Apabila mendengar lagu promo album ini, Are You Metal?, pandangan pertama kita ialah sudah tentun ianya lagu tongue-in-cheek seperti Future World. Kita terpedaya. Ianya lagu yang agak serius. Kemudian, apabila diteliti, wow lagu ini sungguh laju? Cuba dengarkan bass drumnya. Laju mengalahkan band grindcore!
Sesuailah dengan amaran yang telah diberi dengan lebih awal oleh Helloween sendiri – ini merupakan album mereka yang paling laju. Nasib baik muziknya masih Helloween dan tidak bertukar kepada Terrorizer ataupun Napalm Death.
Selepas kejutan yang dibuat album sebelumnya yang akustik dan orchestra yang tidak kurang mendapat kritikan walau dari peminatnya yang die-hard, album ini lebih menonjolkan wajah dan warna Helloween seperti yang kita kenali sejak 30 tahun dahulu. Namun jangan pula mengharapkan zaman Kai Hansen/Kiske. Ia telah lama berlalu pergi walaupun tidak pernah dilupakan. Zaman Andi Deris sedar tak sedar sudah 16 tahun usianya dan ia mempunyai era klasiknya yang tersendiri (album Masters Of The Oath, Time of the Oath dan Better than Raw). Itulah perbandingan yang lebih penting.
Apabila perbandingan itu dibuat, maka beberapa perkara penting yang mungkin boleh diketengahkan. Dari segi susunan lagu, mungkin tidak boleh menyamai ketiga-tiga album tersebut atau mungkin saja memerlukan lebih masa. Di dalam album ini walaupun adanya lagu yang melekat seperti Are You Metal?, Who is Mr Madman? You Stupid Mankind tetapi lekatnya masih kurang. Seterusnya, jika anda peminat solo gitar, sukacitanya solo-solo gitar di dalam album ini memang menarik. Gabungan Weikath/Gerstner bolehlah dikatakan dapat menyaingi duet Weikath/Grapow. Dan akhirnya, jumlah lagu melebihi 10 buah – letih. Mungkin jika dihadkan kepada 9-10 lagu maksimum, maka lebih konsentrasi boleh dibuat.
Yang nyata, Helloween tidak akan kembali pada zaman Pink Bubbles/Chameleon, itu sudah pasti. Untuk band yang berkaliber seperti Helloween, cukuplah sekali jatuh lubang. Nampak gaya jalan yang dilalui oleh Helloween cukup lurus dan cantik dan menjanjikan rilisan yang bermutu dan berkualiti pada masa akan datang.
(Bentara krenmaut.blogspot.com)
Disiarkan dalam KARISMA April 2011
2 comments:
antara wishlist 2010..tapi dah nak masuk may 2011 pun dah...bukannya beli...dengar yang dah dload pun tak lagi...mungkin aku dah kurang berminat dengan Helloween..
album paling ganas, kejam dan berat buatan helloween!
Post a Comment