Baru-baru ni berlaku dialog antara artis dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Perdagangan, Datuk Seri Ismail Sabri (CAPAIAN - jika capaian outdated, sila ke SINI).
Yang menarik antaranya:
Bukan sahaja dihadiri banyak artis tersohor termasuk nama hebat seperti M. Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Hattan, Habsah Hassan, Manan Ngah dan Dayang Nurfaizah, acara dialog yang cukup panas ini turut disinggahi pemuzik-pemuzik bukan arus perdana, termasuk artis veteran.Aku terfikir, mungkin kategori pemuzik-pemuzik bukan arus perdana itu termasuklah pemuzik underground? Jika betul, maka mungkin aku juga termasuk dalam kategori ini?
Bagaimana pula pandangan pemuzik underground yang lain? Persoalan yang perlu ditanya sekarang ialah, adakah KAMU meletak diri kamu sebagai satu cabang dalam "industri" muzik tempatan? Ataupun KAMU tidak mahu terselit sama?
Pada pendapat aku, muzik underground ni sudah terlalu lama wujud di negara ini dan sudah tiba masanya ia mendapat pengiktirafan sepatutnya! Adakah KAMI tidak memberi apa-apa manfaat kepada "industri" muzik tempatan?
Ignorance dan tidak peduli kementerian yang sama seolah-olah menidakkan kewujudan kami. Sedangkan kami wujud dan nyata. Aktiviti muzik kami menjangkau segenap lapisan masyarakat. Anda seolah-olah menutup mata atau menyapu kami di bawah karpet!
Kementerian yang sama perlu mengambil kira pemuzik-pemuzik underground seperti kami. Kenali siapa kami. Apa muzik kami. Jika perlu ADAKAN DIALOG YANG SAMA DENGAN KAMI!
7 comments:
saya setuju abg ben...apabila disebut artis tu x kira la sama ada arus perdana atau tak...saya rasa kena wujud satu platform utk pemuzik2 "bukan arus perdana" ni utk lebih ke depan dan menyuarakan pandangan,mcm contoh tubuhkan organisasi,badan ker...mgkin ngan cara ni menteri akan bukak mata,bukan indie jer yg mereka nmpk...
artis la tu... tapi tak terkesan dgn dunia glamour
Kalau dah label diri "underground" ape perlu perhatian Pak Menteri? Nak komplen pasal royalti, lagu2 tak dimainkan kat radio, shopping kompleks ataupun pusat2 karaoke. Nak mintak slot dalam TV, nanti dah tak "true" pulak...
Kalau dah nak jadi underground sangat, buat betul2 macam Ian Mckay. Buat semua sendiri. Then nanti maybe Pak Menteri akan pandang dan beri sedikit kasih sayang..hahaha
DIMMU BORGIR, DARKTHRONE yang orang dok sangka true tu pun nominated dalam pesta muzik diorang (macam AIM/Juara Lagu kita la)... Siap menang pun hahah...
kita dok melangut macam tu la jugak dah 25 tahun pun main muzik.
Dalam konteks dunia muzik negara malaysia yang berdaulat ini,apa sebenarnya yang boleh diharapkan oleh "artis bukan arus perdana "? seperti yang kita tahu, kalau arus perdana,mmg diorang inginkan pulangan kerana itu sudah jadi kerjaya.tapi kalau bukan arus perdana,ada yg terdiri dari org yg mempunyai karier lain atau kerjaya tetap spt engineer,cikgu,pensyarah,pegawai IT,pengusaha stall burger etc.Apa yg sebenarnye yg diharapkan? fortune? fame? Cukup sajakah dengan lagu tersiar kat x.fm (itupun dok putar lagu yg same n..mostly indie.metal kental tadak),org beli cd harge RM10 kat gig-gig?kalo artis mainstream dah tentu nak duit royalti.mhmmmm...entah lah.jadi kene tanya dulu apa yg mereka nak selaku artis bukan arus perdana...lepas dah tahu objektif nye baru la bole ade platform.kalo takde objektif,kosong je la platform,jd tempat longgok sampah le.teman punye due kupang.
mulysa... pemuzik underground ada cita-cita. Malangnya cita2nya dari 25 tahun yang lepas tak berkembang. Ini berbeza dengan pemuzik underground Barat, walaupun mereka ULANG2 kata, mereka tak kejar royalti dan semata2 muzik sahaja, read between the lines - itulah reverse psychology kepada peminatnya. Furthermore, they ACCEPTED recognition dari masyarakat walaupun itulah yang mereka dok hari2 kata TAK MAU.
To me, mereka adalah metaller bijak.
yup.saya setuju metaller barat agak bijak dari metalhead kite.reverse psychology diorang mmg menjadi.tp itupun bukan secara langsung.sy rase the truth is berapa ramai yg trully menyokong pergerakan underground? ramai yg ikut ketika ianya panas tp berpaling bile dah suam kuku(dari indie ke hardcore ke metal dan balik ke indie...).saya pun salah seorang pemuzik underground.mmg dr dulu nampak sgt diskriminasi dr puak2 pentadbir kerajaan bila tiba masa nak apply permohonan sewa dewan nk buat gig.nampak pakai baju gelap je,rambut srabai sket dh pandang suku mata.mmg musician underground ada cita-cita.it all goes back to how many support that we should get from the community and government to really feel comfortable within our own music industry,side by side with the mainstream artist.Tiada lagi diskriminasi.
Post a Comment