Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, September 10, 2008

SYMBIOTIC IN THEORY Scream Theory EP



Pertama kali mendengar sample lagu di myspace, seolah-olah mencampakkan diriku ke dinding! “This is GOOD!” Kataku dalam hati.

Sekarang, reality check…

Pada pendapatku, ada dua stage aral utama untuk pemuzik Death Metal tempatan. Ianya mudah. 1. Ekspetasi tempatan 2. Ekspetasi antarabangsa.

Ekspetasi tempatan ialah sebagaimana ekspetasi peminat Death Metal tempatan yang mahukan skil permainan muzik yang above average di samping kualiti rekoding yang over the top. Symbiotic in Theory (SIT) berjaya dalam mengatasi aral ini. Aku pasti sesiapa saja yang mendengar buat pertama kali EP ini pasti akan tersentak ke dinding dan dalam hatinya terlintas, “This is GOOD!”

Ambil saja kualiti permainan gitar mereka yang menisbahkan seolah-olah kedua gitarisnya mempunyai skil kemahiran yang tinggi. Sweep dan cilok yang bersih serta ketepatan riffs yang melelehkan air liur gitaris lain yang mendengarnya. Begitu juga dengan drumming yang tepat pada breaknya tanpa kedengaran terlebih atau terlambat pijak kick. Blast beat yang bersih yang matinya tepat dengan matinya gitar dan bass.

Begitu juga dengan kualiti rekoding. Tiada sebu. Tiada bunyi cengkerik. Tiada bunyi distortion yang terlampau berpasir atau tak cukup distortion. Mix yang balanced dan dapat highlight apa yang patut dihighlightkan.

Dengan erti kata yang lain, untuk menjadi yang tersohor di Malaysia, tiada yang dapat menandingi SIT, at least, buat masa ini. SIT telah meletakkan standard baru untuk scene Death Metal tempatan. Untuk itu, sekalung tahniah!

Now, ekspetasi antarabangsa kemungkinan sangat berbeza. Apa sahaja aral untuk tempatan dari segi permainan dan kualiti rekoding, itu sudah menjadi asas untuk band Death Metal antarabangsa. Amnya, semua menyokong yang terbaik itu datangnya dari Eropah atau USA. Itulah mujahadah band Asia. Jika anda bunyinya seperti USA ataupun Eropah; besar kemungkinan kamu tidak akan dipandang, walau sebelah mata. Contoh, di Jepun sahaja berapa ribu band Death Metal yang ada. Yang benar-benar boleh berdiri tegak di persada global, boleh dikira dengan jari mungkin. Ini mengambil contoh negara yang menghasilkan band Death Metal yang berkualiti dari segi permainannya mahupun rekoding, Jepun. Ataupun boleh saja kita pandang ke seberang, Indonesia.

Aku rasa apa yang aku mahu hujahkan ialah, satu perkara yang sangat penting yang perlu SIT ambil kira untuk rilisan akan datang. Ianya, originality. Memang sukar, kita semua akuinya tetapi itulah yang sebenarnya yang kita perlukan. Pada pendapat aku, band Malaysia lebih banyak yang original tetapi gagal dari segi kemahiran dan produksi. Advantage sudah ada pada SIT dalam kemahiran dan produksi, yang perlu sekarang ini ialah brainstorming antara pemuziknya; what are the gaps? Apa gaps yang boleh mengeluarkan SIT dari kelompok band Death Metal antarabangsa? Ya, aku bercakap tentang globalisasi SIT. SIT tiada masalah untuk tempatan (tolak piracy dan mp3 downloads of course). Kalau ditanya padaku, my best bet = SIT. Yakni, band yang benar-benar perlu diberi sokongan sepertimana semangat Australia di belakang AC/DC ataupun Brazil di belakang Sepultura.

http://www.myspace.com/screamtheory

2 comments:

Lutfie said...

hurmmm.death metal perasa NECROPHAGIST.

frontman NECROPHAGIST nama Muhamed.Islam ke?

matakucing said...

sesekali lyn death metal ni best gak ek..huhu lama siot tak usik cd gelap aku