Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, October 02, 2010

My Selangor Story: Hari 3 - Air Terjun Kanching - Hj Dorani Homestay - Kelip Kuala Selangor

My Selangor Story: Hari 3

VOTE FOR KRENMAUT



 
My Selangor Story: Hari 3 from bentara on Vimeo.
Lagu latar: Transilvania (IRON MAIDEN)
 

Aku tidur nyenyak sekali malam tadi. Layanan VVIP oleh Resort World Genting berterusan. Kami bersarapan di tingkat 28, iaitu suatu ruangan khas untuk mereka yang dianggap istimewa.



Joe sudah ada di café tersebut.

“Bagus ini Hotel First World bro… walaupun paling besar dalam dunia tapi kemas dan terjaga.” Joe memulakan bicara. Aku bersetuju. Untuk hotel sebesar ini untuk dijaga dengan baik bukan satu kerja yang senang.

Selepas bersarapan, kami mula bergerak ke destinasi seterusnya. Semua peserta nampak segar.

++++++++++

Ianya adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kanching yang seluas 478 hektar. Selain dari air terjunnya yang terkenal itu, ia juga merupakan habitat bagi burung dan beruk.

Lokasinya yang berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur (23 km) dan Rawang (7 km) menjadikan ianya pusat perkelahan tumpuan bagi warga di kedua-dua belah bandaraya dan pekan tersebut.

Joe antara orang yang paling teruja.

“Lama dah gua tak berendam bawah air terjun ni bro.” kata Joe.

“Hampeh!!!” kondem Joe apabila diberitahu bahawa para peserta tidak digalakkan untuk mandi manda disebabkan oleh kesuntukan masa.

Walaupun begitu, kawasan air terjun ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Ini disebabkan kita perlu mendaki bukit yang agak curam dengan permukaan yang tidak rata untuk sampai ke lokasi air terjun.

Dikatakan bahawa ada 7 tingkat air terjun kesemuanya. Ini semua memerlukan pendakian.
Kawasan perkelahan agak kemas dan teratur. Pengunjung bukan saja boleh beristirehat dengan mandi-manda tetapi boleh juga berkhemah kerana ruang ada disediakan.

Oh ya, tandasnya pun boleh tahan bersih!

Amaran: Jangan beri makanan kepada beruk yang dibiarkan berkeliaran di dalam hutan lipur ini.
Joe terlupa dengan amaran tersebut. Roti yang diberi kepada beruk mengakibatkan sekotak KFC yang dibeli dirampas dan dilarikan oleh sekawanan beruk.

"SETAN!" kecil makian Joe. Dia tau dia yang salah. Nak marah-marah pun tiada gunanya.

Selepas menghabiskan masa 45 minit, kami pun mula beransur ke destinasi seterusnya – Sabak Bernam.
 
“Dekat dengan rumah mak bapak gua tu bro,” kata Joe.
  
“Rasa macam nak balik kampung pulak!”              







 






 Wei apa daa... ini gambar pun masuk.







"Mana Joe ni... malam tadi ada makan julap ke apa?"


"Apa kata malam ni kita pakat ramai-ramai balik rumah?"

"Ada cicak lagi!" dengan pantasnya Kak Zara mengambil snap yang terbaik.

"Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..." kata Joe dengan syahdu.

"Wei nak sampai dah..." jerit Joe.

"Wei bila nak sampai ni..." keluh Joe.

Inilah green technology hakiki!

"Yahooooo..." jerit Joe sambil menanggalkan seluar.

"Ceh... dah sampai takkan tak boleh mandi kot?" komplen Joe setelah dilarang untuk mandi.

Saya peminat setia Mr T!

"Rugi... rugi... tak dapat mandi", keluh Joe lagi dan lagi.

Sengih sampai meleleh air liur. Nampak awek ke?

++++++++++


Aku dengan Joe mempunyai tanggapan yang sama tentang homestay. Kami ingatkan homestay seperti menyewa sebuah rumah seperti kebanyakan homestay di bandar-bandar. Rupa-rupanya berbeza sama sekali.

Homestay yang dimaksudkan ialah homestay yang mana guests akan menginap bersama dengan keluarga angkat pada malamnya dan pada siangnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berkait dengan sesuatu perkampungan.

Homestay ini letaknya beberapa km saja dari pekan Sungai Besar. Anda pasti akan terjumpa dengan signboardnya yang besar di tepi jalan. Pasti tak akan sesat.

Ketibaan kami disambut dengan paluan kompang oleh orang kampung. Kami agak terkejut dengan sambutan yang pada kami agak grand ini namun berbesar hati dengan sambutan yang mesra sebegini.
Pak Raman selaku ketua kelompok penduduk yang menyediakan perkhidmatan homestay ini telah memberi ucapan sekaligus mengalu-alukan kedatangan kami.

Sebagai meneruskan sambutan kedatangan kami, persembahan tarian kuda kepang telah dipersembahkan oleh remaja kampung ini. Pada aku, ini adalah sesuatu yang baik dan perlu diteruskan. Daripada remaja sebaya mereka ini menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah, lebih baik mereka turut serta dengan aktiviti homestay ini.

Kuda kepang adalah sesuatu yang agak lazim bagi aku. Tetapi persembahan seterusnya, tidak pernah aku lihat iaitu persembahan tarian barongan. Ia merupakan tarian yang berkisar di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang yang boleh bercakap. Watak utama ialah seekor harimau dan beberapa ekor beruk yang mana walaupun harimau sifatnya buas dan ganas tetapi dalam persembahan yang berbentuk komedi ini, beruk-beruk itu membuli sang harimau.

Aku lihat Joe tersengih-sengih.

"Gua dulu masa kecik-kecik pun ada main tarian ni"

"Nanti gua ada anak nanti, gua nak ajar aah!" tegas Joe dengan sungguh-sungguh.

Selesai persembahan, kami diberi kepada keluarga angkat masing-masing. Aku dan Joe ditempatkan dibawah jagaan Pakcik Azizan, seorang pesara polis.

Ditanya mengenai program homestay ini, Pakcik Azizan menjelaskan,

"Homestay perlu ada kelulusan dan kelulusan ini bukan sembarangan. Ini adalah untuk memastikan pengunjung dapat dilayan dengan baik sesuai dengan bayaran yang dikenakan,"

"Walaupun kelulusan telah diberi namun ada kemungkinan akan ditarik balik oleh badan autoriti andainya terma yang dipersetujui tidak dipatuhi."

"Antaranya, jika sesebuah rumah itu lama tidak mahu menerima pengunjung ataupun jika ada aduan tentang sesebuah rumah yang tidak melayan dengan baik" ujar Pakcik Azizan dengan panjang lebar.

"Paling ramai pakcik pernah terima ialah 14 orang pelajar sekolah sekaligus," cerita Pakcik Azizan sambil tersenyum.

"Pakcik katakan begini kepada mereka - malam ni, kalau korang dengar apa-apa, jangan ditegur. Diamkan aje." Ini menyebabkan mereka tidur tanpa sebarang bunyi pun pada malam itu!

Petang itu sebelum maghrib, kami dihidangkan dengan masakan kampung yang sungguh menyelerakan. Joe tambah 3 pinggan!

"POWER!" akui Joe dengan mengisyaratkan dua ibu jari tangannya.

Sape nak jual pantun?

Takde sape ke nak jual pantun? "Saya... saya..." sahut Joe dari jauh.

"Hi layari facebook saya!"

Rasa macam merempit aaaa...

1...2...3... kena ingat step ni yang leceh!

Huaarrrgghhh...

opocot!

"Eh ko tau ke samada Joe dah berpunya atau belum? Pakcik berkenan tengok dia..." Pakcik Azizan memberi sedikit komentar tentang Joe.

++++++
KELIP-KELIP KUALA SELANGOR

Selepas maghrib kami bertolak ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor untuk menyaksikan kelip-kelip. Kelip-kelip adalah sejenis serangga kecil yang bersayap yang boleh mengeluarkan kelipan cahaya pada bahagian punggungnya.

Habitatnya ialah di kawasan pepohon bakau berembang. Pada waktu malam, kelip-kelip ini mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip seolah-olah pepohonan berembang itu dihiasi oleh kelipan lampu elektrik!

Populasi kelip-kelip di sesebuah kawasan paya bakau menandakan kesihatan kawasan tersebut. Jika banyak populasi kelip-kelip, maka kawasan paya bakau tersebut adalah dalam keadaan yang baik.

Kawasan untuk memerhati kelip-kelip ini sebahagiannya ditanggung oleh TNB, sesuai dengan dasar kerja utama TNB iaitu 'memberikan' cahaya. Sebuah auditorium kecil telah dibina oleh TNB untuk pusat tayangan informasi tentang kelip-kelip dan kepentingannya.

Untuk melihat kelip-keli pada habitatnya yang sebenar, pengunjung akan dibawa menaiki sampan dari jeti untuk ke seberang sana di mana pepohonan bakau berembang itu tidak dikacau.

Untuk mengelak dari mengganggu kelip-kelip, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dengan menggunakan flash. Akibatnya tiada seorang pun di antara kami yang dapat mengambil gambar dengan sempurna.

Baru 5 chicks bro... belum 7 lagi!

"Kira macam lampu kelip-kelip la ni eh?" tanya Joe.

"Susah benor nak ngambik gambor time malam ni" komplen Joe dengan lagak mahu melontar kameranya ke dalam sungai.

Tayang tangan ke tayang kelip-kelip?

"Kalau siang ni, gua dah terjun dah ni", ketidakpuashatian Joe tak dapat mandi waterfall berlarutan.


Selesai menghabiskan masa lebih sejam di situ, kami bertolak pulang. Wakil dari Tourism Selangor mengatakan tentang surprise yang menunggu kami di tengah jalan nanti.

"I love surprises!" bisik Joe menggoda yang aku sambut dengan satu karate ke tengkuknya.

Surprise yang dimaksudkan ialah satu hut. Sate ini terkenal bukan sahaja di tempatnya di Tanjung Karang, bahkan di keseluruhan Selangor.

Sate yang disediakan bersaiz besar. Sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih besar dari saiz sate yang biasa.

Ia dihidang dengan potongan timun dan ketupat. Ya, ketupat. Bukan nasi himpit seperti di kebanyakan tempat.

Selera kami sungguh besar malam ini hingga order yang kedua terpaksa dibuat. Ya, Joe adalah antara yang rakus menggigit sate malam itu.

Sate!
Meleleh!

2nd round!






Kami sampai lewat sejam setengah dari masa yang dijanjikan. Pakcik-pakcik angkat kami masih menunggu di check point dengan sabar. Aku dan Joe meminta maaf kepada Pakcik Azizan atas kelewatan kami.
"Joe punya pasal, pakcik OK je"

Malam itu aku tidur di luar bilik. Lebih selesa walaupun tidur di atas lantai beralaskan cadar tebal. Nak tidur dalam bilik, cuma ada sebuah katil queen size. Tak sanggup aku nak tidur sekatil dengan Joe.

Belum sempat aku meletakkan kepala, dengkuran Joe sudah bermula. Sungguh brutal.



SPONSORS:






9 comments:

Takilala said...

Kelip2 tu tengok dari mana? Dr bot ke pondok? Kalau ddr pondok, nak try la nnti ambik gmbr lightrail kelip2.

berteromber said...

gua x rasa joe tu ujud...tu lu punya alter ego eh?...hahaha..

Ijau D. Koceng said...

letak la gmbr awek/amoi firefly byk2, comel ape... >:)

nasaromber, bkn alter ego tp split personality

speedrider said...

wow, dapat sponsor kamera Pentax!!! Dapat terus ker Bro Ben? Kasik review sikit

The Wanderer said...

Abang Ben punya expression last last dalam video epic betul. Konon rock la tu? :P

deaf-angel said...

nice photos n report beb

Dr. Bentara said...

Takilala,

kena naik sampan.

---------------
berteromber,

eerrrr...

---------------
Ijau,

gambar comel2 dah kena censored.

----------------
speedrider,

on loan je. Tapi best dan comel Pentax tu.

----------------
The Wanderer,

EPIC! Tepat sekali ;)

----------------
deaf_angel,

thanks

Azuan said...

Aku suka gambar waterfall. aku nyer tak jadi hahaha....

Aku pinjam Joe untuk jadi roomate aku masa kat Sunway yer...

Anonymous said...

abang benn... mampir bentar ya hehee