Gene Hoglan..bagi mereka yang mungkin tak berapa kenal dengan dia nih..Gene Hoglan adalah seorang yang "giant" lebih kurang 6'2 inci... berat dalam 150kg (macam bob KU2) atau lebih.. Gene Hoglan adalah seorang "self taught" drummer yang telah banyak terlibat dengan band dan individu seperti Strapping Young Lad,Jed Simon, Davin Townsend tetapi untuk memendekkan cerita, dia adalah drummer untuk kumpulan lagenda deathmetal...DEATH. Yes ! the legendary band that influenced many other thrash or death metal scene around the world.
Gene Hoglan dibawa ke bumi kangaroo sempena Sabian APX Series Tour Clinic dan akan menjelajah dari Melbourne, Sydney, Adelaide hingga ke New Zealand. Seorang drummer yang technical, Gene menunjukkan pattern yang sangat complex sepanjang drum clinic yang berlanjutan selama 2 jam itu. Gene memulakan drum clinic dengan routine warm up yang sudah cukup untuk membuat mata kami terbeliak. Starting off with an interesting rudiment on the hi-hat dan mixture dengan ride cymbals yang kedua-duanya diletakkan pada traditional right position and unusual left position close to his hi hat.
Apa yang menarik ialah Gene Hoglan merupakan seorang drummer yang bermain secara "open handed". Gene meneruskan warm up nya dengan pukulan dan paluan pada tom,superfast twin pedal dan brutal blast beat. Lebih menarik lagi adalah setting drumnya dimana kami dapat melihat arrangement simbalnya adalah sama pada kedua-dua belah. He can be ambidexterity in some situation which most of drummers would like to have as a natural gift.
Gene menggunakan drumset Pearl SRX Session series dengan 2 double bass, 13 and 15 toms and 18 floor toms with traditional 14 x 6.5 limited edition snare with brass shell. Arrangement simbalnya adalah 14 hats, 22 ride on both side, 20 chinese on both side 14, 15 and 16 crash yang diletakkan separa dengan paras matanya.Percaya atau tidak dia hanya menggunakan 2 single chain Camco pedals with solid timber beater tetapi masih mampu untuk produce super fast twin beat secara konsisten dan juga untuk tempoh masa yang lama. Jadi pada drummer2 baru kat luar sama yang dok tergila2 nak beli TAMA Iron Cobra konon nak beat maut nyer laju....rasanye elokla belajar ngan pedal murah dulu la kot.
Pada hari itu juga Gene meluangkan masa untuk menjawab soalan2 dari penonton dan juga banyak menceritakan pengalamannya bekerja dalam bidang music dimana Gene pernah terlibat dengan metal icon seperti Chuck Schuldiner a.k.a "Father of Deathmetal", Devin Townsend dan juga menceritakan pengalamannya bekerja sebagai technician untuk Slayer semasa umurnya 15. Dia juga menceritakan bagaimana dia memberi tips kepada Dave Lombardo ketika Dave masih lagi baru belajar bermain double pedal.Di dalam studio pula, tempoh masa 1 hari sebagai persiapan sebelum recording adalah perkara biasa buat Gene. Kebanyakan rakaman album yang dilakukan selalunya dia tidak mempunyai
banyak masa banyak untuk prepare.
Cara Gene bermain drum pada malam itu adalah superb, powerful ,sangat technical dan laju. Tiada "trigger"digunakan untuk bass drumnya. Katanya, "a natural powerful beat to the bass drum is much better than using trigger" dan dia juga berpendapat bahawa trigger akan menghasilkan "fake sound" buat audience. Satu tip yang ringkas tetapi berguna dari Gene ialah “always practice with an ankle weight". Katanya, dengan berlatih menggunakan pemberat kaki dapat menguatkan otot2 kaki yang selalu digunakan ketika bermain dan juga akan menjadikan kaki lebih "ringan".
Secara overall, kami sangat berpuas hati dengan drum clinic tersebut.Very soft light and very smooth.Cara Gene mengawal snare juga sangat menarik dengan control dan timing yang tepat. Mamat ni juga main tutup mata beb..Malam itu, Gene hanya perlu menggunakan tangan dan kakinya "to do the talking" buat penonton untuk menilai sendiri kemampuannya ...kami tak sempat nak dapatkan autograph sebab kitorang tak tahan nak kencing...tempat tu takde toilet.....THE END.
- ulasan oleh Phit di Melbourne
6 comments:
berapa harga tiket dia eh gi clinic2 cam gini?
Aku berangan nak nengok Nicko McBrain nye drum clinic haha.
tiket harga $20 dollars aud..kalo Nicko McBrain tatau la kot mesti mahal lagi
sori ah Phit gua tak pergi itu hari... lu takpe, bujang hehehe.. gua susah sikit, kena cari benda betul-betul gua nak nengok baru boleh pi... eh, nanti lu tengok gig apa ke, kasi post sini eh... baru la cewek suka lu sebab masuk blog glamer muahahaah...
best gak gi clinic cenggini
aku slalu terlepas clinic2 cenggini kat kl
tau2 dah terlepas
hahaha..gua dah tua anak ade 3 dah bentara...tahun ni yg nak mai aus yg cnfrm Dismember,Messhugah,Opeth..tapi gua pon mcm lu gak la kalu yg minat bebetul baru nak gi..bentara, normala samsudin ade kt melben..lu nak gua kirimkan salam ke..milf tu...hahaha
Normala Shamsudin? Lu biar betul Phit... lu kena baca entry baru gua ah camnih... ish ish ish...
Post a Comment