik. Aku tak skeptik, aku tau lagu dia tak best. Aku hanya mahu tengok PAUL DIANNO menyanyikan lagu-lagu IRON MAIDEN. Mungkin majoriti yang datang pun begitu. Dan seolah-olah faham, PAUL DIANNO meletakkan hampir 60% dengan lagu IRON MAIDEN. Untuk itu, kami penonton mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.
Seolah-olah dia faham, album solonya tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa lagu IRON MAIDEN.

Fortunately, mereka jadi back up band yang bagus. Semua lagu IRON MAIDEN dapat dilaksanakan dengan baik sekali.

Dan PAUL DIANNO pun menjelma. Aku tak expect apa-apa. Namun agak terkejut juga melihat fizikal beliau. Of course, beliau dah berumur. Mencecah 50 mungkin dan itu kelihatan pada wajahnya. Badannya agak besar (perut terutamanya) dan lututnya ada masalah. Beliau tidak boleh berjalan dengan betul. Dan pada pertengahan show, beliau seolah-olah mengadu kepada roadie beliau, hal keadaan kakinya yang mungkin jadi sakit kerana berdiri begitu lama.
Di sebalik 'keuzuran' itu, attitude punk beliau tetap tegar. Baju yang dipakai, Ratos De Parao, sebuah band hardcore/punk lagenda Brazil dan seluar celoreng menutup tubuh beliau. Mungkinkah dalam umur sebegitu lanjut, attitudenya tetap sama? Aku tak tau nak menyelami hati beliau, tapi disebalik attitude tersebut, terbit sedikit aura wisdom. Sabar dengan karenah penonton yang 2-3 kali mengganggu stage.
Wrathchild dan Prowler menjadi sajian seterusnya yang disambut baik oleh crowd.

Murders In The Rue Morgue menjadi lagu yang ah... sudah lama tidak ku dengar. Sungguh agresif lagu ini. Dibantu dengan suara PAUL DIANNO yang punkish tu memang kena sungguh. PAUL DIANNO dalam 2 bait lirik lagu ini membuat suara growl. Oh come on Paul, suara lu dah sedap, apahal nak growl?

Tiga lagu terakhir sebelum encore; Killers, Phantom of the Opera dan Running Free digamatkan dengan sorakan crowd. Walaupun tidak ramai, namun keadaan di depan stage seolah-olah venue penuh. Yang muda, terlebih headbanging. Yang dah berumur pula menghayati lagu sambil mulut terkumat-kamit mengikut lirik yang diingati.

Lagu AC/DC, Highway To Hell, surprisingly, menjadi lagu cover PAUL DIANNO malam tu. Kata PAUL DIANNO, moga-moga kena dengan suaranya takut ia menjahanamkan lagu. Memang kena sungguh. Siap dengan serak teran tu! Aku dah kata, suara PAUL DIANNO memang hebat. If only lagu-lagu dalam solo album dia power sikit.
Sanctuary menjadi lagu penutup, well sort off sebelum lagu betul-betul penutup, Blitzkrieg Bop (THE RAMONES). Kena la dengan tour IRON MAIDEN yang lepas, lagu penutup Sanctuary juga tap extended version. Yang versi ini, tidak ada extension. Serupa macam dalam album.

Kepuasan sekadar dapat melihat PAUL DIANNO masa tu, mendendangkan lagu-lagu IRON MAIDEN. Konsep yang sama seperti Somewhere Back In Tour, untuk memberi peluang kepada peminat-peminat baru yang tak sempat menonton ketika zaman asalnya. Memang ia tidak boleh dibanding-banding tetapi mungkin feel tu dapat. Zaman PAUL DIANNO bersama IRON MAIDEN, mereka bermain di kelab-kelab kecil, samalah macam malam itu. Kelab kecil juga.



Murders In The Rue Morgue
Remember Tomorrow
Killers
Transilvania
7 comments:
kesian pakcik Dianno ni...kalau dia still dalam Maiden sure dah kaya raya dah...x main kelab2 kecik...tapi untung la lu dapat nengok lagu2 lama maiden ngan original singer...tinggal blaze je eh?..pastu boleh pencen kot...huhu..
fuhhh.. abe ben smakin khatam maiden nih... LP bila nak kumpul? huhuhu...
- Cikgu Blood
setuju dgn lu bro, remember tomorrow versi ini cukup berpuaka...!
dah jadi cam band cover iron maiden plak dah!
transilvania rules!
sedih plak baca.
wei...aku ader seluar sebijik camtuh..mauhahahahah
killers ada eh..
woo hoo.. untung ko dapat nengok dekni live
Post a Comment