Album Dancing Undercover tersemat di hati disebabkan ianya adalah album pertama RATT yang aku miliki sekitar tahun 1987 dahulu. Ya, seperti lazimnya, kaset original. Death to pirates!
Mungkin otai-otai akan mengatakan bahawa album sebelumnya Out Of The Cellar dan Invasion of the Privacy adalah lebih baik dari yang ini. Aku, beg to differ. Kedua album itu memang ada kuatnya terutama lagu klasik seperti Round And Round, Wanted Man, You're In Love namun album Dancing Undercover lebih konsisten. Dan produksi yang lebih baik.
Mereka yang biasa dengan RATT pasti melekat kerana corak permainan gitar Warren DeMartini dan Robbin Crosby, terutama gitar rhythm. Seorang bermain pattern lain dan seorang lagi pattern yang sedikit berbeza. Oleh kerana output adalah stereo bunyi gitarnya maka kita dapat mendengar rhythm yang berbeza di kiri dan kanan. Kid dan Din (SEARCH) pada firasat aku menggunakan teknik ini.
Suara Stephen Pearcy juga memainkan peranan yang penting yang menyebabkan RATT outstanding dari lambakan band glam ketika itu. Suara beliau adalah gabungan suara lelaki dan wanita. Sesuai sangatlah dengan konsep glam yang dimainkan. Kalau terlampau wanita, bunyi mengada-ngada (tetapi MOTLEY CRUE berjaya dalam hal ini). Kalau terlampau lelaki, tak berapa glam la pulak.
Lirik tak payah pikir panjang. Pasal awek, pasal dominasi lelaki terhadap wanita dengan taburan janji yang melampau. Kalau tengok cerita teenager tahun 80an, itulah intipati lirik RATT. No brainer kata orang. Ketika itu siapa yang kisah dengan politik, masalah alam sekitar ataupun ideologi. Semuanya hanya kerana rock n roll!
1. "Dance" (Pearcy, Crosby, Demartini/Hill) – 4:17
2. "One Good Lover" (Pearcy, Crosby) – 3:06
3. "Drive Me Crazy" (Pearcy, Crosby, Demartini, Blotzer) – 3:42
4. "Slip of the Lip" (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:15
5. "Body Talk" (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:44
6. "Looking for Love" (Pearcy, Crosby, Croucier) – 3:09
7. "Seventh Avenue" (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:11
8. "It Doesn't Matter" (Pearcy, Croucier) – 3:08
9. "Take a Chance" (Pearcy, Demartini, Croucier) – 4:00
10. "Enough Is Enough" (Pearcy, Crosby, Demartini/Croucier) – 3:23
Dance
Slip Of The Lip
5 comments:
lagu2 ratt ni tune2nya mmg jenis selamba tp enjoy... tp aku cuma minat 2 lagu je round and round dan back for more
dokken, ratt dan wasp merupakan 3 band glam/hair rock yg aku minat. masing2 ada identiti muzik tersendiri
mcm cd 1st pressing je tu, old school cd xde grafik2
gua suka album ni..pasal ni la album penuh Ratt yg pertama gua beli..walaupun gua lebih suka Twisted Sister,Dokken dan Motley Crue tapi gua tetap follow dorang..sayangnya selepas album ni dorang dah start sound blues yang gua tak berapa nak minat..
lagu fav. album ni Dance,Body Talk dan Looking for love...tapi kalau ada sesapa perasan la..kumpulan Headwind ada tiru stail cover album ni...
gua suka poison..auu huhuhu
aku ingat dulu Metal Hammer review kumpulan Warrant ngan single Heaven dorang.
komen Metal Hammer - ' this is heavy metal for six year old girls '. huhu
setiap anggota mempunyai personaliti yang kuat terutama si vokalis. gua suka album ni. ada sound tersendiri. coverpun menarik.
looking for love
Post a Comment