Dialog ‘panas’ menteri dan artis
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
editor.panca@utusan.com.my
editor.panca@utusan.com.my
MEREKA adalah ‘bahan kandungan asli’ kepada industri rakaman dan hiburan, tetapi mereka inilah juga pihak yang paling mudah diperbodoh-bodohkan.
Barangkali suara jujur yang diluah bekas anggota A To Z, Azlan Aziz@ Lann itu, banyak sekali kebenarannya apabila sehingga ke hari ini, nasib para penglibat industri hiburan masih diawang-awangan.
Dengan kuasa undang-undang berkaitan industri hiburan yang tidak memberi perlindungan ‘besar’ kepada mereka selaku pemilik karya seni, maka tidak hairan jika dilihat hari ini banyak artis tempatan masih miskin, kurang pendapatan walaupun telah melahirkan banyak karya besar.
Gah nama Tan Sri P.Ramlee yang seantero Asia misalnya, tidak menjamin kesenangan buat generasi pewarisnya. Maka tidak hairan, hari ini generasi anak cucu yang dilahirkan melalui legasi Seniman Agung itu terpaksa meneruskan kehidupan dalam seribu satu kekurangan meskipun suatu ketika P.Ramlee menjadi penakluk yang maha dahsyat di layar perak dan dunia rakaman. Dimana silapnya, sehingga artis kita terus merintih dan meminta-minta di negaranya sendiri?
Justeru, apabila sesi dialog pertama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri dihadiri hampir 150 penggerak seni tempatan, maka sudah tentu banyak benar masalah yang ingin mereka timbulkan.
Sesi dialog yang pertama seumpamanya telah berlangsung di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin lalu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo) selaku penganjur acara.
Bukan sahaja dihadiri banyak artis tersohor termasuk nama hebat seperti M. Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Hattan, Habsah Hassan, Manan Ngah dan Dayang Nurfaizah, acara dialog yang cukup panas ini turut disinggahi pemuzik-pemuzik bukan arus perdana, termasuk artis veteran.
Malangnya, seperti biasa, artis-artis muda tidak banyak yang muncul. Tertanya-tanya juga, mana perginya nama-nama seperti Mawi, Misha Omar, Alyah, Anuar Zain, Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussain, Bunkface dan seribu satu nama anak muda popular lain di majlis yang sepatutnya disokong sepenuh padu ini?
Oho, barangkali mereka sibuk. Kalau sibuk dengan urusan lain, tak dapatlah hendak menolong. Tetapi persoalan juga untuk ditanya, apakah orang seperti M.Nasir dan Siti Nurhaliza tidak sibuk?
Biarkanlah ‘si luncai dengan labu-labunya’ kerana sebenarnya banyak hal lain yang boleh diperkatakan tentang sesi dialog lebih tiga jam ini.
Banyak yang dibincangkan, banyak yang diluahkan sehingga menjadikan detik tiga jam pantas benar berlalu.
Mereka yang mewakili suara generasi baru artis Malaysia ini mahukan lebih diberi perhatian dan kerajaan menjadi tempat untuk mereka mengadu segala rasa tidak puas hati selama ini.
Isu penubuhan Syarikat Pengutip Royalti Persembahan dan Hak Artis Sdn.Bhd (PRISM) yang kurang berjaya menjalankan kerja mereka sebagai pengutip royalti kepada pelaku misalnya, mendominasi ruang bicara.
Sehinggakan ada artis yang berani bangkit dan berkata “Datuk Seri, tolong pastikan PRISM ditamatkan hayatnya.
“Jika MACP (Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia) dan PPM (Pelaku Persembahan Muzik) boleh menjadi badan pengutip royalti yang cemerlang kepada komposer dan syarikat rakaman, kenapa harus ada PRISM yang hanya menjalankan tugas secara lewa selama sepuluh tahun penubuhannya,” kata artis berkenaan.
Pun dalam kehangatan itu, Ismail berjaya ‘mengendurkan’ suasana dengan janji-janji untuk berusaha sedaya mungkin menyelesaikan segala kemelut yang timbul.
“Sekali pun barangkali ia tidak melibatkan kementerian saya, saya akan usahakan untuk menyampaikan masalah berkaitan kepada kementerian terbabit untuk diselesaikan mengikut jalan sepatutnya.
“Saya tahu selama ini banyak masalah dihadapi oleh artis-artis kita terutama membabitkan soal hak cipta dan royalti karya seni mereka, justeru sesi dialog ini diadakan untuk saya dan kementerian mendengar sendiri apa yang mereka tak puas hati.
“Perdana Menteri kita sendiri selalu bercakap soal rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Artis juga rakyat Malaysia dan mereka seharusnya dilayan sama seperti rakyat Malaysia yang lain supaya dapat bekerja dalam suasana lebih profesional.
“Apa juga input yang baik, kita akan jadikan sebagai penyumbang kepada pindaan akta Hakcipta yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.” katanya.
Pindaan akta berkenaan dijangka bakal dibentang di parlimen pada Jun 2010.
Antara yang bakal diimplikasi melalui pindaan itu ialah mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pihak yang menjalankan bisnes cetak rompak, selain mengenakan tindakan kepada pemilik premis tempat menjual bahan berkenaan.
Jika selama ini hanya penjual barangan cetak rompak yang dikenakan tindakan, melalui pindaan ini pemilik premis juga boleh disabitkan kesalahan.
Selain itu juga Ismail membayangkan kemungkinan untuk pihak kerajaan menubuhkan badan pemungut royalti sendiri, bagi memastikan ketelusan oleh semua pihak.
“Selama ini kerajaan tidak pernah menubuhkan mana-mana badan atau mengiktiraf mana-mana badan pemungut royalti untuk golongan karyawan seni.
“Kita akan fikirkan untuk memulakannya agar lebih senang bagi kerajaan memantau perjalanan sesebuah agensi pemungut royalti itu sendiri,” katanya lagi.
Juga untuk tidak menyebabkan mana-mana pihak dalam industri tertindas dalam soal penerimaan royalti pelaku, laman sesawang khas akan dibina untuk memudahkan karyawan seni memantau penggunaan karya seni mereka selepas ini.
“Saya mahu sampai ke peringkat di mana, setiap artis boleh memantau setiap hari di mana lagu-lagu mereka dimainkan.
“Pada penghujung bulan, mereka sudah tahu, jumlah sebenar lagu mereka diperdengarkan kepada masyarakat dan dari situ mereka boleh tahu royalti yang bakal diterima diakhirnya,” katanya.
Selain itu juga, beliau sendiri dalam usaha untuk berbincang dengan empat syarikat Telco terbesar dalam negara, supaya royalti hasil daripada penggunaan Ringback Tone yang kini mendominasi pasaran, dapat diagihkan dengan jumlah yang lebih adil kepada komposer, penulis lirik dan penyanyi seperti yang diamalkan di luar negara,” katanya.
Meskipun hanya tiga jam, banyak yang diutarakan artis. Ada yang boleh ditulis dan ada yang tidak. Ada yang dilontarkan secara personal kepada Ismail, dan ada yang disuarakan secara berdepan dengan khalayak lain.
Apa yang pastinya, pertemuan melalui sesi dialog ini adalah satu permulaan sihat yang sekaligus menjelaskan bahawa golongan artis tidak pernah sama sekali terpinggir di negara berdaulat ini.

No comments:
Post a Comment