Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, August 26, 2009

Hilang keyakinan

Dah khatam baca buku THE CHOICE karangan Ahmad Deedat. Memang allahyarham ni one of a kind dalam usaha dakwah dia terhadap orang non-Muslim. Especially Christians. Tengoklah video debat dia di youtube. Allah s.w.t. bagi dia untuk lancar percakapan masa debat.
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(AL-QURAN surah Ali-'Imran:110)
Beliau berkata bahawa selalu kita guna separuh pertama ayat di atas untuk dakwah tetapi selalu lupa yang kedua tu (Yahudi dan Nasrani). Dan atas hujah inilah dia concentrate untuk dakwah kepada golongan Yahudi dan Nasrani. Nasrani terutamanya sebab ramai di keliling dia di South Africa.

Nevertheless, dakwah penting. Baik bagi Muslim atau non-Muslim.

Speaking of that, aku jumpa beberapa orang born-Muslim tapi dah hilang keyakinan terhadap Islam. Sekali tu masa aku keluar 3 hari ke Renmark, kami berjumpa dengan seorang Arab Lebanon tua. Dia mengaku dari mulut dia sendiri di hadapan kami yang ziarah, dia dah hilang keyakinan terhadap Islam. Sedih dengar. Sedangkan dia sendiri bagi ayat Al-Quran di hadapan kami.

Di Malaysia juga, aku terjumpa beberapa Melayu yang dah hilang keyakinan. Majoritinya kerana tiada didikan awal. Parents tak menerapkan agama dalam kehidupan mereka. Untungnya mereka masuk ke dalam forum-forum. Dan disitulah mereka dipujuk. Yang ada keupayaan dan berilmu sikit tu, berhujahlah. Mereka bukan budak takde otak takde akal. Mereka cerdik. So kalau maki hamun mereka, memang tak jalan. Jadi makin benci.

Kita-kita ni la yang kalau jumpa sedara-sedara kita yang macam ni, bantulah mereka. Nasihat. Hujah. Jangan putus asa. Paling silap, kita rasa ni semua kerja Ustaz dan Ulama. Malang sekali begitu. Kerana ini beban kepada SEMUA yang mengaku Islam.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (AL-QURAN surah Al-'Asr:1-3)

6 comments:

SkiD said...

Aku setuju. Kerja dakwah ni kerja kita semua yg mengaku Islam. Ikut le apa yg kita tahu, kalau tahu banyak lagi bagus. Dakwah ni kena berlembut...baru le buleh masuk ke jiwa sasaran kita tu...Wallahualam!

Ziarah76 said...

Bagus posting ni timbulkan kerisauan terhadap agama dan umat.
Bila Aisyah r.a difitnah, semua orang risau manakala munafik pula bercakap belakang, tapi belum jadi apa sbb Aisyah r.a pun mula2 tak tahu, tapi bila aisyah tahu dan dia fikir dan risau maka ayat turun untuk membersihkan nama beliau.
Fikir risau terhadap agama dan umat ini lah yang paling mahal dalam kotak pemikiran kita. Kerana ia adalah fikir nabi-nabi dan orang yang Allah berikan taufik.
Mereka yg terlibat sedikit sebanyak dalam usaha dakwah cara nabi, akan ada sedikit sebanyak fikir risau nabi.
Alhamdulillah posting ni bawa fikir risau terhadap umat.
Mmg kes-kes saudara seIslam kita yg dah hilang keyakinan terhadap agama ada di sekeliling kita. Ini lah tanggungjawab kita, kalau bukan kita orang Islam siapa lagi. Semua orang Islam bertanggungjawab terhadap dakwah mengikut kemampuan masing2, ia bukan kerja ustaz semata-mata. Jadi sama-sama semua jenis golongan kena bergotong royong. wallahualam.

berteromber said...

bro..yang kat forum tu gua follow je la..takat ni gua tengok lu handle bagus dah..nanti ramai sangat celaru pulak budak tu..mungkin kalau perlu gua join arr..maklum la gua tak pandai sangat...moga2 bulan ramadhan ni ramai la yang dapat hidayah..

gbone said...

Umat Islam sendiri kalo kita teok,amat lemah dlm mengkaji agama Islam itu sendiri..cth kaji kitab Al Quran, Al Hadis etc..kita tolak mana2 yg blajar agama tinggi2 mcm al hafiz, ulama2 etc,tapi ordinary muslim..
tapi org kafir, hinggakan Al Quran pon depa kaji..dan setiap tindakan yg diorg buat cth istihar perang dsb semua berpandukan sejarah2 lama fahaman dan agama depa..
even Yahudi pon dh banyak ikut sbgaimana tertulis cth awareness terhadap kemunculan Dajjal,Imam Mahadi, tanda2 kiamat dsb..persediaan ke arah itu depa dh buat dr sekarang..kita?kekeke..bila org berserban satu grup dtg umah pon laju je tutup pintu.dak pon kuliah lepas semayang pon ramai yg cabutt balik..baru2 nih kt mesjid tmpt aku ada buat semayang hajat H1N1 pon ramai yg bingkas bangun dan blah..heheheh..camne nk berdakwah..kalo sikap masih tak berubah.

ibnu abdullah said...

Mafhum sabda Nabi saw, yg bermaksud, "...yg islam itu muslim, yg muslim itu belum tentu mukmin". Cermin diri & hitunglah amalan seharian kita, adakah menjurus pada dunia atau akhirat? Nabi saw pernah bersabda, amalan seharian boleh menggambarkan seseorang itu ahli syurga atau sebaliknya. fikir-fikirkan selalu, bukan sekadar di bulan mulia ini.

wAllahu 'alam

deaf-angel said...

thanks for sharing mm dan yang comment kat thread ni..


kena sabar ngan segala ujian yang datang kat diri kita la ye..