------------------------------------------------
*********************
------------------------------------------------
*********************
------------------------------------------------
Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt. lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil. VCD,SMS,TV.. jadi kami rasa terpinggir.
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis…entah ar
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadan g mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…
Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu
semua saya jaga,En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan
lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan.. Bekerjalah dengan saya
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..takperlula h kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasa nya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya
Ima n : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akalmu ya?
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan
seterusnya
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku.
Original artikel here!
1 comment:
bagus benar post saudara betara kali ni ..
Post a Comment