Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, July 03, 2009

Ulasan: TRACY CHAPMAN Our Bright Future CD


Warning! Not METAL!

CD ni aku beli masa garage sale. $2. Apa ada hal kan? Sapu je la lagipun bawak banyak coins. Dalam fikiran aku, dengan setup audiophile (konon) aku kat rumah tu, kot-kot mengena dengan setup tu, sure best punya dengar.

First impression masa menatap CD ni sebelum bayar. Hmmm... pernah dengar dia ni (nama) tapi otak berfikir laju, pernah dengar ke lagu dia ni? Tak tau. Yang aku tau, dia ni folk singer. Dan kalau folk singer ni banyak akustik. Macam Cat Stevens zaman hippie dulu. Kena dengan setup hifi aku ni. Aku agak pasti.

Dengan berbekalkan headphone Behringer yang menekup kedua-dua belah telinga, aku menekan punat play. At the very first note, bulu roma aku meremang. Bravo! Memang sedap soundnya. Bunyi suara Tracy clear habis. Dan muziknya beralun dengan cantik sekali.

Sing For You yang merupakan lagu pertama dalam album ini juga merupakan lagu paling merdu. Dimulakan dengan gitar akustik yang kemudiannya di sambut dengan bass lines dan akustik drum, ditenggelami dengan suara merdu Tracy, it's heaven! Music at the very best! Lirik pun excellent.

Save Us All dan For A Dream adalah lagu gospel. So yang trauma tu, dengar dengan berhati-hati.

Thinking of You lagu yang mengingatkan aku kepada Cat Stevens dalam albumnya Tea For The Tillerman, cuma rentaknya diperlahankan. A Theory adalah sebuah lagu mengingatkan aku kepada zaman bercinta, aku dah tau dia ni la patut jadi wife aku tapi itu cuma teori je. Realitinya belum tentu.

Something to See adalah lagu kritikan kepada politik yang banyak mengaburkan masyarakat tentang realiti sebenar.

Sementara selainnya adalah berteraskan kemanusiaan yang merupakan tulang belakang untuk artis folk.

Kalau anda ada setup hifi yang sesuai, even kalau tak minat folk tapi atas dasar nak dengar sound yang sedap, CD ni memang highly recommended. Lagu pun sedap, at least beberapa lagu yang merentas genre minat. Terutamanya lagu Sing For You. Kalau dah dengar kata tak sedap juga, memang ada something wrong la kot?

Aku tengah berkira-kira nak cari album beliau dalam beberapa keping lagi. Dah letih dengar Metal aku tau la apa nak dengar lepas ni.

All songs written by Tracy Chapman.

  1. "Sing for You" - 4:25
  2. "I Did It All" - 3:10
  3. "Save Us All" - 3:46
  4. "Our Bright Future" - 4:13
  5. "For a Dream" - 3:19
  6. "Thinking of You" - 4:49
  7. "Theory" - 3:18
  8. "Conditional" - 4:05
  9. "Something to See" - 4:14
  10. "First Person on Earth" - 3:52
  11. "Spring" - 3:07


10 comments:

anuar said...

Tracy memang mempunyai sore yang bagus..deangan latar belakang vocal gospel..sesuai dengan muzik yang didendangkan..kalau nak cari album2 yang lain cuba cari "Telling Stories", "Let It Rain" & "Tracy Chapman".

berteromber said...

Try dengar 1st album "Tracy Chapman"...gua suka lagu "Fast Car" dan "Talking Abaout Revolution"

Dulu zaman study..sorang member metal minat betul TC ni..lepas2 dia pasang Altars Of Madnes,Slowly We Rot,Beneath The Remains dll tetiba bukak kaset ni..selalu sangat dengar gua pun terminat...

JAIRO said...

isk Tracy Chapman.. masa study dulu.. layan lagu dia ni sambil buat thesis isk.....

zulazahari said...

Nak yg lebih mencabar, cuba dengar Alan Jackson ataupun John Denver, ataupun CD duet antara Robert Plant & Alison Krauss (Raising Sand) gabungan Rock dan Bluegrass.

Ashraf Fareeq said...

aku tak pernah dengar dia ni..
tapi seriously sedap..
aku rasa colbie cailat tiru die la..

Portdy said...

sama macam broteromber,
suka Fast car sama Baby can i hold you tonight, ahhh tak lupa Gimme one reason.

Achan Sinclair said...

Quote tak leh blah..

"Dah letih dengar metal"..ahaha

apa kes? faktor usia? ke..

deaf_angel said...

album yang sebelum ni, tak ingat apa title, aku dah dengar, dan aku suka.

Ijau D. Koceng said...

price tag putih standard ostralia kan? aku ada beli cd from ostralia (ebay) price tag style yg sama dpn putih blkg warna metalik lekat kat jewel case... klu dikoyak jd mcm void (style sticker 'ori' msia)

gayour said...

kali petama dengar bro sherry basking kat central market nyanyi lagu 'talking bout revolution'( dan lagu dari the cure ) puluhan tahun yang lalu, trus cari album petama tracy chapman dan trus meminati karya2 hebatnya.

kan main lagi lu rekomen album tebaru tracy ni, kena cari/dengar ni.