Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, August 08, 2009

Ulasan: OBITUARY Slowly We Rot - Cause Of Death CD

Uuurrrggggghhhhh...!!!! (tonasi growl di kerongkong sambil mulut mencebek jijik...)

John Tardy, sapa boleh tarik growl macam dia aku nak tabik hormat sekali!

Pertama kali berhadapan dengan OBITUARY semasa aku Form 2 atau 3, ketika baru-baru mengenal scene underground (sekitar 1989/90). Di Kompleks Yik Foong tingkat paling atas, kedai hujung tepi tu ada sorang brader rambut panjang, muka sebijik macam Cronos (VENOM) dan dia amik upah dubkan kaset. Aku pernah mintak dia dubkan CARCASS Reek Of Putrefaction dan Symphonies of Sickness dengan OBITUARY Slowly We Rot. Huhuhu... dengan OBITUARY sekali, memang ngeri sungguh. Vokal John Tardy tu tak tahan... hodoh gila!

Zaman tu kan, Death Metal ada dua camp. Satu jenis yang makin laju yang satu lagi jenis slow dan heavy. OBITUARY ni camp yang slow dan heavy. Memang boring camp yang slow heavy ni tapi yang membuatkan OBITUARY ni menyinar ialah vokalisnya. Memang kalau dengar, nak cebik sekali macam John.

SLOWLY WE ROT

Produser album ni memang reti. Dia mix album ni macam album rock. Muzik dibelakang, vokal di hadapan. Satu langkah yang melawan arus masa tu. Patutnya terbalik. Tetapi produser, Scott Burns rasanya dah mantap dengan rilisan Death Metal masa tu dan aku rasa dia nampak potensi kehodohan suara John Tardy, tu pasal dia buat mix macam tu.

First song je, terus diprojekkan suara John Tardy tu. Whoaaa... first time dengar memang muka macam kena sembur. Macam kena maki depan-depan. Sampai begitu sekali tamsilan aku. Memang betul pun.

Muzik simple je, tak seteknikal band Florida lain (MORBID ANGEL, DEICIDE etc) tetapi riffs dari Allen West dan Trevor Peres memang cekik tengkuk. Groovy but at the same time devastating. Ditambah dengan drum yang power dari Donald Tardy. Rencah yang cukup untuk Death Metal hodoh.

All music written by Obituary and all words by John Tardy. Dikatakan John main nyanyi je takde lirik. Tu pasal masa show, dia belasah je.

1. "Internal Bleeding" – 3:01
2. "Godly Beings" - 1:55
3. "'Til Death" – 3:56
4. "Slowly We Rot" – 3:36
5. "Immortal Visions" – 2:25
6. "Gates to Hell" – 2:49
7. "Words of Evil" – 1:55
8. "Suffocation" – 2:35
9. "Intoxicated" – 4:40
10. "Deadly Intentions" – 2:09
11. "Bloodsoaked" – 3:11
12. "Stinkupuss" – 2:59

Bonus Tracks 1997 Roadrunner Remasters
1. "13. Find the Arise" (demo) [2:39]
2. "14: Like the Dead" (demo) [2:34]



CAUSE OF DEATH

Bila dapat tau yang James Murphy dah join OBITUARY (menggantikan Allan West) untuk album seterusnya, aku rasa ramai yang semangat. Manakan tidak, James dah menunjukkan keupayaan menyolo gitar yang melodik semasa bersama DEATH dalam album Spiritual Healing. Aku secara peribadi pun memang nak dengarkan solo beliau tu.

Hasilnya, memang devastating! Gila! Muzik Death Metal groove dan heavy membacking solo James, memang meleleh air liur mendengarnya. Kalau le aku terer menyolo gitar memang lama dah aku bawak lagu OBITUARY masa jamming (atau gig).

Album ni pada aku lebih gloomy jika dibandingkan dengan Slowly We Rot yang straight-forward benda-benda jijik dan meloyakan. Ni pada aku macam filem Alien. Slow, atmospheric tetapi menakutkan. Sedangkan Slowly We Rot lebih zombified. Nevertheless, a good flow after the first. Drum Donald meletup-letup bunyi snarenya. Bergegar gegendang telinga.

Dan lagu saduran yang excellent: CELTIC FROST Circle Of The Tyrants.

1. "Infected" (Peres/D. Tardy/J. Tardy) – 5:34
2. "Body Bag" (Peres/D. Tardy/J. Tardy) – 5:49
3. "Chopped In Half" (Peres/D. Tardy/J. Tardy) – 3:43
4. "Circle of the Tyrants" (Celtic Frost Cover) - (T. G. Warrior) – 3:36
5. "Dying" (Obituary/Peres) – 4:29
6. "Find the Arise" (Peres/D. Tardy/J. Tardy) – 2:51
7. "Cause of Death" (Peres/J. Tardy/Murphy) – 5:38
8. "Memories Remain" (Peres/D. Tardy/J. Tardy) – 3:44
9. "Turned Inside Out" (Peres/D. Tardy/J. Tardy) – 4:57

Bonus Tracks 1997 Roadrunner Remasters
1. "10) Infected" (demo version) (4:16)
2. "11) Memories Remain" (demo version) (3:34)
3. "12) Chopped in Half" (demo version) (3:45)

11 comments:

Lutfie said...

kalau tanya aku,elbem ni tak de la slow sgt.cebik jgn x cebik bila growl tu.hahahahahahaha

my first encounter:dgr lagu dari compilation roadrunner recs.sampai konfius aku dgn deicide's dawn of the dead.

Takilala said...

Aku rasa suara JT mmg setakat ni blum ada lg yg serupa/mirip. Mmg vokal dia best. Dan 2 buah album ni bg aku merupakan album yg terbaik yg pernah dihasilkan oleh Obituary.

speedrider said...

aku bukanlah peminat atau pendengar tegar muzik genre ini.. tapi tolongbetulkan aku kalau salah.. Obituary ni masa tahun (anggaran)1989-1994 tengah top dengan Sodom kan?

Unknown said...

haha, sependapat dengan aku. JT punya vokal memang hodoh. sampai sekarang aku pun tak berapa nak minat dengan vokal dia dan kalau ada seangkatan yang macam dia.

FdausAmad said...

Bro ben,
lu lecturer UTP rupanya..
kem salam la kat mamak ali kalau dia masih meniaga.

Dewangga Sakti said...

Sam,
betul-betul memori zaman sekolah. Aku siap beli t shirt lagi Cause of death tu. ha ha

berteromber said...

gua tak kira..gua suka vokal dia..pelik,unik,lain dari yg lain..ni 2 album memang best.

ibnu abdullah said...

that cause of death looks the same as my sadus gold cd collection. seb baik tak jumpa vinyl

kamal sabran said...

Uuurrrggggghhhhh...!!!! (tonasi growl di kerongkong sambil mulut mencebek jijik...)

kah kah kah aku suka part tu!

gayour said...

yes! we have NO lyric! kata john tardy.
itu la kelebihan dan kehebatan OBITUARY selain vokal growl mr john tardy.

pasal ilustrasi cover album SLOWLY WE ROT, tak memasal album ni kena ban kan beberapa negara.
album dan cover CAUSE OF DEATH memang superb. gua suka. seperti album BENEATH THE REMAINS, surelist yang menakjubkan. kena sangat dengan genge death metal.

gua suka obituary!

ibnu abdullah said...

yup, cause of death - obituary, beneath the remains - sepultura, swallowed in black - sadus, pastu kelua plak deicide. naik pekak layan walkman masa tu. seb baik skrg dh mellow. hehe