Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, February 09, 2010

Komtar R.I.P.

KOMTAR IS DEAD!!! Tinggal rangka je. Aduh....

Terkejut aku.

Banyak kenangan Metal kat sini. Antaranya:

1. Masa nak raya, aku dengan bapak aku shopping baju raya kat situ. Round punya round, nampak baju IRON MAIDEN Powerslave tergantung (dan berbalut plastik - aku pikir-pikir balik, sure original punya - kalau tak buat apa bungkus beria-ia macam tu). Aku pun kata kat bapak aku, itu le baju raya aku. Brader yang meniaga tu pun bawak turun. "Sorry dik, takde size". Mana taknya, aku darjah 4 masa tu. Cis! Kalau nak kira logik aku masa tu, besar gedebeh pun takpe. Janji ROCK!

2. Baju Metal original pertama aku beli. Masa Form 4. Aku di MRSM Muar. Cuti sekolah balik rumah nenek aku di Kg Melayu Majidee. Aku tak ingat le apa nama kedai tu (mat Metal JB sure tau punya - kat 1st floor sebelah tangga tak salah aku le). Baju IMMOLATION Dawn Of Possession. Fuh... gedebeh jugak sebab masa tu badan aku sekeping macam papan. Tapi apa ada hal. METAL!

3. Bila balik cuti kat Kg. Melayu Majidee je, memang excited gila le nak turun Komtar ni. Bukan apa pun, syok membelek barangan Metal kat dalam kedai-kedai situ. Meleleh air liur beb.

4. First date dengan editors Mintakulburuj zine (Fadhil, Masuri dan Hadi) kat parking seberang jalan (not actually Komtar) tapi dekat-dekat le tu. Maka terjalinlah hubungan Metal aku dengan depa sampai sekarang. Last week outstation kat JB pun sempat dinner dengan Hadi dan isteri barunya.

Jalan Wong Ah Fook. 18 years ago memang tempat kutu berahak berkeliaran. Rock dan Metal. Ada pasar kat situ. Makanan jual kat tepi-tepi tu memang best.

Sekarang dah jadi City Square. Ramai pendatang. Tak rupa dulu dah.

Tempat makan Sg. Segget pun dah takde dah. Dulu sambil makan boleh husya tikus-tikus besar berlari-larian kat longkang besar tu. Sekarang dah jadi underground sewer kot. Mamat seluar pendek baju biru kat gambar tu mental sebenarnya (bukan METAL - tapi MENTAL). Dok berdiri tercegat kat situ. Aku ingat nak buat close-up, takut kena kejar pulak heheh...

Tapi JB tetap JB. Cukuplah hidup di JB selama aku di UTM 1993-1999. Dah tepu. Nasib baik rezeki aku tak di sana. Kalau tak mau stress juga. Bayangkan, dari tahun MRSM 1991 sampai sekarang ni 2010... construction tak habis-habis!!! Pebende yang dok construction tak habis-habis tu pun aku tak tau le. Syukur ya Allah, Kau telah keluarkan aku dari kesibukan JB (no offense JBians ;))

Sebagai bonus, sempat berminum pagi bersama dengan tak lain dan tak bukan, En. berteromber kita. First time jumpa. Ekspetasi aku, ingatkan ganas macam Zakk Wylde. Rupa-rupanya, aku nampak lagi ganas hahaha... sori bro, gurau-gurau je. Apa-apa hal pun En. berteromber @ Nasaruddin ni memang cool. Apa ada kat luar ye tak, janji dalam hati takde taman bunga (ooopsss!). Metal sekental-kentalnya ;)

20 comments:

speedrider said...

auyai, terkejut beruk tengok perkataan KOMTAR, Ingatkan kat Penang tadi!!! Boleh kena heart attack.

Ada gathering la pulakkkkkkkkkkk

Ijau D. Koceng said...

walauwei! aku pun sama mcm hang mus, mati2 ingatkan KOMTAR penang sbb aku baru pi bln nov lps... hahaha, klu KOMTAR penang tutup kat mana la aunty dB music tu nak pindah agaknye... mus, hang tau nama aunty db tu x? aku xpnh tau namanya >:)

wanwarlock said...

aku pun sama la! igt komtar penang... tapi komtar penang pun dah nazak dah tu....

don't judge a cover by its book.... sama la mcm kes dgn aku aritu kan? hehhehe janji jiwa metal! hg nampak ganaz sbb janggut kot sam?

berteromber said...

Ceh..macamana aku boleh sesat kat siaran ni…hahaha

Komtar JB ni memang banyak la kenangan terindah buat mat2 rock/metal JB…sini la tempat berjamming (B Sound), beli kaset (Climax Gedung Muzik), beli t-shirt (Rock Station), melepak (Tingkat 1) dan berdating (Yummy)..heheh..

Apa2 pun aku pernah duk KL…dan aku bersyukur dapat balik kg tinggal di Jb ni…walaupun cost of living agak tinggi…mana tak..nak kena compete ngan S’porean…tapi..tak kisah orang nak cakap apa…bak kata Amy Search…JB adalah Rock And Roll City!!!!

JAIRO said...

hehehe first time nampak muka en. berteromber... mmg muka mat bunga la tapi hati metal kental.... jgn marah bro.. gurau jer heheheh

Jemz said...

usahkan jb, tmn u pon dah byk berubah abg ben, silap2..tmn sri pulai pon dah lain mcm..heheh..

trasyed,
cuba lu bwk berjalan2 kt tmn u plak..kasi up sket gamba

Ziarah76 said...

aisye bro... apsal awak tak call kawan hari tu, kalau tak boleh kawan bawak pegi mengeteh.
Tapi takpe... takde rezeki jumpa ek! Jodoh, pertemuan di tangan Allah.
Kawan dah 2 tahun lebih kat JB. Emmm tak tau lah sampai bila... Kalau diberi pilihan nak balik kampung je.
JB cost living tinggi sikit.

SkiD said...

Eik! macam mana Berteromber ada dlm ini chanel...Ni mesti kes Tokyo Tape bertukar tangan...huhuhuhu!!

ihsan_huhu said...

tuh r, b4 aku fly dlu sempat gk usha sg segget yg dh jadik cun tuh.ok r xbusuk sgt dah

matakucing said...

wahhh...komtar tu dah tinggal tu jer..ermmmm wah encik berteromber..inikah dia orangnya ahaks

Adam Kulim said...

baru nk call member tadi..ingat KOMTAR penang dah td..ish2..kalau tak..punggahh

mr.kordes said...

berteromber tu hensem maa..jgn pndg luaran ok..hehe...hati ttp kental!

mangkuk statik said...

aku di lahirkan di JB
DI bsearkan di KB
Dan sekarang ni mencari BB...."Bini Baru"...utk tambah kolektion

Frozen666 said...

jumpa di gig bulan 3 bro...
hail langsuyr

Portdy said...

JB - Komtar - I love both of them!


tu wajah sebenar Bro-teromber kah atau dalam camouflage kah?

Dr. Bentara said...

Frozen Angel, aku dah resign dari Langsuyr le...

-------
Portdy, tu memang berteromber @ Nasarudin. Takde camouflage deh...

Jenonymous said...

Harap jugak nak jumpak abang berteromber/ben satu hari nanti. Idola ni...

deaf-angel said...

huhu..I LOVE JB..

sungei sengget nye stalls tu yang dah pindah belakang wong ah fook ler..jalan meldrum sana kalo tak salah aku

komtar...dari kecik2 dulu ada Badan Book Store...

ceta lama tu smua haha..

ooo kedai kaset yang ada poster FOTD besar giler tu yang mak amuk nye? ..nostalgia

johan adam said...

komtar penang apa crita? haha.. rock world pun dah sunyi sepi kot.

Unknown said...

Tempat lejen rocker jbrians ni memang best dulu wa tapi syg tinggal kenangan.