Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, September 30, 2008

Bila 1 Syawal?

Ikut laporan dari http://moonsighting.com/1429shw.html

OFFICIAL 1st Day of Shawwal in Different Countries

September 29, 2008 (Monday):
1. Nigeria (Northern)

September 30, 2008 (Tuesday):
1. Bahrain
2. Jordan
3. Kuwait
4. Lebanon
5. Libya
6. Philippines
7. Russia
8. Saudia Arabia
9. UK (also on October 1)
10. United Arab Emirates
11. Yemen

October 1, 2008 (Wednesday):
1. Australia
2. Egypt
3. Indonesia
4. Malaysia
5. Norway
6. South Africa
7. Tunisia
8. UK (also on September 30)

Dr. Shabbir Ahmed (MCW member) Imam of Rooty Hill Mosque Sydney Australia reported: Not Seen
The Hilaal of SHAWWAAL (EID UL FITR) has not been sighted anywhere in Australia. Therefore Majlisul Ulamaa of Australia and Moon sighting Committee of Australia have declared that the 1st SHAWWAAL 1429 will be on Wednesday 1st October 2008. EID MUBAARAK to everyone.

Eid Mubarak 1429H!!!

EID MUBARAK!

kepada kalian semua pembaca, penyinggah dan penskodeng blog ini.

Maaf Zahir & Batin!

Semoga amalan baik kita semua dibulan Ramadan diterima Allah s.w.t. dan apa kekurangan kita sepanjang bulan tersebut Allah s.w.t. ampuni.

p/s: Jangan lupa bayar zakat fitrah!

Saturday, September 27, 2008

Amalan-amalan Sunnah di 1 Syawal

Apa? Lu orang dah excited nak beraya? OK aje... memang Hari Raya Aidilfitri ni pun digalakkan untuk bergembira. Mari bergembira!

Cumanya, dalam agama ni ada la batasannya. Dan cara terbaik ialah ikut sunnah Nabi s.a.w. Pssstt... kalau ikut cara Nabi s.a.w. dapat pahala. Lu ikut cara lu sendiri, pahala tak dapat eh... silap-silap boleh jadi dosa pulak (innalillah...)


1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri.

Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Memakai bau-bauan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.

3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi
Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.


4. Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)


5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat.

Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:
أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.
Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.


6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.


7. Bertakbir pada hari Raya


Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :
وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.


8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.

Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan.
Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ ,
Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)


9. Solat Hari Raya


Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”

- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :
أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ
Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

Lihat artikel “Solat Hari Raya Cara Nabi” tulisan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus untuk keterangan lanjut tentang solat hari raya.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya


1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw.

Hadith tersebut ialah :
من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)

Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

Penjelasan lanjut

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)


Rujukan :
1. http://soaljawab.wordpress.com/
2. Rakaman audio Ceramah Ustaz Ramadhan Fitri tentang Sunnah di 1Syawal.

Artikel asal dari http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=110578

Thursday, September 25, 2008

Victims of hate

By Teoh El Sen and Aizat Sharif September 23, 2008 Malay Mail

African undergraduate Abdel Aziz Hassan Abdraman, 22, will never again see his eight-month-old daughter and 19-year-old wife because he was the “victim of a hate crime” that claimed his life.

Abdel Aziz had planned to return home to Chad for Aidilfitri this week and his friends said he was overjoyed at going back to be with his family.

Sunday’s mob attack on 10 African undergraduates in Wangsa Maju caused his death and injured the rest, the victims claimed yesterday.

They said they had been harassed and mocked by the same youths for four consecutive days before the attack.

They further claimed that some youths had even gone up to their Tar Villa apartment and demanded money and cigarettes.


Police confirmed that the victims had been regularly ridiculed by the youths who expressed their displeasure at the increasing presence of Africans in the neighbourhood.

In one incident, a student was also kicked at an Internet café.

Residents and traders have claimed that the number of Africans and other foreigners, mainly students from institutions of higher learning, was growing steadily and that their large number was intimidating.

In Sunday’s incident, HELP University College business studies undergraduate Abdel Aziz was murdered. He sustained stab wounds to the right abdomen and died in the ambulance on the way to Kuala Lumpur Hospital.

Several other students, also from Chad, were injured when they were attacked by some 20 youths wielding metal rods, sticks and knives near the Wangsa Maju LRT station.

Sentul district police chief Assistant Commissioner Zakaria Pagan told Malay Mail that initial investigations revealed that the attack stemmed from the uneasiness of the residents over the behaviour of the Africans.

“We believe the youths who attacked the Africans wanted to teach them a lesson to behave themselves in public.” (And attacking people with metal rods, sticks and knives is GOOD behaviour in public?)

Police have detained three men, in their 20s, from Wangsa Maju to assist in investigations. They will be under remand until Saturday.

Police are also examining closed-circuit television camera (CCTV) images near the LRT station to ascertain the events leading to the attack.

Malay Mail learnt the drama unfolded when three undergraduates were on the way to board the LRT to perform terawih prayers at a nearby mosque at 8.30pm.

They were confronted by some 20 youths who were believed to have hurled abuse at them and demanded money.

When the trio ignored them and walked away, the youths, carrying switch blades, pursued them and struck one of them on the head.

The students took refuge at the LRT station and sought assistance from their African friends living nearby.

Seven of their friends, including Abdel Aziz, went to their aid and together they went back to where the trio was attacked.

Abdel Aziz’s cousin, Abdraman Moussa Mohamat, 23, said: “We asked the youths who were seated at the stalls why they had attacked our friends but they came for us suddenly without saying a word.

“We ran for our lives when they began swinging metal rods, sticks and knives at us. In the fracas, Abdel Aziz was stabbed from the back.”

The mob fled after Abdel Aziz collapsed by the roadside some 15 metres from the stalls.

Lamine Moustapha Ahmat, 22, a Rima College student, said he carried the victim while his friends tried in vain to stop a taxi. Many taxis waiting to pick up LRT commuters refused to budge. A passerby then called for an ambulance.

Note: Abdel Aziz first enrolled with the International Islamic University of Malaysia before switching to HELP University College.

His father, who runs a palm oil import-export business, was informed about the tragedy on Sunday night and his brother will arrive today to claim the remains.

Gua rasa marah bila benda macam ni jadi. Maksud gua street killing macam ni.

Macam dah takde undang-undang. Semua nak ambil jalan singkat dan buat tindakan sendiri.

Nak lagi, berkaitan dengan warna kulit, puak, kaum macam ni. Dengan kata lain, racist.

Yang peliknya, mereka yang kata mereka tu anti-racist bila kena dekat orang lain expecially yang berkulit hitam, cepat-cepat perkataan 'nigger' terkeluar dari mulut/tulisan mereka.

Innalillah... kepada arwah dan juga kepada mereka yang berfikiran 'asobiyah' sampai begitu sekali.

Kulit hitam tidak menyebabkan mereka boleh diperlakukan sebegitu. Apatah lagi beliau seorang MUSLIM. Nabi s.a.w. mempunyai seorang sahabat agung yang mana beliau r.a. adalah seorang berkulit hitam, Bilal r.a.

Masa gua balik Malaysia awal tahun ni, gua menumpang dekat rumah member gua. Sebuah apartment bersebelahan dengan sebuah kolej swasta. Kat apartment tu ada disediakan sebuah surau. Nak tau sapa yang tolong penuhkan surau tu waktu Subuh? Merekalah, pelajar-pelajar Islam berkulit hitam dari Afrika.

Begitu juga ikut pengalaman gua kat UTP, yang dok rajin memenuhkan surau-surau kat asrama tu, student Afrika yang berkulit hitam tu la.

Itulah yang terjadi bila dunia memenuhi hati-hati manusia apabila disangka yang rezeki aku nanti dapat kat orang lain. Padahal yang mengaku Islam tu mengaku yang rezeki itu datang dari Allah s.w.t.

Itulah yang terjadi bila terbitnya asobiyah dan perkauman menebal di dalam hati. Apa-apa sahaja yang hitam - semuanya jahat dan dikira boleh diperlakukan apa sahaja. Tak kira hang Muslim ke tidak. Syeikh... Orang Islam yang membunuh orang Islam dosanya sangat besar!
"Dan barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya." (An-Nisa:93)
-
Namun 'Ulamaa' khilaf sama ada ayat ni mansuukh hukumnya atau tidak. Isunya sama ada kekal dalam neraka atau tidak. Dosa besar memang confirm.

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Don't nurse grudge and don't bid him out for raising the price and don't nurse aversion or enmity and don't enter into a transaction when the others have entered into that transaction and be as fellow-brothers and servants of Allah. A Muslim is the brother of a Muslim. He neither oppresses him nor humiliates him nor looks down upon him. The piety is here, (and while saying so) he pointed towards his chest thrice. It is a serious evil for a Muslim that he should look down upon his brother Muslim. All things of a Muslim are inviolable for his brother in faith: his blood, his wealth and his honour. (Sahih Muslim:6219)
Menurut seorang sahabat dari Malaysia, mangsa ialah seorang pelajar UIA.

Innalillah sekali lagi kepada mangsa dan juga penyerang. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan mengampuni dosa penyerang tersebut.

Monday, September 22, 2008

Majlis Berbuka Puasa Melayu di Adelaide 21/9/2008

Lokasi kejadian: Cheltenham Community Centre, 62 Stroud Street North, Cheltenham, Adelaide, Australia

Masa kejadian: sebelum maghrib sampai tarawih 21/9/2008

Kehadiran: Ramai!

Spesies makanan: pot luck (masing-masing bawa makanan sendiri dan kongsi ramai-ramai).

So semalam gua berkesempatan join komuniti Melayu di Adelaide untuk iftar. Biasanya ini annual gathering la. Dan biasanya juga, kena sewa komuniti centre (probably only opened for Malays only, kalau open terus mungkin boleh guna masjid).

Oleh kerana makanan bawa sendiri, maka banyak lah jenis makanan yang disajikan. Boleh kalah menu kat Pan Pacific KL ni!

Makanan yang beratur sedia untuk dimamah! Oh sungguh menggoda tatkala beberapa menit nak berbuka ni!

Taklimat khas sebelum iftar. Semua khusyuk dengar tu tapi hati kat makanan tu (hehehe...). Nasib baik taklimat 'sebelum'. Kalau selepas.... hmmmm...

Solat Maghrib di tengah dewan lepas tu makan besar. Before that, intro je perut. Semua tengah asyik tu... Anak/bini semua dah lupa la tu...

Tokey Swinging Bowl Restaurant (Mangkuk Hayun). "OK line clear... 2nd round...!" "Apa? krenmaut.blogspot.com? Bagus... no 1 in Adelaide!"

"eh... lu dah tengok update terkini krenmaut.blogspot.com?"
"Sorry ah... gua tak layan blog-blog ni, gua olskool!"

Anak gua -baju merah - pos ayu (tau bapak dia amik gambar)

"Fulamak... gua masuk krenmaut ah... glamer sehhhh..."

"krenmaut.blogspot.com? Hmmmppp!!! Muka gua tak masuk kali ni, siap ah lu!", Penghulu komuniti Melayu Adelaide memberi posing seorang penghulu.

Gua rasa tengok gaya bunga silat budak-budak ni boleh tahan gak. Kalau sparing dengan gua, belum tentu gua menang ni. Gua menang dari segi kehenseman je la kot.

"Attention... attention..." Penghulu menggunakan tangan sebagai hailer sedangkan audience semua penuh mulut dengan makanan...

Sunday, September 21, 2008

Solat tarawih, mana yang afdal, 20 atau 8 rakaat?

Ni lagi satu benda yang orang dok sembang hangat. Kebiasaannya, orang 'kampung' biasanya solat 20 rakaat dan orang 'bandar' biasanya solat 8 rakaat.

Ikut pengalaman aku, dulu memang masjid semua buat 20 rakaat. Baru-baru ni je ada masjid yang buat 8 rakaat.

Argumen asal ialah Umar r.a. masa zaman khalifah beliau, menyuruh rakyatnya solat 20 rakaat.
عبد الرزاق عن الاسلمي عن الحارث بن عبد الرحمن ابن أبي ذباب عن السائب بن يزيد قال : كنا ننصرف من القيام على عهد عمر وقد دنا فروع الفجر ، وكان القيام على عهد عمر ثلاثة وعشرين ركعة.
Abdul Razzak daripada al-Aslami daripada Harith bin Abdul Rahman Ibnu Abi Zibab daripada Saib bin Yazid katanya: “Kami selesai daripada sembahyang di zaman Umar ketikamana hampir subuh, sembahyang (tarawih) di zaman Umar r.a. adalah dua puluh tiga rakaat”
Sementara yang kata 8 rakaat, biasanya guna dalil ni,
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي
Daripada Abu Salamah bahawa dia bertanya ‘Aisyah r.a. dengan berkata: “Bagaimanakah sembahyang Rasulullah s.a.w. pada bulan Ramadhan?” ‘Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sama ada di bulan Ramadhan dan selain Ramadhan tidak melebihkan daripada sebelas rakaat. Dia bersembahyang sebanyak empat rakaat engkau jangan tanya tentang betapa cantik dan panjangnya. Kemudian dia bersembahyang sebanyak empat rakaat lagi, engkau jangan tanya tentang betapa cantik dan panjangnya. Kemudian dia bersembahyang sebanyak tiga rakaat lagi. Kemudian aku bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah engkau tidur sebelum engkau melakukan sembahyang witir?” Baginda s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya dua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur”. (Sahih Bukhari bab kelebihan beribadat pada malam ramadhan, Sahih Muslim bab sembahyang dan bilangan rakaat sembahyang Nabi s.a.w. dan lain-lain.)
So mana satu yang betul? Ataupun adakah Umar r.a. membuat 'perubahan' terhadap perintah Nabi s.a.w., yaitu Nabi s.a.w. buat lapan tapi Umar r.a. buat 20?

Aku tak reti nak explain sebab aku jahil tapi dari kesimpulan artikel yang dibuat, 20 rakaat lebih afdal.

Ayuh kesini untuk perbincangannya.

Umur Aisyah BUKAN 6 tahun masa nikah dengan Rasulullah s.a.w.?

Sekali-sekala korang mesti terjumpa dengan accusations mereka yang jahat terhadap Islam mengenai umur Aisyah r.a. yang dikatakan dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. pada umur 6 tahun (bersama (bersetubuh) pada usia 9 tahun). Bingit juga tengok dalam forum inter-faith argue bab ni.

Tapi kita semua yakin, Rasulullah s.a.w. adalah manusia terbaik. So selalunya kita akan diam je bila timbul polemik sekitar peristiwa ini.

Cuma kita takut nak tanya balik, betul ke hadith tu? Nak lagi hadith tu terbitnya dari Sahih Bukhari dan Muslim;
Volume 5, Book 58, Number 236: Narrated Hisham's father: Khadija died three years before the Prophet departed to Medina. He stayed there for two years or so and then he married 'Aisha when she was a girl of six years of age, and he consumed that marriage when she was nine years old. (Bukhari)

Book 008, Number 3310: 'A'isha (Allah be pleased with her) reported: Allah's Apostle (may peace be upon him) married me when I was six years old, and I was admitted to his house when I was nine years old. (Muslim)
Alhamdulillah ada kajian semula terhadap hadith ini dan kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji ialah umur Aisyah BUKAN 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. dan BUKAN 9 tahun ketika bersama dengan Baginda s.a.w.

Telah diberi beberapa hujah seputar peristiwa ini membuktikan yang 'kesilapan' ini.
  • Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
  • Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
  • Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas
  • Hujah Keempat- Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
  • Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru
  • Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
  • Hujah Ketujuh – Aishah R.A Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
  • Hujah Kelapan – Aishah R.A Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar R.A. Ke Habshah
  • Hujah Kesembilan – Aishah R.A. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid R.A. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya
  • Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin R.A. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar
  • Hujah Ke-11 – Aishah R.A. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang
  • Hujah Ke-12 – Aishah R.A. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma R.A. Berumur 27 Atau 28 Tahun
  • Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah R.A. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)
  • Hujah Ke-14 – Aishah R.A. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam
  • Hujah Ke-15 – Abu Bakar R.A. Bercadang Mengahwinkan Aishah R.A. Sebelum Berhijrah Ke Habshah
  • Hujah Ke-16 – Aishah R.A. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah
  • Hujah Ke-17 – Rasullulah Tidak Tinggal Bersama Aishah R.A. Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda
  • Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur
  • Hujah Ke-19 – Kebolehan Luarbiasa Aishah R.A Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau R.A. Lahir Di Zaman Jahiliyah
  • Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam
  • Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur
  • Hujah Ke-22- Aishah R.A. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar R.A. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud
  • Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?
  • Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan
It was really a nice article. Baca keseluruhannya so at least nanti kalau member-member ofis non-Muslim dok tanya kita tau la serba sikit nak bangkang. Takde la kita menikus aje.

Jangan lupa sekali dengarkan kuliah penerangan ini (oleh Maulana Asri). Kecek kelate tapi tak pekat masih boleh faham.

Linknya DISINI

Buku: Pelik Tapi Benar Dalam Solat (Telaga Biru)

(CLICK IMAGE untuk gambar lebih besar dan jelas)

Pelik Tapi Benar Dalam Solat


SINOPSIS: Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.

Price: MYR23.31

----------------
Rasa bertuah jugak sebab dapat a copy of this book. Dengar cerita dah kena ban ini buku atas alasan 'mengelirukan'.

Setelah membaca keseluruhan buku ini, bukan semua perkara yang dibincangkan di dalam buku ini 'asing' bagi aku. Sejak-sejak aku merantau di Australia ini, macam-macam fesyen jenis solat yang aku lihat. Ada yang mengatakan mereka Syafie, Hanafi, Maliki, Hambali malah salafi. Di dalam satu saf pelbagai cara solat dilakukan. Apakah tindakanku apabila imamku bersolat secara yang agak berbeza dariku?

Berlapang dada.

Sebab aku tau aku tak berilmu.

Even kalau aku tau cara-caranya begini begitu, tapi siapakah aku hendak mengatakan yang beliau salah dan solatnya batal? Yang yakinnya, ilmu aku tak cukup pun nak tau apa perbahasan ulama-ulama muktabar mengenai sesuatu perkara. Yang boleh aku kompem, probably cuma apa yang aku lakukan untuk diriku sahaja. Cukuplah setakat ini.

Anyway, back to the book; buku ini; seperti yang aku katakan, ada beberapa perkara yang telah biasa kita lakukan ketika solat antaranya, menutup handphone, mengesat hingus/airmata dan bergerak memenuhi saf antara lainnya. Yang mungkin kita tak nampak kat tanahair ialah mendukung anak kecil masa solat. Dan akhirnya, yang paling 'pelik', membuka pintu rumah ketika solat. Namun semua yang dikemukakan diberi dalil hadith Nabi s.a.w. Cuma yang kurang (mengikut mereka-mereka yang membaca buku ini juga), tidak dijelaskan hadith-hadith yang dikemukakan (kritikan ke atas sanad dan matan hadith).

Pada aku, yang biasa aku lakukan dalam solat, telah memang aku lakukan sebelum ini. Yang pelik itu, telah diberi amaran oleh penulis HANYA BOLEH dilakukan apabila TERPAKSA; bukannya disaran boleh dilakukan sentiasa. Juga ada syarat-syaratnya untuk dilakukan pergerakan yang pelik itu. Jadi kemungkinan aku melakukannya JIKA terpaksa.

A good nice book kalau boleh cari. Otherwise, korang boleh la cari kat google entah-entah ada topik yang sama membincangkan perkara ini.

Wednesday, September 17, 2008

Adegan dan laporan BBQ Ramadan

Lama dah BBQ so semalam gua kembali sebagai pembakar BBQ legenda yang bakal melelehkan airliur sesiapa je yang terbau akan asap BBQ gua. Sori eh jiran-jiran sekalian. Hajat gua memang nak ajak lu orang tapi disebabkan gua perantau dengan bajet kecik, ditambah dengan harga daging steak yang sebulan-sekali-pun-susah-nak-beli, maka gua hanya dapat menjemput wife dan anak-anak gua je.

Agenda petang itu ialah, menset-up balik kuali BBQ pada asalnya (termasuk menenyeh kotoran dan kerak yang pra-kekal dah beberapa bulan tu - thanks my wife - muaaahhhs! - hanya di hati kerana siang dan PUASA!). Gua mulakan dengan bantuan pekik riuk anak-anak gua yang excited nak tambah kaki tangan memBBQ. Terpaksa gua tepis tangan-tangan kecil itu supaya tidak menganggu keharmonian dan balance ayng diperlukan untuk memBBQ.

(Namun mereka ada agenda yang lain - antaranya, main air tadahan hujan + mengecat dinding rumah dengan air tadahan hujan itu + cuba mencampakkan bunga dendalion ke dalam kuali BBQ - semua itu ku atasi dengan pandangan tajam, seringai, mata terbeliak dan akhir sekali jeritan ala Mustaine + FTG).

Akhirnya, setelah penat berdiri (jawatankuasa tidak menyediakan kerusi untuk duduk), BBQ itu pun tersedia. Aku mengeluh kelegaan sambil satu persatu anak-anakku yang antaranya sudah basah lenjun main air tadahan hujan ku arahkan masuk ke dalam.

Wife gua pun ada buat laporan gak kat SINI.

Apa? Anda sudah terliur?

Skil menjaga api pada tahap optimum merupakan salah satu faktor penting dalam penyediaan BBQ yang mengkecurkan air liur. Gua serius ni!

Everything is OK! (Anak-anak gua tengah tunggu gua hilang tumpuan untuk menjalankan konspirasi mereka) - juga perhatikan baju IRON MAIDEN yang gua menang kat eBay last time, Virtual XI Tour.

Almost done... gua tak berapa suka rare. Tapi CD Megadeth, Iron Maiden dan Dream Theater yang rare, gua suka.

Sudah sedia untuk dibaham. Gua tau, gua pemBBQ tersohor...

Beberapa menit sebelum azan berkumandang... yum yum...

Monday, September 15, 2008

Buku baru sampai (order dari Malaysia) Part 2

2nd batch order baru sampai minggu lepas. Kali ni order dari http://www.eabookcentre.com.my/ yang beroperasi di Shah Alam.

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya

Price: MYR17.91
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya

Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang fardhu ain, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.

Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab ibadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang ditetapkan.

Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang puasa kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang PUASA!

Price: MYR15.21

21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang

Price: MYR19.90

Buku Pintar: Sunnah & Bid'ah

Penulis: Syaikh Sa`ad Yusuf Abu Aziz

Sinopsis: Penulis membincangkan mengenai isu-isu bid'ah dan yang mana satu sunnah. Buku ini merupakan perbandingan antara bid'ah dan sunnah. DI zaman ini, banyak yang meninggalkan sunnah dan memilih bid'ah. Kenalilah yang mana satu sunnah dan bid'ah. Semua terjawab dalam buku ini.

Price: MYR45.00

Pelik Tapi Benar Dalam Solat

Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.

Price: MYR23.31

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya (H/C)

Kerana kekuragnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang ibadah, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok belok solat. Solat sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang kala solat dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.

Sedangkan untuk menunaikan solat yang datang terus daripada Allah s.w.t tentulah mempunyai modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap.

Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang SOLAT!

Price: MYR15.21

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya

Masyarakat umum sering keliru bagaimana hendak mengeluarkan zakat? Bila perlu dikeluarkan? Kalau dah bayar cukai pendapatan, apakah perlu bayar zakat lagi? Apa perbezaan antara zakat dan sedekah? Bolehkah mengeluarkan zakat kepada keluarga sendiri yang fakir miskin? Berapa jumlah minimum duit dalam bank yang perlu dikeluarkan zakat? Berapa yang perlu dikeluarkan? Bagaimana pula emas yang dipakai hingga ke siku?

Ini sebahagian persoalan yang menerobos minda masyarakat umum. Soalan itu nampak remeh-temeh tetapi ramai yang tidak pasti jawapannya secara tepat. Buku ini lain dari yang lain. Ia menangani masalah remeh temeh tentang zakat yang ramai orang tidak tahu tapi malu bertanya. Soalan pelik-pelik juga ditangani. Antaranya: Boleh tak guna duit zakat untuk kahwin? Perusahaan madu lebah kene zakat atau tidak?

Yang penting zakat membersihkan harta anda. Allah s.w.t memberi limpah kurnia yang bertimbun-timbun supaya rezeki anda lebih murah. Cungkil rahsianya di dalam buku ini.

Price: MYR15.21

Sunday, September 14, 2008

METALLICA Death Magnetic CD digipak

Tanpa ragu-ragu lagi, Metallica adalah Metal biggest band. Not Iron Maiden, not Megadeth... no no...

Oh, Trivium IS DEFINITELY not Metal biggest band. Thank you.

Kepada mat Metal, sekali dua pasti pernah disentuh oleh Metallica, at least one of the albums. Baik yang mengharap, skeptik mahupun pembenci tersohor, mereka tak habis-habis berspekulasi dengan album terbaru ini. Yang membenci, tidak dapat melawan, keinginan senyap-senyap berita tentang rilisan ini tetap diikuti dari blabbermouth.net. Di mana-mana forum, pelbagai bahasa malah pelbagai genre, pastinya ada satu thread khas yang membicarakan tentang rilisan ini. Dan pastinya thread itu menjadi antara topik paling hangat di mana-mana forum. Yang defensive, yang constructive, yang offensive; cakap saja apa jenis perbincangan, pastinya berkerumun, berebut-rebut memberi pendapat tentang rilisan ini.

Rilisan ini - DEATH MAGNETIC.

Aku juga tak terkecuali. Pada hari pertama Metallica menghebahkan tentang rakaman album ini, aku telah menjejak setiap berita terkini tentangnya. Namun begitu aku tak ambil peduli pun tentang beberapa album sebelumnya, St. Anger. Mungkin apabila Metallica sendiri berikrar untuk rectify problem yang timbul semasa St. Anger; antara lain menjustifikasi album tersebut dengan hubungan sesama band yang renggang, aku agak excited. Nak-nak lagi, produser Rick Rubin menggantikan produser lama, Bob Rock.

Nah, sekarang CDnya di depan mata. Lagunya di dalam telinga. What is the verdict?

Definitely Death Magnetic > St Anger (simbol ">" bermaksud lebih bagus dari). Problem besar St Anger, antara lainnya produksi sound yang ntah apa-apa telah diperbetulkan 10 kali lebih baik dalam album ini. Solo Kirk Hammett juga kembali. Dan lagu-lagunya, lebih mirip Metallica di zaman mudanya.

Kepada yang mengharap, good news. They are back on track. Walaupun tetap ada cebisan Load/Reload dan sedikit snare drum St Anger, tetapi ke'agresif'an mereka kembali; at least lebih banyak cebisan di zaman ...And Justice For All (AJFA) dan The Black album. Produksi sound yang updated (oh, aku sungguh teruja dengan sound gitar yang raw dan serak itu! Bunyi 'twang' kedengaran pabila tali halus diseret). Trujillo banyak memberi manfaat apabila bass dikehadapankan, beliau memberikan line bass yang agak berbisa (maknanya tak rugi menggantikan beliau dengan Newsted).

Untuk yang sceptical dan offensive, well, kamu boleh katakan apa sahaja, but Metallica is really back on track! To expect Metallica kembali dengan album seperti Master of Puppets atau Kill 'Em All adalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Ianya tak akan terjadi. Selagi itu yang kamu impikan, maka teruskan impian tersebut kerana ia tak akan berlaku. Mungkin yang patut dikritik ialah, apsal lagu-lagunya semua panjang sangat yang juga merupakan komplen utama aku.

Kesimpulannya, Metallica telah kembali di atas landasannya. Ianya bukan album terbaik mereka tetapi sekurang-kurangnya aku boleh melupakan Load/Reload/St Anger seolah-olah itu album Metallica yang tak pernah terjadi. Dari Black Album terus lompat kepada Death Magnetic.

1. "That Was Just Your Life" 7:08 - Lagu permulaan yang baik. A riff fest! Lagu ini pastinya, yang mengharap dan yang skeptikal akan setuju; lagu ini Metallica at it's highest form. Thrashy, raw and attacking sepertimana mould Metallica yang asalnya. Definitely the highlight of the album. Hetfield rules! 10/10

2. "The End of the Line" 7:52 - Ada rupa lagu-lagu dalam AJFA. Kombinasi lagu AJFA dan Harvester Of Sorrow rasanya. Main riffnya, yang melodi walaupun ada cebisan Load/Reload tetapi it was well-mingled with the rest menjadikan lagunya agak interesting. 8/10

3. "Broken, Beat & Scarred" 6:25 - Pattern lagu ni ada iras-iras seperti lagu sebelumnya. Keagresifan medium denagn main riffsnya agak Load/Reload (country) tetapi cepat-cepat dicelahi dengan riffs yang lebih 'Metallica'. Line bass Trujillo, walaupun agak di belakang tetapi apabila kedengaran memberikan kekuatan kepada lagu ini. 8/10

4. "The Day That Never Comes" 7:56 - Sebagai meneruskan tradisi yang tidak meninggalkan lagu ala-balada, kita disajikan dengan lagu ini. Feel lagu ini seperti lagu One dan Fade To Black. Lagu yang menarik dan meremangkan bulu roma apabila gitar pluckingnya enter frame diikuti dengan melodi vokal Hetfield. Seperti kedua lagu tersebut, gradually ia menjadi heavy at the middle dan berterusan hingga akhirnya. Juga, gitar solo Hammett yang agak 'repetitive' dalam album ini lebih agak menyerlah dalam lagu ini. 10/10

5. "All Nightmare Long" 7:57 - Lagu tak memberansangkan pada mulanya tetapi main melody/chorusnya best. Kalau diubah riffs yang lainnya, pasti lagu ini lebih mencengkam. 5/10

Lagu filler? Mungkin lagu-lagu yang panjang mengeringkan idea Lars/Hetfield. 5/10

6. "Cyanide" 6:39 - Agak berbelah bahagi tentang lagu ini. Antara best atau tak best pada aku. Mungkin pace lagunya yang agak sederhana sedangkan riffs dan attacknya dah menarik. 6/10

7. "The Unforgiven III" 7:46 - hmmm... tajuk lagu tak menarik. Aku rasa cukuplah ada satu lagu ala-balada dalam album ini, iaitu lagu The Day That Never Come. Tapi perasaanku merasakan lagu ini boleh tahan. Membawa tradisi lagu original The Unforgiven dari The Black Album tetapi tetap kalah dengan lagu asalnya. Verdict? Probably more of a filler. 6/10

8. "The Judas Kiss" 8:00 - Apsal nak panjang sangat ah? Lagu panjang ni masalahnya nak bagi tumpuan lepas tu nak memastikan semua riffs yang ada kena best belaka. Walaupun ada lagu-lagu yang kena dengan durasinya tapi kali ni kalah. Riffs yang tak cukup interesting untuk diberi tumpuan. 6/10

9. "Suicide & Redemption" 9:57 - Lagu paling panjang. Aduh. Instrumental. Mungkin pada asalnya ia mahu mengambil spirit lagu Orion ataupun To Live Is To Die tapi susah tu. Instrumental dan interesting. They proved it before tapi tak bermakna they can prove it evertime. Mungkin lagu ni mengambil masa untuk dihadam atau mungkin saja lagu ini semata-mata lagu filler atau usaha yang tak menjadi. 5/10

10. "My Apocalypse" 5:01 - Setuju dengan somebody out there yang kata ini lagu ambil berkat lagu Dyer's Eve. Antara lagu paling agresif dalam album ini. Durasi lagu juga yang terpendek dan aku rasa durasi macam ni paling sesuai untuk lagu Metallica. Kalau terlampau panjang, orang cepat hilang tumpuan. 10/10

On final note, versi yang ada padaku ialah digipak (limited edisi)- US pressed. Di Australia, selain dari versi standard, ada versi ini juga. Harganya AUS$27 (standard AUS$17). Komen aku, yang berbeza cuma packaging. Takde extra tracks ataupun video tracks. Rasa macam rugi. Lagipun kalau tengok balik pada booklet tu, 'potongan' keranda tu memotong lirik. Seolah-olah memang sengaja memotong layout lirik. Patutnya lirik tu di print ikut sempadan potongan la! Better beli standard version aku rasa. Takpe, aku rela jadi scapegoat dengan beli limited edisi ni.

p/s: Abang Mus (Megadeth) sudah pasti kena kerja keras untuk album akan datang dengan kembalinya Metallica into form ini ;)

Wednesday, September 10, 2008

Mencari album SEARCH dan AMY

Tolong gua eh... gua nak kumpul SEARCH punya album (skali dengan AMY). Gua cari album ni:

UPDATED 30/9/08
  • SEARCH – # 1 (BMG, 2002) TELAH DIJEJAKI!
  • SEARCH – “Unplugged” Gema Di Timur Jauh (BMG, 1995)
  • SEARCH – Bikin Wilayah (BMG, 1998)
  • SEARCH – Cinta Buatan Malaysia (Polygram, 1985)
  • SEARCH – Fenomena (EP 2) (Go search)
  • SEARCH – Fenomena 2003 (BMG, 2003) TELAH DIJEJAKI!
  • SEARCH – Gema Di Timur Jauh (EP 2) (Go Search) TELAH DIJEJAKI!
  • SEARCH – Gothik Malam Edan – digipack+vcd (Neo Digital, 2006) TELAH DIJEJAKI!
  • SEARCH - Gothik Malam Edan (Neo Digital, 2006) Jewel case
  • SEARCH – Langit Dan Bumi (Polygram, 1986)
  • SEARCH – Mentari Merah Diufuk Timur (Polygram, 1987)
  • SEARCH – Remix (Polygram, 1994) - boleh avoid !!!!
  • SEARCH – Rock ‘N’ Roll Pie Live ‘N’ Loud (BMG, 1997) TELAH DIJEJAKI!
  • SEARCH – Rock Mania (Polygram, 1998) TELAH DIJEJAKI!
  • SEARCH – Rockestra (BMG, 2001)
  • SEARCH – Selepas Banjir (BMG, 1999) TELAH DIJEJAKI!
  • SEARCH – Sepuluh Tahun (BMG, 1991)
  • SEARCH/ WINGS – Double Trouble (BMG, 1992)
  • SEARCH/ WINGS – Double Trouble 2
  • AMY - Aku
  • AMY - Magic
  • AMY - Ikon = Rockstar Kronologi
  • AMY - Suatu Masa
Kalau lu orang ada dan nak jual murah-murah, kasi tau ah. Ataupun lu nak trade dengan CD gua, lu boleh telek gua punya tradelist KAT SINI.

TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG GOTONG ROYONG TOLONG JEJAK!


Gua nak CD tau bukan mp3! CD original!

SYMBIOTIC IN THEORY Scream Theory EP



Pertama kali mendengar sample lagu di myspace, seolah-olah mencampakkan diriku ke dinding! “This is GOOD!” Kataku dalam hati.

Sekarang, reality check…

Pada pendapatku, ada dua stage aral utama untuk pemuzik Death Metal tempatan. Ianya mudah. 1. Ekspetasi tempatan 2. Ekspetasi antarabangsa.

Ekspetasi tempatan ialah sebagaimana ekspetasi peminat Death Metal tempatan yang mahukan skil permainan muzik yang above average di samping kualiti rekoding yang over the top. Symbiotic in Theory (SIT) berjaya dalam mengatasi aral ini. Aku pasti sesiapa saja yang mendengar buat pertama kali EP ini pasti akan tersentak ke dinding dan dalam hatinya terlintas, “This is GOOD!”

Ambil saja kualiti permainan gitar mereka yang menisbahkan seolah-olah kedua gitarisnya mempunyai skil kemahiran yang tinggi. Sweep dan cilok yang bersih serta ketepatan riffs yang melelehkan air liur gitaris lain yang mendengarnya. Begitu juga dengan drumming yang tepat pada breaknya tanpa kedengaran terlebih atau terlambat pijak kick. Blast beat yang bersih yang matinya tepat dengan matinya gitar dan bass.

Begitu juga dengan kualiti rekoding. Tiada sebu. Tiada bunyi cengkerik. Tiada bunyi distortion yang terlampau berpasir atau tak cukup distortion. Mix yang balanced dan dapat highlight apa yang patut dihighlightkan.

Dengan erti kata yang lain, untuk menjadi yang tersohor di Malaysia, tiada yang dapat menandingi SIT, at least, buat masa ini. SIT telah meletakkan standard baru untuk scene Death Metal tempatan. Untuk itu, sekalung tahniah!

Now, ekspetasi antarabangsa kemungkinan sangat berbeza. Apa sahaja aral untuk tempatan dari segi permainan dan kualiti rekoding, itu sudah menjadi asas untuk band Death Metal antarabangsa. Amnya, semua menyokong yang terbaik itu datangnya dari Eropah atau USA. Itulah mujahadah band Asia. Jika anda bunyinya seperti USA ataupun Eropah; besar kemungkinan kamu tidak akan dipandang, walau sebelah mata. Contoh, di Jepun sahaja berapa ribu band Death Metal yang ada. Yang benar-benar boleh berdiri tegak di persada global, boleh dikira dengan jari mungkin. Ini mengambil contoh negara yang menghasilkan band Death Metal yang berkualiti dari segi permainannya mahupun rekoding, Jepun. Ataupun boleh saja kita pandang ke seberang, Indonesia.

Aku rasa apa yang aku mahu hujahkan ialah, satu perkara yang sangat penting yang perlu SIT ambil kira untuk rilisan akan datang. Ianya, originality. Memang sukar, kita semua akuinya tetapi itulah yang sebenarnya yang kita perlukan. Pada pendapat aku, band Malaysia lebih banyak yang original tetapi gagal dari segi kemahiran dan produksi. Advantage sudah ada pada SIT dalam kemahiran dan produksi, yang perlu sekarang ini ialah brainstorming antara pemuziknya; what are the gaps? Apa gaps yang boleh mengeluarkan SIT dari kelompok band Death Metal antarabangsa? Ya, aku bercakap tentang globalisasi SIT. SIT tiada masalah untuk tempatan (tolak piracy dan mp3 downloads of course). Kalau ditanya padaku, my best bet = SIT. Yakni, band yang benar-benar perlu diberi sokongan sepertimana semangat Australia di belakang AC/DC ataupun Brazil di belakang Sepultura.

http://www.myspace.com/screamtheory

Sunday, September 07, 2008

Selamat Hari Bapa!




Sometimes ago, office-mate aku tanya, amacam Father's Day. Aku jawab, aku tak sambut. Dia terdiam, lepas tu dia tersenyum dan paham. Ini semua capitalist punya idea nak jual barang. Aku pun senyum balik.

Tapi tak boleh nak elak la hari macam ni. Kat sekolah anak-anak, boleh kata seminggu nak Father's Day tu dah sibuk diorang rancang. Dua anak yang sekolah kat sini semua dah prepare hadiah untuk aku.

Well, secara peribadi aku tak harap Father's Day ni pun. Cukup jadi anak yang soleh dan doakan untuk aku je sudah.

Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: When a man dies, his acts come to an end, but three, recurring charity, or knowledge (by which people) benefit, or a pious son, who prays for him (for the deceased). (Sahih Muslim Book 013, Number 4005)

Tapi terima kasih... dah bagi kita terima, ye tak?

Saturday, September 06, 2008

Buku baru sampai (order dari Malaysia)

Buku-buku yang diorder dari Malaysia baru je sampai. Sampai in 7 days. Tak tau bila nak khatam. Slow-slow kata orang. Yang ni order dari sini http://galeriniaga.blogspot.com. Ada lagi satu pakej dari penjual yang berbeza tapi tak sampai-sampai lagi. Actually, belum diposkan pun sebab buku yang diorder telah kehabisan stok dan menunggu stok baru sampai.

Masa kat Malaysia dulu ada sekali aku demam beli buku agama ni. Dapat gaji je beli yang jilid-jilid. Antara lain, Sahih Bukhari, Al-Umm, Tafsir Ibnu Kathir, Hayatus Sahabah etc. Demam tu datang balik sekarang ni hehehe...

Nanti aku review la buku-buku ni bila dah khatam. Sekali sekala ulas buku apa salahnya ye tak? Asyik ulas CD je... ubah angin sikit time Ramadan ni.

WUDUK DAN SOLAT MENURUT SUNNAH DAN MAZHAB SYAFIE
Penulis: Abu Ruwais asy-Syubrawi
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM19.90

Sifat Solat Nabi (Edisi Revisi)
Penulis: Sheikh al-Alamah al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani
Terbitan: Media Hidayah
Harga: RM15.00

Ensiklopedi Tarjih (Masalah Thaharah dan Solat)
Penulis: Sheikh Dr. Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul
Terbitan: Darus Sunnah
Harga: RM45

Sikap Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Terhadap Pemerintah
Penulis: Ustaz Rasul Bin Dahri
Terbitan:Jahabersa
Harga:RM12.00

BAHAYA TARIKAT SUFI/TASAWUF TERHADAP MASYARAKAT
Penulis:Ust. Rasul Bin Dahri
Terbitan:Jahabersa
Harga:RM9.50

SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU (NABI S.A.W.) BERSOLAT
Penulis: Ust. Rasul Bin Dahri
Terbitan: Syarikat Ummul Qura SDN. BHD.
Harga: RM8.90