Tiga tahun kebelakangan ini, Loudness begitu produktif dengan merilis satu album setiap tahun. Bermula dengan album Metal Mad (2008) yang merupakan album terakhir drummer asal, Muneteka Higuchi yang meninggal dunia akibat kanser dan The Everlasting (2009) yang mana track drum telah direkod oleh Muneteka sebelum kematiannya. Album ini merupakan album pertama bersama drummer baru, Masayuki Suzuki.
Secara amnya, Loudness masih mengekalkan gaya modern terutama dari segi sound gitarnya yang berat. Namun itu dibayar dengan standard tuning yang digunapakai semula selepas beberapa lama menggunakan drop tune. Disiplin begini dilihat sebagai satu langkah pulang ke pangkal jalan oleh peminatnya. Yang tidak berubah mungkin vocal Minoru Niihara, konstan seperti umur Thunder In The East.
Beberapa lagu menarik perhatian – dari segi pengekalan elemen Heavy Metal yang kita kenali dari Loudness, antaranya; The King Of Pain (riff gitar yang berat tetapi kekal rockin’), Power Of Death (acuan lagu zaman Lightning Strikes dengan solo gitar yang melelehkan air liur), Where Am I Going? (bluesy dan rileks), Hell Fire (hamper Thrash Metal) dan Naraka (solo gitar dan solo lagi). Yang tak berapa menarik beberapa lagu tiada gitar solo; Rule The World, Straight out Of Our Soul. Death Machine pula, Minoru menggunakan efek yang menyebabkan vokal beliau keluar seolah-olah dari radio rosak, #666 yang terlebih funky dan Never Comes (balada yang tak berapa menjadi).
Dengan lain perkataan, album ini bercampur antara sedap atau tidak. Tetapi bagi mereka yang mendambakan Loudness yang rockin nampaknya ada harapan lagi. Kita tunggu album tahun ini.
*Disiarkan dalam KARISMA April 2011
2 comments:
album baru ke??
concert loudness mlm ni mmg puas hati.
amy search jd guest utk 2 lagu loudness (shadows of war, dgn let it go)....
performance mmg mantap dan bleh create suasana yg bleh attract kt audience.
opening band mcm she-wolves, satira dan Sofea (SYJ) perform sblm break solat maghrib 7.30 mlm.
Post a Comment