Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Sunday, July 11, 2010

Ulasan: GABRIELLA CILMI Ten CD

Ada elemen sentimental sikit antara Gabriella Cilmi dan aku. Oleh sebab itu aku harus memberikan kredit sebanyak mungkin kepada album ini. Tapi di mana ye?

Dengan umur yang belum mencecah 20, jejak langkah beliau sudah panjang. Rekod menunjukkan seawal umur 13, beliau telah ditawarkan kontrak oleh 4 buah syarikat gergasi dari USA. 5 tahun kemudiannya pada tahun 2008, beliau merilis album pertama yang memenangi 6 anugerah berprestij Australia, ARIA Awards. Sudah tentunya Gabriella mempunyai aura yang tersendiri yang menyebabkan beliau menjadi rebutan di samping pengiktirafan sebegitu rupa.

Ten merupakan album kedua beliau yang dengan penilaian Gabriella sendiri sebagai satu album yang "full of uptempo funk and disco-inspired numbers designed to make people groove". Satu deskripsi yang tepat.

Album yang pertama, sebagai anak dara sunti, kemungkinan penuh dengan muzik yang innocent. Dan seterusnya kebiasaan wanita Barat, apabila usia menjangkau 18, kehendak mahu menjadi dewasa melonjak-lonjak. Innocent itu bertukar menjadi adventurous (dibaca sebagai sexy). Itulah yang menjadi tarikan utama, baik yang lelaki mahupun yang perempuan. Nyata dalam lagu seperti Superhot dan On A Mission (boleh semak liriknya untuk lebih jelas), sex adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sebenarnya, tidak perlu Gabriella menjual sex di dalam albumnya kerana dengan kekuatan vokal beliau sudah cukup untuk meneruskan karier beliau. Sex pada umur yang muda dan bergetah begini mungkin laku dan laris. Oh, memang sex untuk selamanya. Lihat saja Madonna dan Kylie Minogue! Bijak... bijak...

Sebelum terlupa, ada sesetengah lagu yang mana suara Gabriella mengingatkan kita pada Anita Sarawak, terutamanya pada tarikan vokal yang seksi.

1. On A Mission 3:02
2. Hearts Don't Lie 4:04
3. What If You Knew 2:41
4. Love Me Cos You Want To 4:21
5. Defender 3:45
6. Robots 4:01
7. Superhot 3:42
8. Boys 3:50
9. Invisible Girl 3:33
10.Glue 4:18
11.Let Me Know 3:32
12.Superman 3:41
13.Sweet About Me (Twenty Ten Version) 3:28


-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

4 comments:

speedrider said...

pelik pulak rasanya bila Universal Music bagi album2 macam ni untuk direbiu oleh seorang ipoh metal militant. =D

Ijau D. Koceng said...

lady gagap bila nak rebiu? :)

speedrider said...

dah rebiu oi

Abang Ben said...

speedrider,

ceria sikit blog ni. Aku harap banyak Metal rilisan Malaya dapat diribiu.