Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, July 05, 2010

Terjah blog 3

Kesinambungan dari PART 1 dan PART 2

Lama tak pergi ke Plaza Angsana. Suatu ketika dulu, inilah tempat aku berpeleseran dengan housemates (waktu bujang) dan tempat berjalan-jalan dengan wife (selepas menikah). Kalau nak dibandingkan dengan Ipoh, ia seperti Greentown Mall.

Ramai peniaga Melayu.

Wife aku pun lama tak pergi. Alang-alang dah ada kat JB ni, apa lagi. Lagipun kononnya, kami nak tengok-tengok baju raya. Memang kebiasaannya, beli kat kedai je. Tak larat nak tempah-tempah. Leceh. Nak pilih kain. Nak cari tempat nak menempah.

Penyudahnya baju pun tak jumpa yang menarik. Mungkin belum musim lagi kot? Majoriti kedai pakaian yang ada di situ tak menjualnya lagi.

Perut pun dah lapar. Kami round plaza mencari tempat makan yang sesuai. Rasa macam hambar. Fast food dah tak larat nak telan. Di food court kami jumpa sesuatu yang menarik. Mee rebus! Dilihat dari pelanggan yang beratur di kedai mee rebus itu menyebabkan keinginan untuk mencuba.

Wife aku order mee rebus dan aku pula makan mee cina dimasak orang Melayu. Mee tu rasanya gagal. Jadi aku makan pula rojak Penang. Much better.

Aku rasa mee rebus yang wife aku beli. Mesti terbaik memandangkan orang masih beratur nak membelinya. Siap bungkus lagi. First impression, dari segi fizikal pun nampak menarik. Kuah pekat. Aksesori cukup.

Namun, rasanya menghampakan. Plain. Bare. Monotonous. Kuahnya seperti tidak cukup bahan, walaupun kelihatan pekat dan menggiurkan. Terus aku teringat, mee rebus hits di Ipoh iaitu Mee Rebus Ramli yang ada beberapa franchisenya di Ipoh. Tempat yang selalu kami pergi ialah di Jalan Pasir Putih.

Kalaulah rakyat JB rasa mee rebus Ramli, aku jamin akan selalu teringat nak ke Ipoh. Jadi orang JB (dan seluruh rakyat Malaysia), bila sampai ke Ipoh, jangan lupa menjamah mee rebus Ramli. Iklan ini tidak berbayar.

Kami mengangkat punggung dan mula beredar. Tiba-tiba seseorang telah menegur.

"Nak ambik gambar boleh? tanya Puan tersebut. Wife aku berundur bagi ruang. Peluh mula menitik dari tepi dahi.

Berdirilah orang yang mahu bergambar dengan aku. Dia senyum. Aku senyum.

"Abang Ben kan?" Tanya dia.

"Ha ah... errr... siapa?" mulutku terketar-ketar. Baju IRON MAIDEN New Zealand aku dah basah lenjun akibat peluh (melampau over-acting).

"Halil... hari-hari saya check blog Abang." Dia menjawab.

"Blog saya PC kokak..." sambungnya lagi. Katanya, dia balik bercuti. Bekerja di KL.

"OK... one more" kata wifenya lagi selepas mengambil shot yang pertama. Posing mengancam yang kedua terpaksa aku fikir-fikirkan. Orang sekeliling di food court tu makin ramai yang menjeling dan memerhati. Aku rasa peluh dah mula bertakung dalam kasut (melampau over-acting).

"Terima kasih bang." kata Halil. Kami bersalaman dan berpisah.

Tidak, terima kasih kepada awak, kata aku dalam hati. You made my day!

Ada bahan nak buat entry.

p/s: Halil, blog awak kena update tu.

13 comments:

JAIRO said...

fuyyoooohhh pames la lu bro nanti kalau jumpa lu wa pun nak bergambar jugak kekekekeke

Dr. Bentara said...

jairo,

ngada-ngada...

ihsan_huhu said...

fullamak mcm artis,

eh mmg ko artis pon

berteromber said...

mee rebus Hj Wahid tu memang overated...sejak dah zaman anak2 dia memang dah tak sedap...tapi dah jadi branded kan...orang tetap makan...

nak sedap...try mee rebus stulang laut...kat Kebayan Kotaraya pun ada kedai dia..

AJ said...

mmg ko artis pun... hehahhahhehhehahahah..

mr.kordes said...

hehe...abg ben org yg femes....=)

nt nk juga klu ditakdirkan bertemu...

Ijau D. Koceng said...

abg ben:
klu pi bintulu kompom akan ada org tegur mcm tu nnti

jairo:
jai, cuba bygkan klu tiba2 ada org tegur... "jairo desecrator luahan rasa mengikut kata hati sendiri banglar king kong ke ni?" ui mesti takazut!

Jemz said...

Thrasyed,
mee rebus hj wahid wa penah try gak, betul la, rasanya xde la semeriah org yg Q.

mee rebus stulang tu, kira worait..ada 2-3 jenis kan, wa dah lupa..yg biasa yg spesel.

mee rebus hentian machap, bg wa dah sedap la memandangkan wa bukan org Johor..hehe.

abg ben, nanti jumpa lu wa pon nak tangkap gamba satu kali..dgn mpv lu..eheh.

Nizam said...

wah jeles dpt bgambo dgn legend!cessss

muor76 said...

aku ade makan mee rebus hj wahid...

sekali makan.. alamak... pelik ler rasenyer... dan aku pelik naper org cakap mee rebus hj wahid tu sedap giler...

bek aku makan mee rebus kat kedai sate kawan aku jerk... lagi syokkkk...

tapi tu ler... sebab name dia 'mee rebus hj wahid' sesetengah org cakap mee rebus tu ler tip top dlm dunia.... heheheheh dah set kat otak...

same ler... ngan metallica atau iron maiden.... heheheheh terpulang pade peminat....

bang.. bile kite nak amek gambo sesame... heheheh

PC kOKak™ said...

Aku dah update dah blog aku.. and ade letak gambo tu.. sori la kalau buat Abg Ben macam artis he he he..

Dr. Bentara said...

Halil... macam2 la ko heheh

JAIRO said...

ijau: kekek actually perkara tu sudah berlaku tapi bukan pasal banglar king kong huhuhuhuhuh