Mula sekali ucapan terima kasih kepada sponsor, FakirFikir kerana menyumbang (meminjam) tent yang dia beli murah-murah kat garage sale. Retail AUD$300+ tu dapat AUD$30 ke apa... Aku rasa nak beli bawak balik Malaya tapi pikir-pikir mana pulak nak campingnya? Lain la kalau masuk hutan. Aku jenis tak suka masuk hutan.
Potong rumput tapi posing macam atas stage gelek gitar GIBSON FLying V.
Pertama sekali sebelum pacak khemah, pastikan tanah tu lapang dan bersih dari segala benda-benda yang menyucuk. Terpaksalah aku menggembleng tenaga yang tak seberapa ni memotong rumput seluas suku padang bola. Dah la kaki aku tengah sakit masa tu. Adoi.
Bila dah clear, khemah pun dipacakkan. Garu kepala juga walau tengok manual. Oleh kerana 1st time memacak khemah SEUMUR HIDUP, maka ambil masa 45 minit kot. Dah reti ni, mungkin sup sap sup sap dalam 15 minit boleh pacak dah.
Apalah makna camping tapi takde suasana outback Australia. BBQ yeaaa!!! Resepi hari tu, kebab daging (cucuk macam satay) dan juga peha ayam. Yummy. Meratah je masa ni. Nasi takde. Tak Australian.
Laman rumah-rumah Australia ni memang luas. So macam-macam aktiviti boleh dok buat. Nak buat court badminton/takraw pun boleh. Cuma, angin kat sini kuat-kuat le.
Makan atas tanah je yop!
Test power khemah. Ada dua bahagian. Satu ruang besar. Satu lagi bilik kecik. Konon aku nak tidur sorang-sorang kat bilik kecik tu heheheh...
Note - bulan tu. Under A Funeral Moon huaarrrggghhhhh...
Dah malam. Dan SEJUK!!! Pelik gak, winter dah berlalu dan spring pun dah masuk musim tapi sejuk Ya Allah.
Bilik besar. Muat la aku dengan wife + 4 anak-anak. Aku hujung sini, wife hujung sana. Balance.
Kesimpulan - aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga. Anak-anak pun suka. Kami pun suka sebab new experience. Definitely will do this again dengan REAL situation. Outback sikit ke. Tapi tak berani la pi sorang-sorang. Kena ada geng juga... Ada berani?
10 comments:
sejuk la baru fullmoon diabolical mysticism.hahahah
Kalau semua kita pakat camping dalam area uni, bawa anak bini sekali dah sah 3 bulan siap PhD.
Memang best sebenarnya kalau camping kat sn walau dpn rumah.tp kalau kat Malaysia alamatnya memang sah kn attack sang nyamuk malaria/denggi berdarah.hehe
Macam best je nampak. Dah lama dah aku tak camping camgini. terasa teruja le pulak...
woi..Pegi jauh2 buat aper. Camping blakang rumah sudah. Minggu ni rumah engkau, minggu depan rumah aku,minggu satu lagi rumah fakir pikir. Nak makan senag dan paling penting nak berak senang....Tak la risau buang air dalam semak kang kene sodom ngan kangarro, ternoda plak I nanti!!
hooo~~ besh beb!! lae besh ur bbq tuh.. cedapnyer!!
contoh best cammana nak spend quality time ngan love ones tanpa nak belanja besar huhu.
haha happening jer ngk..happy family
abg ben!potong rumput mcm tgh lyn atas stage arr!!wargh! kah kah kah!!!err..abg sam,sekali sekala,tunjuk arr vid rakam sdr main flying v!pls....yg meminta2...para peminat mu!
oh.. aku mmg bapak aku gile camping so dari kecik r dok pasang khemah2 camnih
teringat plak aku zaman mude2 bapak aku, aku still mude ag hahaha
Post a Comment