Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, October 27, 2011

Ulasan: QUEENSRYCHE Operation: Mindcrime

Zaman kegemilangan QUEENSRYCHE ini berlaku sekitar 5 album yang pertama. Operation: Mindcrime adalah album ke-4 dan ini adalah album terbaik QUEENSRYCHE sepanjang zaman. Diakui sendiri oleh bro deafangel kita.

Namun ketika rilisnya album ini pada tahun 1988, progresif rock/Metal bukanlah minuman saya. Mendengar muzik sebegini kompleks yang mempunyai jalan cerita yang berselirat menambahkan beban untuk saya mengikutinya. Cuma pada ketika itu saya tahu, lagu-lagu di dalamnya sedap dan menarik. Mengingati kembali akan album ini menyebabkan saya kembali membeli CD ini setelah dijual.

Album ini tidaklah Metal tetapi lebih kepada progresif hard rock. Unsur-unsur glam rock masih ada melekat padanya tetapi tidak nampak bibir dijuih bersama lipstick. Roh glam rock itu ada tetapi jasadnya berbeza. Ia nampak lebih intelek berbanding dengan band glam rock yang lain yang tidak sudah-sudah menggunakan imej dan lirik untuk mencari groupies.

Album ini tidak berat. Malah berani saya katakan sesiapa yang mendengarnya tidak akan menghadapi masalah untuk meneruskan CD ini dari mula hingga akhir. Bahkan beberapa lagu di dalam album ini layak dimainkan di dalam radio rakyat. Album ini digubah dengan menggabungkan komposisi lagu yang progresif tetapi pada masa yang sama memastikan ia tidak terlampau kompleks untuk dihadam.

Difahamkan ketika promosi album ini, QUEENSRYCHE telah menghias pentas mereka sesuai dengan jalan cerita album ini. Album ini dimainkan secara keseluruhannya. Disebabkan populariti album ini, pernah dikhabarkan bahawa jalan cerita ini akan dijadikan sebuah filem Hollywood. Cuma tak pasti masih berjalan atau tidak cadangan itu.

Jika anda meminati concept album KING DIAMOND "Them", DREAM THEATER Metropolis Part II dan IRON MAIDEN Seventh Son of a Seventh Son, maka Operation: Mindcrime adalah sebuah album yang layak diletak satu paras dengan album-album ini.

3 comments:

Fadzli Amir said...

Aku layan gak tapi tak berapa la ambik detail...nanti leh la download....hehehhee...free download...

jedi said...

xpenah dengar lagi band ni....Iron maiden suke tengok konsert diorang...mmg best...

KhaiRin said...

sori br sempat menjengah utk BW

actually x penah tau pon psl band ni