Sukacita dimaklumkan, album ini berada di atas Christ Illusion dalam banyak hal terutamanya komposisi lagu yang lebih berkualiti. Ini mungkin disebabkan strategi SLAYER yang berbeza dalam mencipta lagu, tidak lagi kumpul lagu cukup masuk studio, tetapi membentuk lagu di dalam studio. Ini menurut Kerry King (gitar) dapat mengelak lagu-lagu menjadi sama.
Ada kritikan terhadap sound gitar yang kurang berat. Ini mungkin sengaja dilakukan kerana sifat asas album ini lebih punk dari Metal. Intonasi Metalnya banyak disalurkan oleh drumming Lombardo (double paddle, stroke menggila, ketepatan on-the-dot etc) dan jumlah riffs yang lebih dari 3 untuk setiap lagu; namun elemen punk dari riffs gitar Hanneman (terutamanya) dan vokal laju Araya mendominasi. Jadi tidak hairan album ini lebih sesuai dengan sound gitar yang kurang berat.
Lagu-lagu yang menarik dalam album ini kebanyakannya ditulis oleh Hanneman. Pada aku, memang he's the man! Aku kurang minat dengan lagu-lagu ciptaan Kerry King. Hanneman, pada aku lebih kreatif, penuh dengan twist dan tidak terlampau terikat dengan struktur tertentu. Ditambah dengan melodi yang lazat. Ini sudah terbukti dalam album-album sebelumnya. Pilih saja mana lagu-lagu evergreen SLAYER, 80% adalah nukilan Hanneman. Raining Blood? Angel Of Death? South Of Heaven? Dominasi Hanneman masih utuh dalam album ini. Rasanya elemen Kerry King hanya di atas stage dan untuk tidak mengurangkan sumbangan King, stage presence beliau juga sangat penting. Penonton lebih tertumpu kepada King dari Hanneman.
Triplet gitar intro lagu mula (World Painted Blood) pun sudah cukup untuk menggerakkan kepala yang mendengarnya. Memang seductive and asyik (untuk yang memahami). Tanda lagu mula saja sudah cukup menandakan, ya, inilah album SLAYER yang dinanti-nantikan. Untuk yang skeptik, tidak perlu skeptik lagi. Kebanyakan komen negatif di forum-forum tentang album ini adalah datang dari remaja lepasan SPM (seperti yang berlaku di forum Metal Archive). Bahkan mereka yang die-hard yang skeptik, susah untuk mengatakan ini album yang kurang keSLAYERannya.
This is SLAYER, and they rule!
1. World Painted Blood
2. Unit 731
3. Snuff
4. Beauty Through Disorder
5. Hate Worldwide
6. Public Display of Dismemberment
7. Human Strain
8. Americon
9. Psychopathy Red
10. Playing With Dolls
11. Not of This God
lagu yang bakal menjadi lagu cover terhangat di studio-studio jamming...
Lagu ni sungguh infectious! Tak boleh tahan nak angguk kepala (lihat bedroom guitaris ni)
14 comments:
bedroom guitarist tu kan... cuba tgk kat blkg, byk cd ooo... rasa2nya dia nak jual/lelong x? hahaha
for me this album only for true musician to understand it same goes mcm album DT.. i think this album heavy eventhough tak sound gitar berat..mmg kids susah mo terima sbb drg kan generasi after/yang kenal sound muntahlika... hahahahahaha
slayer? perghh aku tak sempat lagi nk melayan.. tgh dok aysik dgn megadeth ni lagi nih..
lagi pon member2 aku takde yg minat heavvy metal, so aku tak de laa info sgt pasal slayer ni.. nk copy mp3 pon kena download internet...
dah lama tak dengar slayer
nice review bro...
harap derang kekalkan konsep mcmni lagi 4 next album sbb era perubahan sejak Diabolous In Musica agak lambat utk diterima...so skang dah bleh accept hrp dikekalkan hehe...
sedap ni waks!!
cd tu kt sana brepe sekeping abgben?
layout CD rilisan American rec ni mcm sepesen je semua. Album ni mmg best. Slayer rules!
drumming lambardo lebih menyerlah bagi aku.double pedal bedentum2.proportion double pedal beat pun sangat banyak.cukup untuk menghenjut kaki aku air drumming.hahah
ntah la..gua susah nak hadam Slayer selepas era Seasons In The Abyss...adakah kerana gua dah tua...hehe
God doesn't hate us all...god doesn't hate...
aku suka slayer baru ni..
eh, post koala / kangaroo ko tu best..
sy rse guitaris nh karkun gak la
Persepsi yang hampir similar Dr. Thanx for the link atleast I know I'm on the right track although saye bukan Mat Metal tegar...
Persepsi yang hampir similar Dr. Thanx for the link atleast I know I'm on the right track although saye bukan Mat Metal tegar...
Post a Comment