Lama dah BBQ so semalam gua kembali sebagai pembakar BBQ legenda yang bakal melelehkan airliur sesiapa je yang terbau akan asap BBQ gua. Sori eh jiran-jiran sekalian. Hajat gua memang nak ajak lu orang tapi disebabkan gua perantau dengan bajet kecik, ditambah dengan harga daging steak yang sebulan-sekali-pun-susah-nak-beli, maka gua hanya dapat menjemput wife dan anak-anak gua je.
Agenda petang itu ialah, menset-up balik kuali BBQ pada asalnya (termasuk menenyeh kotoran dan kerak yang pra-kekal dah beberapa bulan tu - thanks my wife - muaaahhhs! - hanya di hati kerana siang dan PUASA!). Gua mulakan dengan bantuan pekik riuk anak-anak gua yang excited nak tambah kaki tangan memBBQ. Terpaksa gua tepis tangan-tangan kecil itu supaya tidak menganggu keharmonian dan balance ayng diperlukan untuk memBBQ.
(Namun mereka ada agenda yang lain - antaranya, main air tadahan hujan + mengecat dinding rumah dengan air tadahan hujan itu + cuba mencampakkan bunga dendalion ke dalam kuali BBQ - semua itu ku atasi dengan pandangan tajam, seringai, mata terbeliak dan akhir sekali jeritan ala Mustaine + FTG).
Akhirnya, setelah penat berdiri (jawatankuasa tidak menyediakan kerusi untuk duduk), BBQ itu pun tersedia. Aku mengeluh kelegaan sambil satu persatu anak-anakku yang antaranya sudah basah lenjun main air tadahan hujan ku arahkan masuk ke dalam.
Wife gua pun ada buat laporan gak kat SINI.
(Namun mereka ada agenda yang lain - antaranya, main air tadahan hujan + mengecat dinding rumah dengan air tadahan hujan itu + cuba mencampakkan bunga dendalion ke dalam kuali BBQ - semua itu ku atasi dengan pandangan tajam, seringai, mata terbeliak dan akhir sekali jeritan ala Mustaine + FTG).
Akhirnya, setelah penat berdiri (jawatankuasa tidak menyediakan kerusi untuk duduk), BBQ itu pun tersedia. Aku mengeluh kelegaan sambil satu persatu anak-anakku yang antaranya sudah basah lenjun main air tadahan hujan ku arahkan masuk ke dalam.
Wife gua pun ada buat laporan gak kat SINI.
Apa? Anda sudah terliur?
Skil menjaga api pada tahap optimum merupakan salah satu faktor penting dalam penyediaan BBQ yang mengkecurkan air liur. Gua serius ni!
Everything is OK! (Anak-anak gua tengah tunggu gua hilang tumpuan untuk menjalankan konspirasi mereka) - juga perhatikan baju IRON MAIDEN yang gua menang kat eBay last time, Virtual XI Tour.
Almost done... gua tak berapa suka rare. Tapi CD Megadeth, Iron Maiden dan Dream Theater yang rare, gua suka.
Sudah sedia untuk dibaham. Gua tau, gua pemBBQ tersohor...
Beberapa menit sebelum azan berkumandang... yum yum...
7 comments:
haha..camna tuh 'jeritan ala Mustaine+FTG' kene kt anak2 ko?cam dia sebut 'Washington's nexxxttt..' ke?
Huiyoo,berBBQ pakai bju IronMaiden..
Alamak sam aku buka pun layan bbq la.. tapi aku punya panggang ayam jak heheheheh selamat berbuka puasa!!!!
walaupun gua salah sorang penggemar berat/tegar ayam yg dijilat api mcm ni, tapi sewaktu membaca entri lu ni,
kurang la sikit terliurnya kerana sedang melayan Hank Shermann & Michael Denner dari Merciful Fate dalam perebutan solo lagu 'Dangerous Meeting'.
**lepas ni King Diamond akan buat jeritan padu dalam ''The Candle'' pulak...
Eddie..lu punya mulut itu ada lebey garam la...masin..lu usha Bentara sudah menjilati ayamnya dengan api..hehe
Sukar untuk gua menafikan, sememangnya wujud perasaan terliur dalam lubuk sanubari gua..maka terbukti lu bole memasak rresepi lain selain gitar goreng jek.
Wahai anak² Bentara, kalau korang ada projek konspirasi lagi jgn lupe calling abang k?
salam ramadhan bro!
pasal makan-makan ni yang gua suke!
lutfie,
jeritan tu kena praktis hari-hari baru jadi perfect. Syaratnya kena ada anak2 kecik.
***************
team bionic,
gua tunggu posting lu yang bergambar!
***************
eddie dewanaga,
beep beep beep... error detected! MERCYFUL bukan merciful.
***************
achan sinclair,
lu jangan... konspirasi anak2 gua meliputi seluruh kerajaan dunia.
***************
gayour,
lu legend ah bro! Selamat datang ke blog gua yang merapu.
mm, very nice
both the food and the environment
Post a Comment