Bagi peminat setia muzik Metal underground, nama PREDICATE NOT DEFINED sudah tidak asing lagi. Mereka adalah antara band yang paling rajin beraksi di atas pentas. Kekerapan mereka muncul di atas pentas seolah-olah sumber rezeki utama mereka adalah dengan bermain muzik! Ini adalah suatu iltizam yang bukan mudah untuk direalisasikan oleh mana-mana band. Ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Kali terakhir saya berkesempatan menemuramah mereka ialah lebih kurang dua tahun yang lalu (BACA SINI). Untuk band yang aktif seperti ini, sudah tentu banyak yang telah mereka tempuhi. Antaranya, berlakunya pertukaran barisan pemainnya (pernah dianggotai sekejap oleh kawan baik saya ketika bersekolah di MRSM dulu) dan paling sensasi, Azwi selaku vokalis utama, sekarang berkongsi jawatan dengan Hilda. Ya, Hilda. Memang dia wanita.
Album Fear, Forgotten & Regret ini baru saja dirilis. Mengekalkan konsep progressive Metal seperti album sebelumnya, The Song Remains The Same. Menampilkan 10 buah lagu yang dirakamkan secara berkala dari Nov 2008 hingga Mac 2009 di beberapa buah studio sekitar Penang dan Kedah.
PREDICATE NOT DEFINED dalam mempromosikan album ini menekankan kepentingan liriknya yang dikatakan sebagai penuh dengan makna. Mungkin itu yang perlu dikupas pertamanya disini. Ditulis dalam bahasa Melayu separuhnya dan English untuk separuh yang lain. Topiknya luas; bermula dengan kepincangan etika kewartawanan dalam lagu Journalism, teguran kepada orang Melayu dalam lagu (apalagi), Melayu dan juga nasihat kepada perpecahan dalam lagu Untuk Semua. Majoriti liriknya berkisar tentang peringatan terhadap maksud kita diturunkan di dunia ini seperti lagu Peringatan, Becoming Death, Neutralizer, Before They're Gone dan Pancaroba.
Namun begitu, liriknya pada saya bukanlah tarikan utama kerana dari segi lirik itu ditulis dan disusun, kurang kreativitinya. Tarikan utama pada PREDICATE NOT DEFINED ialah muziknya. Progresif Metal. Menggabungkan odd-time signature di beberapa tempat di samping manipulasi riffs gitar yang mencabar. Strukturnya sentiasa berubah-ubah menyebabkan kita sentiasa tertanya-tanya apakah yang akan datang selepas ini. Unpredictable, mungkin itu perkataan yang saya sedang cari.
Vokal Hilda ada sentuhan kewanitaannya. Mungkin itu sifat wanita Melayu? Jika dibandingkan dengan vokalis Arch Enemy yang memang hilang sifat kewanitaannya (malah melebihi lelaki). Hilda perlu diberi peluang selanjutnya untuk meningkatkan prestasi vokal yang kadang-kadang kedengaran seperti tak cukup nafas untuk memvokalkan lebih dari 4 perkataan sekali harung. Menggabungkan vokal Hilda dan Azwi mungkin agak mengelirukan. Ia juga menimbulkan sedikit gap terhadap flow album ini.
Album PREDICATE NOT DEFINED sentiasa dinantikan dan untuk peminatnya sudah tentu berpuashati. Sekurang-kurangnya pada saya, rilisan dari band ini sentiasa ditunggu. Genre yang dibawa oleh PREDICATE NOT DEFINED bukanlah boleh dibawa oleh band sembarangan. Selain "kurang popular" masa ini, ia juga memerlukan kemahiran yang above average untuk direalisasikan. Yang belum mencuba, bila lagi? Antara band underground Metal tempatan yang perlu diberi perhatian.
http://www.myspace.com/predicatenotdefined
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
dh ada penyanyi wanita ye?last tengok depa perform kat penang 3-4 tahun sudah rasanya..thanks utk info abg ben!
\m/ .
belalang pun last tgk diorang perform d penang...
lame gak dah tuh...
aku tak follow ni band tapi aku always have a soft spot for them
RAINMAKER beb ni band bawak live haha, sedap lak tu
aku sempat tengok Hilda beraksi di jamming studio. Dan ketika tu aku terus PM Adie PND dan kata...
"Hei, hangpa punya vox baru garang nak mampoih"
Prog metal PND pada aku, memang dahsyat untuk scene tempatan.
Dan selepas ni, aku akan terus jumpak Adie untuk mintak diskaun album baru ni.
baru check lagu lagu diorang yang diorang post kat internet hari tu.. Muzik boleh la.. Vocal pompuan impressive but kena lebih berusaha lagi kerana growl dia kureng soul (bagi aku la), mungkin terlalu fokus nak ikut tempo kot.
Kalau nak Gossowic punya style boleh try dengar vocalist band Vermillion.. baru je update pasal diorang kat my blog.
Abang Ben, I have found a plenty of good and young metal bands (instrument wise la) while doing my daily Myspace hopping. Hopefully they will remain active.
Post a Comment