Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, September 29, 2011

PhD defence presentation at Lehigh University


Bidang akademik memang tidak boleh lari dari presentation. Terutamanya apabila anda mahu mendapatkan ijazah anda. Baik semasa ijazah sarjana muda hinggalah yang tertinggi, Ph.D. Kebiasaannya, ia dinamakan viva (sebut vaiva) dan pada sesetengah tempat yang lain, defense.

Jika anda ada darah gemuruh yang serius dan tidak mahu buat presentation semasa Ph.D anda, boleh saja melakukannya di Australia. Di sana memang tiada. Cuma anda masih perlu melakukan annual presentation di dalam fakulti. Sekurang-kurangnya, semasa viva, mereka yang hadir dan membuat keputusan tiada. Annual presentation sekadar melaporkan progress dan juga mengambil feedback dari audience anda.

Di Lehigh University, saya berpeluang untuk menghadiri sesi final defense oleh calon Ph.D di fakulti Civil Engineering. Calon tersebut telah menghabiskan masa 5 tahun untuk menyiapkan kajian beliau (tajuk boleh lihat di gambar). Yang menarik ialah beliau membuat kajian eksperimental terhadap lebih 200 sampel sebelum sampai kepada konklusi yang hendak dibuat.

External examiner beliau tidak dapat hadir tetapi masih boleh mengikuti presentation beliau secara jarak jauh menggunakan komputer dan telefon. Selain dari ahli fakulti yang duduk sekali dalam komiti perkembangan Ph.D beliau, rakan-rakan seperjuangan beliau juga hadir. Ada yang memberi semangat dan ada pula yang mahu mengikut perkembangan selain menimba ilmu, cara presentation yang betul.

Pelbagai soalan telah dilontar kepada calon ini, baik dari ahli fakulti juga dari rakan-rakan beliau. Ada yang boleh dijawab, dan ada yang tidak dapat dijawab. Calon sesekali nampak gemuruh mencari jawapan dari slide dan juga di belakang kepala beliau tetapi semuanya dapat disempurnakan. Sempurna bermaksud samada dapat dijawab atau tidak, ia dilakukan secara yang tertib.

Atas nilaian saya berdasarkan apa yang telah dipersembahkan, beliau patut diluluskan. 

Oleh kerana Ph.D saya dari Australia, maka tiada viva bagi saya. Kali terakhir thesis presentation saya ialah pada tahun 2002 di UTM, Skudai. Memang pengalaman yang menggemuruhkan. Selepas membuat presentation selama lebih kurang sejam (termasuk sesi soal jawab), saya diarahkan keluar dari bilik untuk memberi ruang komiti membuat keputusan.

Selepas itu saya dipanggil balik dan keputusan diberikan kepada saya. Alhamdulillah, diterima dengan pembetulan. Maksudnya, tesis saya diterima tetapi dengan syarat dibuat dahulu beberapa pembetulan oleh komiti yang telah bersidang.


12 comments:

NM02 said...

kamu hebat!

Rina Rahamat said...

2002? maksudnya masa tu sy sedang jd tutor di UTM..

Dr tahu x sy ada darah gemuruh..sbb tu sy x teruskan pengajian master dan phd sy sbb x tahan asyik nk buat presentation..cukuplah ms degree..hehe


br sy tahu kat australia xda viva..best nih!

Unknown said...

hebat lah bro..skrg kerja mana ?

Dr. Bentara said...

khairul,

di UTP http://www.utp.edu.my/staff/ex.php?mod=ex&sn=117023

Anaasuria said...

oh, macam tu ke sebut viva, ingatkan veeva..

saya tak sesuai buat presntation sebab ada ketika lidah cakap tak selari ngan otak, bercelaru..hihi..

nizang said...

aku sedang dlm persediaan buat viva MA in november. smlm present utk persediaan viva. supervisor aku komen "it's an interesting research. but the presentation is boring. it killed the research".

ok lagi. Alhamdulillah.

kawan aku present, komennya. "the presentation is boring, it killed the research and the audience too".

nak present kene ade gaya jugak. sblm ni aku present terlampau laju. kali ni ingat nak relax sikit. tapi jadi boring pulak...haha.

Dr. Bentara said...

Ahmad Nizamuddin Abdullah,

Nak buat lawak masa viva memang tak sesuai. Yang boleh ialah guna intonasi suara dan stress pada point yang kau mahu orang beri perhatian.

Good luck with your viva!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum Dr...

sy cuma tahu viva itu adalah perodua viva...

kolotnya saya tetapi Dr telah beri ilmu kpd saya pd hari ini..terima kasih ya :-)

wahida said...

darah gemuruh aku dtg bila time interview...huhu...

nazli said...

Setuju dengan you Dr. Ben. Org darah gemuruh tak sesuai dlm dunia akademik sbb byk-byk-byk-byk sgt nak kena buat presentation...

I pilih Australia bukan sbb gemuruh, tapi sbb dekat dengan Msia..ha..ha..ha..

Unknown said...

patutla ramai senior sya kenal nak sambung kat AUS tu sbb takde viva???

oh, sna panggil defense ek...

Airilsametok said...

famous lehigh ni. Tempat newmark tulis his famous differential equation of composite beam. Untung dr ben, ko dapat pegi sana.