Sedang saya check email, tiba-tiba saya terpandang satu email dengan nama Eric Cheah. Saya kenal. Cuma email ini telah menjadi spam. Punah harapan kerana saya sangkakan beliau menghubungi saya kembali selepas beberapa tahun tidak bertanya khabar.
Saya kenal beliau sudah lama. Saya pernah tidur sebilik dengan dia (jangan fikir bukan-bukan). Semasa saya bujang dulu dan belajar di UTM Skudai, apabila tiba masa cuti untuk pulang ke Ipoh, biasanya saya akan singgah di KL. Lebih tepat, Loke Yew. Di situ tinggalnya warga penting underground Metal ketika itu. Antaranya, Eric Cheah (panggilan lebih rapat ialah Ah Keong) dan Jaei Nebiula.
Mereka berdua tinggal serumah, lain bilik. Jika tidak tidur dalam bilik Jaei, saya akan tidur bilik Eric. Dua-dua bilik hebat. Ada seperate hi-fi system dan CD yang melambak-lambak. Cukup untuk saya habiskan masa untuk menggodek.
Yang akhirnya, ketika Eric upgrade sound system beliau, saya membeli set CD player beliau, Marantz MK63 dan amp Arcam 5.
Banyak lagi sejarah saya dan dia. Dia banyak introduce saya kepada band baru. Paling signifikan: Dream Theater. Atas introduksi beliau - saya mendengar album Images & Words. Kaset pertama Dream Theater yang saya beli ialah A Change of Seasons.
Kemudian dia berpindah ke sebuah apartment bersebelahan dengan Istana Negara (tak ingat nama). Saya menyewa bilik kecil di dalam apartment beliau selama 3 bulan kerana ketika itu saya menghadiri satu kursus di UTM KL.
---------------
Rumours mengatakan sekarang beliau menetap di Thailand dan sudah berkeluarga.
Saya buat siasatan super-quick. Dan saya terjumpa ini:
Erik Cheah
Erik used to be a long distance cyclist. A
serious knee injury coupled with several cycling accidents rendered him
unable to actively participate in any sports, including cycling.[
LINK]
Beliau memang seorang cyclist tahap semi-pro.
Hidup google! Lain-lain informasi, tak jumpa.
--------------
Saya mula menggeledah email saya dengan beliau. Tak banyak. Yang tinggal sebuah temuramah saya buat pada tahun 2005. Tahun yang mana kejatuhan scene Metal tempatan sudah berlarutan. Dan cari makan melaluinya menjadi bertambah sukar.
1. PSE sekarang apa macam? Nampak slow je. Takde release baru ka?
Eh...eh,
PSE mana ada slow, kan bikin show KREATOR, sibuk ni. Slow kat bahagian
production album aje. Ada release baru, tapi kena hold kejap sebab dah
invest duit kat show Kreator. Up-coming ada album Dark Nirrajim dan
Kompilasi Northern Eruption.
2. Metal punya market sudah slow, betul ka? Lu agak bila boleh naik balik?
Sejak
isu 'Black Metal' market metal memang drop gila, lagi teruk daripada
time saya start PSE. Bila nak naik balik??? Itu jugak soalan yang gua
dok tanya diri sendiri. tak dapat jawapan lagi lar. Harap2 lepas show
Kreator ni market metal boleh naik balik. Tujuan saya bikin show ni pun
sebab nak naik kan semangat peminat metal, harap2 jadi. Itu pun kalau
peminat muzik metal support.
3. Apa pasal Metal boleh jadi slow kat sini? Apa sebab?
Sebab isu Black Metal lar, kawan, itu pun nak tanya. Jangan sebut pasal ni lar, benggang.
4. Kalau Metal sudah sangat slow, apa bisnes lu mau buat dalam muzik?
Entah, Psychic Scream berdarah metal lar, kalau metal slow, relek aje lar.
5. Sekarang band baru Metal banyak, tapi market pula slow. Gig Metal tiap2 minggu ada. Apa lu punya nasihat pada diorang?
Self-finance dan release demo yang berqualiti!!! Promote your self. Pratice lar selalu, jangan tunggu time show aje.
6. Apa kriteria lu consider bila lu mau release satu band Metal?
Yang
penting sekali saya dan band members bersefahaman. Of course, muzik dia
kena bagus dan ada market. Saya dah tak larat nak buat 'charity' lagi.
7. Apa artis PSE paling laku? Selling berapa banyak?
Koffin Kanser. Rahsia.
8. Dalam Metal market tempatan, lu agak, kalau mau survive satu album mau jual berapa? Paling bagus
berapa?
Nak survive to 1,000 cukup. Tapi paling bagus kalau 3,000 copy.
9. Lu habis berapa RM kalau mau release satu album Metal local punya? Kalau lu tak dapat pulang modal,
marah tak?
Itu terpulang, antara 3 ribu ke 15 ribu. Kalau rugi apa nak marah, sendiri tanggung lar, anggap derma aje lar.
10. Band2 baru yang sekarang ni lu rasa mana yang boleh kasi untung punya? Boleh pegi jauh lagi?
Rasa2 tak ada lar, budak baru sekarang pun cari album band lama aje.
11. Ada rasa saingan tak dengan label2 Metal tempatan yang lain? Kata la lu main sign ini band, tapi tiba2
lagi satu label sudah sign. Itu macam, ada pernah terjadi ka? Apa lu rasa?
Itu perkara biasa, business apa pun mesti ada competition, baru lar boleh improve sebab kita boleh berlajar dari kesilapan.
12. Lu agak la, ekstrim Metal punya band dekat Malaysia ni, paling jauh boleh pergi mana? AIM? Konsert dalam TV? Apa pasal?
Rasa2 tak ada harapan lar buat 10 tahun akan datang.
13. Sekarang oi! banyak untung. Lu tak nak release band oi! ka?
Entah lar, belum terlintas dalam fikiran.
14. Apa kepuasan lu bikin ini PSE?
Sebenarnya
saya rasa kesal dan amat sedih kerana planning dan target PSE adalah
sangat jauh. Tapi isu 'Black Metal' telah hancurkan impian saya terhadap
PSE.
15. Lu punya harapan pada PSE dan scene Metal tempatan?
Harap market boleh naik balik, kerajaan dan rakyat boleh terima extreme metal. Maka PSE dapatlah hidup balik kat scene Metal.