Asalnya koleksi TFTY ni rilis untuk menyambut ulangtahun ke-10 IRON MAIDEN merilis album dari tahun 1980. Tahun 1990, koleksi ini rilis dalam bentuk CD dan vinyl. Ada 10 keping kesemuanya. Setiap CD ada dikepilkan sekali kupon flyer yang mana bila dah cukup 10, hantar balik kepada wakil IRON MAIDEN dan depa akan bagi kotak untuk simpan koleksi ni.
Oleh kerana aku lambat mengumpul (selepas 18 tahun baru sibuk mencari di eBay), maka dapatlah seketul-seketul tanpa kotak boxset tu. Koleksi yang lengkap dengan kotak boxset tu paling murah pun dalam US$300. So, lupakan je la.
Oh ye asalnya, ia dirilis dalam bentuk EP masa mula-mula rilis. Yang TFTY ni, combined 2 EPs dalam satu CD/vinyl.
CD pertama dalam TRTY ialah Running Free/Sanctuary. Ya, zaman Paul Di'anno.
Running Free was Iron Maiden's first single, which sold over 10,000 copies in its first week and entered the UK charts at number 44. This is a particularly significant accomplishment for a relatively unknown band with no radio airplay whatsoever. This was Maiden's first recorded release after their legendary Soundhouse Tapes, and was very closely followed by Metal For Muthas. The cover of the single has particular significance as the first artwork for the band by Derek Riggs. This is the very first drawing of Eddie!
Hahaha... lukisan pertama karektor Eddie! Cumanya, muka digelapkan. So nampak badan je. Maybe Derek Riggs tak comfirm lagi muka Eddie nak macamana kot? Tengok kat dinding tu tertulis pelbagai nama band Hard Rock/Metal yang grand masa tu antaranya Scorpions, AC/DC, Judas Priest, Led Zeppelin. Emmm... tangan yang menggapai tu tak tau la tangan sapa pulak.
1. Running Free (Harris, Di'Anno) - lagu ni sama dengan yang appear dalam album pertama IRON MAIDEN. Juga merupakan single pertama dan lagu paling familiar dalam sejarah IRON MAIDEN. Ditanya mengenai maksud lagu ini, Paul Di'Anno menyatakan;
1. Running Free (Harris, Di'Anno) - lagu ni sama dengan yang appear dalam album pertama IRON MAIDEN. Juga merupakan single pertama dan lagu paling familiar dalam sejarah IRON MAIDEN. Ditanya mengenai maksud lagu ini, Paul Di'Anno menyatakan;
"'Running Free' is about me as a kid. My mum ruled my life, but she said to me, ‘You live in a shit area, but do what you can do and see what happens... As long as you don’t hurt anybody, just get on with it’. But I did get into trouble with the law a few times and that’s the only thing I wish I could change... The grief I gave my poor mama. I never really knew my real dad, but my step dad was really cool. Sometimes, he’d surprise us and walk in when we were doing some speed, but he’d just brush it off as long as it wasn’t heroin or the hard shit. I don’t have the same attitude with my kids, though – if I catch 'em with anything I’ll kick the crap outta them."
Lagu 1 & 2 asalnya dari sebuah EP Running Free/Burning Ambition. Lagu berikutnya pula dari EP asal Sanctuary
3. Sanctuary (Harris, Di'Anno, Murray) - Lagu ni hanya disertakan dalam album pertama tatkala tahun 1998. So kalau korang ada album first, check ada tak lagu ni. Kalau takde, kena adakan (beli baru ah hehehe). Lagu ni pasal apa eh? Ikut cover sleeve, kelihatan Eddie baru lepas menikam Margaret Tatcher. Mungkinkah?
In any case, this song can certainly be linked to the story of 'Murders In The Rue Morgue', where two women were killed and the accused murderer ended up on the run. Whether this is due to the killing or just to the witnessing of the slaughtered bodies, it is clear that the character of the song has lost his mind – he is after all "laughing at the wind and howling at the rain"...4. Drifter (live) (Harris, Di'Anno) - Lagu live ini dirakamkan ketika persembahan di Marquee Club in London on 3rd April 1980. Walaupun single ini dirilis berkait dengan album pertama tetapi lagu ini sebenarnya dirilis dalam album Killers. Sebelum datangnya lagu-lagu yang lebih hebar, Drifter adalah antara playlist wajib IRON MAIDEN atas stage. Nak tengok peristiwa ini silalah ke http://www.youtube.com/watch?v=RVojMbQ-Ze0
5. I've Got The Fire (live) (Montrose) - Aku sebenarnya tak berapa into cover songs dari Iron Maiden. Mungkin lagu-lagu yang depa cover tak sesuai dengan 'zaman' aku. Majoriti lagu of course dari tahun 1970an dan dari kumpulan progresif rock.Ni lagu dari band Montrose yang aku sendiri tak pernah dengar dan ambil peduli. Lagu ni IRON MAIDEN main live sebab ye la zaman ni mana cukup lagu lagi nak belasah full set. Terpaksa la selit lagu cover.
6. Listen With Nicko! Part 1 - Haa ni spesel sikit sebab Nicko McBrain (drum) kasi komentari sikit pasal CD ni. Cumanya, kena biasa dengan tone British la kalau nak faham. Beliau ulas mengenai rilisan asal dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan rilisan ini. Nanti ah, senang-senang aku concentrate aku rebiu balik apa yang Nicko bebelkan ni.
Semua rujukan dari IRON MAIDEN COMMENTARY.
1 comment:
mm, kasi markah please tiap2 lagu ikut citarasa ko.
10/10 ke, 7/10 ke hahaha
Post a Comment