Gaji minimum ialah:
is the lowest hourly, daily or monthly gaji that employers may legally pay to employees or workers. Equivalently, it is the lowest wage at which workers may sell their labor. (link)
bayaran minima per jam, per hari atau per bulan yang mana pihak majikan perlu bayar kepada pekerjanya secara sah menurut undang-undang. Ataupun, gaji minimum yang mana para pekerja menjual tenaganya untuk bekerja. (terjemahan ringkas)
Gaji minimum ini biasa kita lihat dilaksanakan di negara maju. Semasa aku di Australia contohnya, aku dapati gaji minima untuk pekerjaan sebagai cleaner (pencuci) ialah lebih kurang AUD$20 sejam. Ia juga adalah gaji minima untuk pekerjaan di dalam kedai makanan fast food seperti McDonalds dan KFC. Pengalaman aku menjadi tutor di University of Adelaide adalah lebih kurang AUD$60 sejam untuk setiap kelas tutorial.
Gaji minimum ini adalah gaji yang registered dengan kerajaan tempatan. Jadi boleh saja ia tidak diisytiharkan terutama apabila pekerja dan majikan sudah berpakat. Jadi ada juga restoran persendirian yang gaji minimumnya adalah AUD$10 sejam (seperti sebilangan kecil kedai pizza persendirian).
Di Malaysia, argumen yang mengatakan ia tidak sesuai dilaksanakan ialah kerana negara ini adalah labour intensive. Berbeza dengan negara maju yang tidak labour intensive. Contoh: kalau pekerja digaji RM400 sebulan, dengan RM4000 sesebuah syarikat dapat mengambil 10 orang pekerja. Bandingkan jika gaji minimum adalah RM1000, maka 4 orang saja dapat diambil bekerja. Sektor yang terkesan ialah perladangan, pertanian dan pembinaan.
Yang keduanya ialah kebaikan ini lebih kepada foreign workers yang ramai di Malaysia. Ini mengakibatkan RM disalur keluar. Berbillion RM akan dihantar keluar negara.
Ketiga, sistem yang sedia ada yang memberikan kenaikan gaji berdasarkan kepada produktiviti. Contohnya seorang penjual kereta dengan gaji RM500 dapat mencapai gaji RM3000 sebulan berdasarkan kepada hasil jualan.
Bila difikirkan balik untuk minimum wage ini dapat dilaksanakan di Malaysia, negara perlu menukar sistem ekonomi labour intensive ini. 4 orang yang bekerja seperti contoh di atas dapat melaksanakan kerja 10 orang. Bukan bermakna 4 orang tersebut bekerja dengan lebih berat, tetapi baki 6 orang tadi dapat diganti dari segi keupayaan teknikal ataupun dengan cara kerja yang lebih moden dengan menggunakan mesin.
Oleh itu, ia perlu bermula dari awal iaitu sejak dari zaman sekolah lagi. Pelajar yang tidak ada kesungguhan dalam bidang akademik perlu diberi peluang untuk mengambil sistem pelajaran yang melibatkan kemahiran. Sekolah vokasional dan teknikal perlu diperbanyakkan dan perhatian yang khusus perlu diberikan supaya ia sejajar dengan keperluan negara.
Pada masa yang sama, syarikat perlu mengadaptasi teknik terkini dalam bidang masing-masing. Biasanya ia menggunakan mesin-mesin dan peralatan canggih. Walaupun kos mula adalah tinggi, tetapi pada jangka masa panjang, pulangannya lebih baik dari menggunakan pekerja yang banyak.
Kita mengambil ramai pekerja asing adalah disebabkan kita tidak mahu mengadaptasi teknologi terkini. Jika kita lihat di negara-negara maju, rakyat tempatan menjadi sumber utama majikan untuk menjana sektor pertanian, perladangan dan pembinaan. Ini disebabkan teknik terkini yang mereka gunakan tidak lagi labour-intensive.
Yang akhirnya, benefit itu kembali kepada negara. Rakyat tempatan bekerja dan berbelanja di dalam negara.
Sistem yang ada (argumen ketiga) iaitu tambahan gaji berdasarkan kepada produktiviti di atas sangat tidak adil. Contoh yang diberi di atas kepada penjual kereta hanya sesuai kepada mereka yang bergantung kepada jumlah hasil jualan dan komisen. Sudah tentu ini tidak dapat digunakan di dalam sektor pertanian, perladangan dan pembinaan!
Pada aku, sistem minimum wage ini sangat memberi manfaat kepada rakyat negara ini. Kita mungkin tak merasa kerana kita selesa dengan gaji yang kita terima sekarang (yang sudah tentunya di atas paras gaji minimum). Cuma bayangkan rakan-rakan dan saudara-saudara kita yang menerima gaji RM500 sebulan dan terpaksa mengharung kehidupan yang serba mahal sekarang ini.
13 comments:
ye
sangat setuju dengan penerangan abang ben ni....
cukup dengan fakta dan data...
anyway , salam ramadhan abang ben sekeluarga.
yang best tetap NUBE jugak...budak2 bank naik gaji lagi...21% increment anually...dapat COLA...back dated lak tu...90 days maternity leave...perghhh...betul2 beraya dorang tahun ni..
berteromber,
of course, kita tak risau yang dah memang hidup OK. Tapi kesian la kat kawan2 kita, sedara2 kita yang gaji bawah RM1K tu...
tu la pasal...sepatutnya setiap bidang pekerjaan di benarkan ada union macam NUBE ni...
budak2 swasta (keja gomen dah kaya sekarang)...yang keja kilang...keja ladang tu sapa yang nak fight untuk dorang....
nak harapkan politician?...kalau takder kepentingan utk dorang jgn harap la...
well said abg ben!
selamat berpuasa to baang ben and family.
bila la malaysia nak buat. gaji aku dah cukup terseksa sekarang ni. tak fair gila
aku sgt2 setuju benda nih. enuff said.
Saya setuju tapi kene buat banyak rujukan.
Satu efek minimum wage adalah golongan kurang pendidikan akan lose out. Means that employer akan make sure mereka akan ambil orang2 yang berkualiti sahaja.Kita pun tahu, masih ramai rakyat Malaysia yg belajar setakat SPM sahaja.Pasi yang akan jadi mangsa.
Kita sume sekarang dah kene highjack company2 asing tamakkan duit.Kerajan beri mereka pelbagai insentif untuk melabur dalam negara. Dahlah cukai bayar kurang, gaji bagi rakyat Malaysia pun sikit.
Sudah masa Malaysia abandon FDI asing sebab long term tak menguntungkan negara. Sudah masa kerajaan mengunngulkan sektor servis seperti pendidikan dan pelancongan melalui SME. Sebagai negara yg mengecapi perindustrian pesat,Malaysia seebenrnya boleh menjadi pusat pendidikan untuk melatih pekerja2 teknikal dari indonesia dan Vietnam yg sekarang menarik banyak FDI. Syarikat2 Malaysia yg benyak berpengalaman menservis kilang2 Malaysia boleh juga menawarkan perkihdmatan mereka di negara ASEAN lain.
Daripada kita termanggu melihat satu2 MNC tinggalkan Malaysia, seperti Motorola yang tetiba meninggalkan malaysia dan meneyebabkan ramai kehilangan pekerja dan Nestle yg bakal memindahkan sebahagian operasi ke Indonesia, kerajaan Malaysia sepatutnya tarik bekas2 pekerja dari MNC2 dan menggunakan mereka untuk jumpstart company tempatan. Contohnya Silterra yang membuat cip silicon adalah milik Malaysia menggunakan bekas2 pekerja dar kilang2 MNC seperti MNC dan Intel.
mm
ko highlight banyak good points, aku sokong
locals priority. maybe gaji minimum reserved only for locals. foreigners, kena ikut rentak la.
Aku suka point Hijaz Kamal. Ada sesiapa nak buat kupasan susulan?
Erm..review Slash part 3? hahaha
zan... bulan posa ni takde mood pulak nak sambung Slash tu hahaha
deaf... kat negara maju, local and foreign semua tertakluk pada gaji minima yang sama.
Yes we are among the country that still in dilemma to come up with a perfect minum wage. Frankly speaking leaving here, surviving in this beloved countriesof ours is tough 7 certainly not a cheap living. Look at the malay for instance- we are still in the least group who own 99% shop that are available in the super lux mega mall.
Kita punya leaders yang hebat buat $$$ hanya untuk poket sendiri...bosss!
Post a Comment