Best kan tajuk dia?
Kalau translate - Macamana Aku Nak Ketawa Esok Sedangkan Hari Ini Nak Senyum Pun Tak Boleh?
Mungkin dalam English maksud tu tercapai dan kurang nak tergelak tapi bila dah Melayu dan berfikir pun Melayu, automatik kepala dok translate.
Anyway untuk mereka yang tak kenal dengan SUICIDAL TENDENCIES, band ni memainkan gabungan Hardcore/Punk/Metal. Dua album pertama mereka lebih Core + Punk. Tetapi dengan album ketiga ini, agak mengejutkan. Metal sungguh. Siap dengan gitar solo yang memukau. Masa awal dulu beli aku pun terkejut sebab aku kenal dengan album pertamanya yang juga memang best!
Zaman 80an dulu kalau korang perasan 'stail' chicano dalam budak-budak underground, banyak dapat pengaruh dari diorang ni le. Chicano yang diadaptasi tu bukannya budaya, tapi fesyen. Tengok gambar cover album ni, lepas tu tengok mamat 2 dari kanan. Baju lengan panjang yang dikancing di atas leher je, sedangkan yang bawah dibiarkan. Itu le stailnya hehehe...
Juga influence dari mereka, skatboarding. Aku tak pasti samada SUICIDAL TENDENCIES juga skating, tapi rata-rata yang minat skateboarding, juga minat SUICIDAL TENDENCIES.
SUICIDAL TENDENCIES sepertimana nama band ni membawakan tema yang suicidal. Term sekarang mungkin emo la kot? Cuma bukan kerana cinta teruna dan dara tetapi lebih kepada tekanan hidup. Oleh kerana ahli band terdiri dari Mexican dan African Black, status kehidupan mereka lebih tertekan. Bukan macam budak-budak emo yang kaya raya tu. This is real life!
Musically, semua lagu-lagunya lazat. Suara keanak-anakan Mike Muir yang merdu. Solo gitar yang yummy terima kasih kepada gitaris underrated Rocky George (tengok muka memang takde rupa gitaris langsung, tapi solo memang hebat!). Dan chorus yang mengajak kita bersama menyanyi. Lagu highlight of course, tajuk album berserta dengan Trip At The Brain, Hearing Voices, Sorry? dan The Feeling's Back antara lainnya.
Bila dengar album ni, teringat zaman sekolah menengah dulu. Baju chicano dan seluar takat lutut bunga-bunga (beach wear).
1. "Trip at the Brain" Clark, Muir 4:32
2. "Hearing Voices" Mayorga, Muir 4:13
3. "Pledge Your Allegiance" Mayorga, Muir 4:32
4. "How Will I Laugh Tomorrow" Clark, Muir 6:44
5. "The Miracle" Clark, Muir 5:28
6. "Suicyco Mania" Mayorga, Muir 5:52
7. "Surf and Slam" George, Suicidal Tendencies 2:51
8. "If I Don't Wake Up" Clark, Muir 4:53
9. "Sorry?!" George, Muir 3:47
10. "One Too Many Times" Clark, Muir 3:13
11. "The Feeling's Back" Clark, Muir 4:04
* Track notes: Although "Suicyco Mania" does not appear on the vinyl or cassette version, it is actually exclusive to the CD version of the album. The song can also be heard on the now-hard to find F.N.G. compilation. An instrumental version was released as the B-side of "Trip at the Brain".
versi pendek
versi penuh
8 comments:
Aku kenal Suicidal ni pasal lagu ni laa..Long time ago....!! Tapi pada aku Light Camera Action adalah the best!! Try cari...ada rebiu dlm blog aku...!!
Suicidal Tendencies, lama dah tak dengar band nie....dulu konfius jugak sebab stail diorang nie mcm hip-hop tapi main lagu metal. Mcm gaya gangsta rap pun ada. Tapi kemudian aku tak berapa heran sgt bila tahu rappers Ice-T pun ada band metal dia sendiri, Body Count yg gaya lebih kurang band ST jugak.
fellemek drummer main style double bass.metal habis.aku tak berapa minat la pulak stuff hardcore punk diorang.yang ni best la sekolah lama!:p
Aku kenal band ni early 90's memang best.mcm lawak tp serius lirik dia.sindiran tajam.bro, drg skaters jugalah zaman dlu tdk plak sekarang ni.tapi ST, highly recommended bagi aku.terus nampak green day mcm band org kahwin.hehe
aku memang giler ST zaman thrash/metal dorang ni..solo2 Rocky George memang lemak mendayu..mmg sangat underated la dia ni...Lagu HWILT tak kira yg versi ori maupun versi heavy emotion memang lazat..sayangnya album2 selepas The Art Of Rebellion dah jadi mengarut..
Harap sangat la Mick Muir dan Rocky George bersatu kembali..Robert Trujilo?..jgn harap la..dia dah kaya...
yeah..ST mmg best..Infectious Grooves?? huhuhu
kuno ni huhu.
mm, ko gi tak megadeth / slayer?
dah start kat NZ ye...
aku lak yang terlebih excited baca review haha
trip at the brain.. tri at the brain!!!! memang crossover abis!!! enjoy!!
Post a Comment