Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(AL-QURAN surah Ali-'Imran:110)Beliau berkata bahawa selalu kita guna separuh pertama ayat di atas untuk dakwah tetapi selalu lupa yang kedua tu (Yahudi dan Nasrani). Dan atas hujah inilah dia concentrate untuk dakwah kepada golongan Yahudi dan Nasrani. Nasrani terutamanya sebab ramai di keliling dia di South Africa.
Nevertheless, dakwah penting. Baik bagi Muslim atau non-Muslim.
Speaking of that, aku jumpa beberapa orang born-Muslim tapi dah hilang keyakinan terhadap Islam. Sekali tu masa aku keluar 3 hari ke Renmark, kami berjumpa dengan seorang Arab Lebanon tua. Dia mengaku dari mulut dia sendiri di hadapan kami yang ziarah, dia dah hilang keyakinan terhadap Islam. Sedih dengar. Sedangkan dia sendiri bagi ayat Al-Quran di hadapan kami.
Di Malaysia juga, aku terjumpa beberapa Melayu yang dah hilang keyakinan. Majoritinya kerana tiada didikan awal. Parents tak menerapkan agama dalam kehidupan mereka. Untungnya mereka masuk ke dalam forum-forum. Dan disitulah mereka dipujuk. Yang ada keupayaan dan berilmu sikit tu, berhujahlah. Mereka bukan budak takde otak takde akal. Mereka cerdik. So kalau maki hamun mereka, memang tak jalan. Jadi makin benci.
Kita-kita ni la yang kalau jumpa sedara-sedara kita yang macam ni, bantulah mereka. Nasihat. Hujah. Jangan putus asa. Paling silap, kita rasa ni semua kerja Ustaz dan Ulama. Malang sekali begitu. Kerana ini beban kepada SEMUA yang mengaku Islam.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (AL-QURAN surah Al-'Asr:1-3)
6 comments:
Aku setuju. Kerja dakwah ni kerja kita semua yg mengaku Islam. Ikut le apa yg kita tahu, kalau tahu banyak lagi bagus. Dakwah ni kena berlembut...baru le buleh masuk ke jiwa sasaran kita tu...Wallahualam!
Bagus posting ni timbulkan kerisauan terhadap agama dan umat.
Bila Aisyah r.a difitnah, semua orang risau manakala munafik pula bercakap belakang, tapi belum jadi apa sbb Aisyah r.a pun mula2 tak tahu, tapi bila aisyah tahu dan dia fikir dan risau maka ayat turun untuk membersihkan nama beliau.
Fikir risau terhadap agama dan umat ini lah yang paling mahal dalam kotak pemikiran kita. Kerana ia adalah fikir nabi-nabi dan orang yang Allah berikan taufik.
Mereka yg terlibat sedikit sebanyak dalam usaha dakwah cara nabi, akan ada sedikit sebanyak fikir risau nabi.
Alhamdulillah posting ni bawa fikir risau terhadap umat.
Mmg kes-kes saudara seIslam kita yg dah hilang keyakinan terhadap agama ada di sekeliling kita. Ini lah tanggungjawab kita, kalau bukan kita orang Islam siapa lagi. Semua orang Islam bertanggungjawab terhadap dakwah mengikut kemampuan masing2, ia bukan kerja ustaz semata-mata. Jadi sama-sama semua jenis golongan kena bergotong royong. wallahualam.
bro..yang kat forum tu gua follow je la..takat ni gua tengok lu handle bagus dah..nanti ramai sangat celaru pulak budak tu..mungkin kalau perlu gua join arr..maklum la gua tak pandai sangat...moga2 bulan ramadhan ni ramai la yang dapat hidayah..
Umat Islam sendiri kalo kita teok,amat lemah dlm mengkaji agama Islam itu sendiri..cth kaji kitab Al Quran, Al Hadis etc..kita tolak mana2 yg blajar agama tinggi2 mcm al hafiz, ulama2 etc,tapi ordinary muslim..
tapi org kafir, hinggakan Al Quran pon depa kaji..dan setiap tindakan yg diorg buat cth istihar perang dsb semua berpandukan sejarah2 lama fahaman dan agama depa..
even Yahudi pon dh banyak ikut sbgaimana tertulis cth awareness terhadap kemunculan Dajjal,Imam Mahadi, tanda2 kiamat dsb..persediaan ke arah itu depa dh buat dr sekarang..kita?kekeke..bila org berserban satu grup dtg umah pon laju je tutup pintu.dak pon kuliah lepas semayang pon ramai yg cabutt balik..baru2 nih kt mesjid tmpt aku ada buat semayang hajat H1N1 pon ramai yg bingkas bangun dan blah..heheheh..camne nk berdakwah..kalo sikap masih tak berubah.
Mafhum sabda Nabi saw, yg bermaksud, "...yg islam itu muslim, yg muslim itu belum tentu mukmin". Cermin diri & hitunglah amalan seharian kita, adakah menjurus pada dunia atau akhirat? Nabi saw pernah bersabda, amalan seharian boleh menggambarkan seseorang itu ahli syurga atau sebaliknya. fikir-fikirkan selalu, bukan sekadar di bulan mulia ini.
wAllahu 'alam
thanks for sharing mm dan yang comment kat thread ni..
kena sabar ngan segala ujian yang datang kat diri kita la ye..
Post a Comment