Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Sunday, October 09, 2011

Buku: The Great War for Civilisation: The Conquest of the Middle East


Semasa di Lehigh University, buku ini telah menemani saya di waktu keseorangan. Saya mengenali nama Robert Fisk melalui akhbar Harakah yang satu masa dahulu menjadi bacaan tetap saya. Sebenarnya, saya membeli akhbar Harakah semata-mata mahu membaca seksyen berbahasa Inggeris yang saya lihat lebih bermanfaat (kerana Harakah adalah akhbar politik) yang tidak disiarkan oleh akhbar perdana.

Robert Fisk biasanya akan menulis mengenai apa yang berlaku di negara-negara Arab. Dan biasanya laporan dan komentari beliau sangat terus terang. Beliau tidak segan-segan mengkritik negara Barat. Hampir-hampir saya menyangka beliau adalah seorang Islam (tetapi mengekalkan nama Inggeris).

Buku setebal 1300 m/s ini merupakan koleksi laporan dan komentari beliau terhadap apa yang berlaku di negara Arab. Semua negara-negara Arab yang menghadapi konflik sehingga tahun 2005, beliau ada pengalaman khusus mengenainya, kerana beliau adalah wartawan yang membuat laporan dari medan pertempuran.

Beliau mengkritik tindakan Barat yang dilihat sebagai mempunyai agenda tidak baik. Namun pada masa yang sama beliau juga mengkritik tindakan negara-negara Arab yang tidak kurang tidak baiknya. Dengan lain perkataan, tiada satu pun yang menang pada pandangan beliau.

Walaupun beliau membuat laporan tentang konflik dan peperangan, beliau sendiri adalah anti-perang. Menyaksikan dengan mata kepala sendiri dalam medan peperangan meyakinkan lagi pegangan anti-perang beliau.

Tulisan dan komentari beliau sangat detail dan komprehensif. Sejarah peperangan yang ditulis beliau seolah-olah berada di hujung jari, ditulis dengan flow yang cantik dan mudah. Tetapi ini bukanlah bahan bacaan yang ringan. Anda perlu ada keinginan tulen untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di negara-negara Arab. Jika tidak, membaca tulisan kecil pada setiap helaian buku ini akan menjadi beban.

Saya hanya sempat membaca pada mukasurat 500, selepas sebulan setengah mengadap buku ini sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Oleh kerana buku ini dipinjam dari perpustakaan Lehigh Uni, saya terpaksa memulangkannya, dengan berat hati. Saya berazam untuk menghabiskannya. Saya dapati buku ini ada dijual di MPH.


1 comment:

Airilsametok said...

baca jgn tak baca