Ramai yang keliru, menyangka mengajak (dakwah) itu sama dengan mengajar. Atas kekeliruan ini, timbullan macam2 polemik dalam masyarakat, antaranya :
1. 'Kau ni tak ada ilmu nak berdakwah' -- Maulana Hamid Chin kata tidak tsabit larangan dari nabi untuk satu orang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi dakwah kepada qaumnya.
2. Kejian2 kepada orang yang zahirnya lekeh tetapi minat buat dakwah.
3. Ramai juga yang keliru, sangkanya bila sudah mengajar maka itulah dakwahnya. Tiada dakwah selain mengajar di masjid2 dan kelas2. Bila ini berlaku :
- Keluhan kenapa orang tak datang surau. Kemudian menyindir dan memperlekeh orang yang tak datang surau.
- Secara tak langsung menjadi munaffirin yang umpama menghalau jemaah atau orang yang potensi untuk datang ke masjid dengan celaan2 kepada penyokong satu satu parti dan kepimpinan parti tersebut.
- Ketiadaan suatu struktur yang jelas dalam dakwah, akibatnya 'kerja agama' is reduced to organising kuliah dan kutip derma.
- Ketiadaan suatu visi dan misi dalam usaha dakwah, kerana 'saya sudah ajar maka dakwah sudah berlaku, siapa tak terima dia malang'.
- Fokus kepada hukum hakam (wajib sunat harus makruh) menghilangkan keagungan agama. FOkus ini menggalakkan umat islam hanya melihat agama sebagai suatu prosedur, yang mana menghilangkan roh ketaatan kepada ALlah.
- Fokus dakwah kepada 'Islam yang Syumul' dengan meletakkan pengkhususan kepada negara islam, tetapi gagal membentuk jemaah masjid dan surau untuk bergerak mensyumulkan islam dalam diri dan keluarga, kerana yang menjadi fokus adalah menjalankan hukum hudud. Kesalahan dalam objektif dakwah melahirkan kesalahan dalam berpriority.
Syahrezan (al-Fikrah.net)
2 comments:
semoga Allah beri kita peluang untuk tambah lagi korban serta taat mesyuarat,dan dapat penuhi taqaza. amin..
Aku suka entri ini.
Post a Comment