
Album yang ke berapa? Oh, countless! Inilah SAXON. Band yang sejarahnya melangkaui zaman kita kencing dalam seluar lagi. Kena check kat google. Album ke-18!!!
Pengalaman pertama dengan SAXON berlaku ketika aku berumur 10 tahun. Kaset cetak rompak Power & The Glory menjadi playlist aku setiap hari. Antara album yang paling heavy bagi aku ketika itu.

Into The Labyrinth meneruskan identiti SAXON yang dikenali selama ini. Plain ol' Heavy Metal. Sekali dengar, terus angguk kepala secara perlahan-lahan mengikut rentak. Apabila sampai di korus, mulut akan kumat kamit cuba menyanyi bersama walaupun bait liriknya tak kita ketahui. Dan sepatutnya itulah Heavy Metal yang kita ketahui selama ini. Tidak dipaksa dan tidak dilakonkan. Ianya timbul secara tak sedar.

Oh gitar solonya! You really want to air-guitar!
Lagu-lagu anthemic menjadi sajian utama dalam album ini. Sesuai sangat untuk dipersembahkan di hadapan ribuan peminatnya. Namun disebalik itu ada juga lagu nakal seperti Coming Age yang Southern Rock. Oh itu tidak menjadi masalah kerana itu sekadar mengusik pendengar. Lagu-lagu utama seperti Batallions Of Steel, Live To Rock dan Come Rock Of Ages cukup garamnya. Dari membuang masa dengan band retro, baik pulang kembali kepada pakarnya.

- "Battalions of Steel" - 6:34
- "Live to Rock" - 5:30
- "Demon Sweeney Todd" - 3:51
- "The Letter" - 0:42
- "Valley of the Kings" - 5:03
- "Slow Lane Blues" - 4:08
- "Crime of Passion" - 4:04
- "Premonition in D Minor" - 0:40
- "Voice" - 4:35
- "Protect Yourselves" - 3:56
- "Hellcat" - 3:54
- "Come Rock of Ages (The Circle is Complete)" - 3:52
- "Coming Home" (Bottleneck Version) - 3:12
4 comments:
inilah antara sebabnya aku tak berminat sgt nak explore band2 baru sedangkan band2 otai masih alive n kicking...rock on!
Saxon ni dah tak terdengar dek aku. Bila aku start dengar heavy/thrash metal, depa dah ada 9 album dah. Tapi kalau nak mula collection sedap ni. Mau sampai ke tua kerjanya.
Lama dah aku tak dengar lagu diaorang. Dan lama dah 80's aku tinggalkan.
kaset live monsters of rock donington 1st tu ada saxon.
aku suka logo dorang tu jam
Post a Comment