Tapi in the end, boleh tahan jugak suara dia ni. Infact, ianya infectious! Too fast... too fast for love... too fast... too fast for love... ah tidakkkkk!!!
No wonder masa zaman letupan rock kangkang 80an dahulu, banyak band rock kangkang Malaysia ambil influence directly dari Motley Crue. Paling klasik, SYJ. Tak kenal SYJ? Sila tanya pakcik-pakcik kamu yang pernah rock dulu.
Penulis pun terikut sama. Minat. Zaman tu Mingguan Malaysia tiap-tiap minggu akan bagi pin up poster dalam Pancaindera. Of course, tiap-tiap minggu keluar poster band rock kangkang. Penulis kumpul masa tu. yang cun-cun, diselit kat luar folder file - pergi library, dan tayang. Ganas. Motley Crue kat sebelah, kat sebelah lagi W.A.S.P. Sekitar zaman penulis mengambil SRP.
Muzik yang dimainkan oleh Motley Crue ni dinamakan glam rock. Gaya fesyennya suka berpakaian macam perempuan. Namun begitu sangat kontra, mereka adalah womanizer paling bermaharajalela. Maybe perempuan zaman tu suka kot lelaki macam perempuan. That's anybody guess. Take note, drummer Tommy Lee adalah bekas suami Pamela Anderson. Ye, Pamela Anderson tu... (Alamak, jadi macam URTV balik).
Walaupun pada zaman ini, album sebegini dianggap sebagai pussy dan wimp tetapi pada zamannya ia memeningkan kepala mak bapak. Bayangkan anak jantan berpakaian macam perempuan. Siap dengan maskara dan gincu semua. Ini adalah muzik rebel pada masa itu sepertimana Elvis Presley pernah memeningkan kepala bapak kepada bapak kita dulu. Apabila munculnya muzik Thrash Metal; glam rock semakin ditinggalkan kerana glam rock kalah ganas.
Nasib baik pada zaman rock kangkang tu, penulis masih waras dan tidak memakai gincu atau maskara. Kalau dibuat juga, alamatnya kena halau dari rumah.
Klasiknya album ni bukan menyeluruh. Pada pandangan penulis, hanya beberapa lagu je yang outstanding tetapi influence beberapa lagu tu kepada scene rock kangkang masa tu tersangatlah besarnya. 3 lagu kvlt dalam album ni, penulis telah letakkan samplenya di bawah: Live Wire, Take Me To The Top dan Too Fast For Love. Ah, mendengar kembali suara gedik Vince Neil dalam lagu Too Fast For Love membuatkan penulis mengerut dahi dan mengetap bibir. Mahukah diberi penampar? Tapi sedap gitu....
All songs were written by Nikki Sixx, except where noted.
1. "Live Wire" – 3:14
2. "Come On and Dance" – 2:47
3. "Public Enemy #1" (Sixx, Lizzie Grey) – 4:21
4. "Merry-Go-Round" – 3:22
5. "Take Me to the Top" – 3:43
6. "Piece of Your Action" (Vince Neil, Sixx) – 4:39
7. "Starry Eyes" – 4:28
8. "Too Fast for Love" – 3:22
9. "On With the Show" (Neil, Sixx) – 4:07
That re-release would be the "popular" version of the album for the next 17 years, until it was re-released again in 1999 with bonus tracks, along with all their 80's albums.
10. "Toast of the Town" - 3:35
11. "Tonight" [Previously Unreleased] - 4:27
12. "Too Fast for Love" [Alternate Take] - 4:19
13. "Stick to Your Guns" - 4:23
14. "Merry-Go-Round" [Live In San Antonio, TX] - 3:56
15. "Live Wire" [Video] - 3:14
Cadangnya nak letak klip live performance, tapi memandangkan biasanya suara Vince Neil hancur bila live, penulis ambil sample dari album je la. In the end, penulis dengar lagunya je bukan nak tengok live pun. So, hakimi sendiri samada nak diberi penampar atau tak.
Live Wire
Take Me To The Top
Too Fast For Love
9 comments:
album gua tak de..tshirt gua ada hehe early print lagik (kembang idung)
huhu,lars penah f**k a member of this band depan2 mata masa the rise of Metallica dulu.-sumber YOUTUBE
live wire tu nostalgia beb...
tapi kalau nak penampar, gua nak join.
jemput ke blog kami ... baru bikin daaa ...
Hehehe gua motley crue tak berapa dengar sangat, masa tu dok layan Dio sgt masa tu ... hehehe ... tapi lagu2 ballad MC ni gua layan ler ..thehehe ... siap bg kat awek lagi tuhhh sbg lagu tema akekekeke .... Dan paling syahdu masa dok asrama, gua layan lagu 'home sweet home' ...fuh rasa jamtu gak nak balik umah aaa ..ahehehe
Baru terbaca kisah Samad Lefthanded meninggal dunia, rujuk ondscene.blogspot.com/2008/10/samad-gitarist-lefthanded-meninggal.html.
Al-Fatihah buat beliau.
Assalamualaikum,
Al-fatihah untuk Samad, semoga ruhnya dicucuri rahmat-Nya.
Tuan yg mulia,
saya mintak izin utk letak blog tuan dalam list blog saya follow, boleh ke? saya berkunjung ke situ lepas menziarahi azhar jaafar. saya rasa agak kenal tuan, tak sure tuan kenal saya ke idak.... saya jugak satu ketika tinggal di bawah tanah in the forest dgn satu band yg hampir terkenal... tapi tak la sehebat langsuir. wassalam. Berbesar hati kalau di'ijin'kan.. http://ziarah76.blogspot.com/
Jazakallah khair...
matakucing,
memang hidung lu kembang setaman.
------------------
lutfie,
boleh jalan aaaa metallica ;)
-----------------
eddie,
asalkan tiket show murah, ada la peluang. Kalau tiket pun mahal, memang susah.
-----------------
geng metal,
jemputan diterima.
---------------------
zulazahari,
dah baca. Sedih.
----------------------
mutakalim + sukacili@yahoo.com,
apa salahnya memfollow.
Apakah gerangan band Tuan satu masa dahulu? Saya hafal nama2 band ni ;)
Post a Comment