------------------------------------------------------------------
[3/30]
Happy Anniversary to me + wife!!! Dah 10 tahun dah. Tak sangka begitu pantas masa berlalu. 22 Oktober, 10 tahun yang lepas kami diijabkabulkan dengan sah! Aku akad 2 kali. Yang pertama kali Tok Kadi tak puashati.
Takde candlelight dinner. Takde hadiah mahal-mahal. Yang ada, a big chunk of cow's meat dan berplastik-plastik bihun dan mee. Modal untuk kenduri le. Actually, hi tea sebab jemputan dari 4pm-7pm.

-----------****--------------
(Sempena 10 tahun perkahwinan) - Rintihan asal dari FakirFikir.
Isteri,
Masih ingatkah lagi - aku pernah tuliskan berkoyan-koyan surat cinta. Aku simpan seguni, kau pun sama (hahahaha...). Kini sudah sepuluh tahun lamanya. Bukanlah rumahtangga kalau hidup ini tidak bercampur dengan manis, masam, pahit dan payau pengalaman. Bukanlah perkahwinan kalau hidup ini tidak ditimpa gelombang yang menyebabkan sesekali perahu bergoncang. Tapi, seperti biasa - kita tetap meneruskan pelayaran ini. Kita semua berada dalam satu perahu yang sama, di lautan luas kehidupan - menuju ke satu pulau yang sama - pulau kematian.

Terima kasih kerana 10 tahun ini menjadi teman berkongsi cerita. Moga-moga kita akan terus bercerita lagi. Seperti biasa - cerita hidup kita bukan satu filem. Ia bukan dongeng. Ia nyata. Ia tidak mampu kita jangkakan jalan ceritanya. Moga-moga kita tetap kuat, tabah dan kental menempuh kehidupan ini.

I love you so much walaupun mungkin kau tak menyedarinya (salahku jua kerana tak pandai nak meluahkannya). Semoga kita akan bersama untuk tahun ke 15, 20, 30, 50... Sesungguhnya kaulah pilihanku di syurga.
AMIN!

15 comments:
wah mm
hapi aniversari, smoga sampai ke syurga. Amin.
foto tu lawak pun ada, aku nengok majoriti cam pakai baju tebal2 gitu sejuk, tapi ada kai tshirt je, relaks je haha
selamat ulangtahun bang ben!!!
semoga berbahagia selamanya.amin
Ciplak sungguh hang ni. Ni kalau kat Indon, dah kena buluh runcing hang :))
Slm..
Barakallahu lakuma.. wa jama'a bainakuma bikhoir..
Semoga Allah memberkati kalian berdua, dan menyatukan kalian dengan kebaikan..
(doa utk pentantin baru) :)
Selamat Anniversary ke 10..
Gua memang salute sama puisi cinta lu yg di ejas dari FakirFikir..main pakai-pakai surat cinta..posmen dah jemu dengan bau bedak cap Zaitun..hehe
Semoga Berbahagia Ke Akhir Usia..
Nanti buat kenduri besar sikit time Jubli Perak
waah~~ tak sangka abg ben ni romantik gak orgnyer~~
anyway tahniah~~ semoga jodoh berkekalan n di murahkan lae rezeki tu..
tambah2 la anak lae..
ley aku jadik aunt angkat dia nti..
hahaha~~
happy anniversary bro.
selamat pengantin baru...hak hak...
jiwang jiwang skit entry kali ni...huhu
apa2 pun selamat ulang tahun ke 10..semoga berkekalan hendaknya.
cis.. satu lagi acara makan2 yg aku dh miss
semoga abadi bro, insyaAllah.
Happy Anniversary bro. Tahniah !
tahniah. hepi 10th anniv.
alhamdulillah,
tahniah la...
happy aniversary!
Post a Comment