Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, January 20, 2009

Student foreign legion

Korang tak pernah tanya pun kat gua, apsal gua tak tulis benda-benda berkaitan akademik ataupun industri pendidikan sedangkan gua adalah orang yang terlibat?

Apsal lu orang tak pernah tanya eh? Syok baca Metal je eh... takpe gua start bebel pasal akademik/industri pendidikan OK?

The Advertiser (suratkhabar popular sini) melaporkan hari ini bahawa South Australia punya ekspetasi student foreign akan mencecah 30,000 akhir tahun ni. Ia merupakan nombor terbesar dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain dalam Australia. 30,000 tu SATU negeri. Sini ada 6 negeri dan dua mainland territories (entah aku pun tak tau apa).

Ia merupakan 29% penambahan dari tahun 2008 dan adalah di atas average nasional iaitu 25%.

Kalau kat Malaysia macamana agaknya reaksi? Sudah tentu pening kepala kan? Makin banyak Indon la, makin banyak Bangla la, makin banyak Afrikan la, makin banyak Arab la...

Namun tidak begitu di Australia. Semua foreign students dijaga dengan baik. In fact, majoriti dari mereka mudah diterima untuk jadi Permanent Resident (PR) sebaik saja dapat sijil. In fact, memang polisi Australia nak sekat student asing ni terus kerja dan hidup kat Australia.

Sebab utama, human resources memang tak cukup kat sini.

Apapun, bertambahnya student foreign kat sini takde pulak bertambah kadar jenayah. Apsal jadi lain kat Malaysia?

Anyway, dulu tak salah gua Malaysia ada ura-ura nak jadi education bagi negara Arab dan Asia. Tak tau apa cerita. Kalau jadi, setahun katalah 100,000 foreign students datang nak belajar kat IPTA/IPTS. Korang rasa camana?

11 comments:

mangkuk statik said...

KAu ni silap topic buat pHd la. Klau phd topic metal, ari ni enroll, minggu depan dah grad dah. Ni kau memandai buat pHD engine, pastu komplen kat kiteorang stress la, sakit otak la. Nasib kau la labu.

Ziarah76 said...

student2 yg dtg ostolia adalah golongan tplajar yg maksud kedtgnnye cari ilmu. tentu la takde jenayah besar, kalau ada mungkin sikit2. Tapi mat bangla, indon, myanmar, vietnam, pilipin etc yg ke msia majoritinya bukan terpelajar n maksud kedtgnya pun bukan ilmu. So, nak dpt duit ni macam2 boleh dibuat kalau tak fikir undang2 termasuk jenayah, pecah rumah, pukau, ugut, black money, gaduh, bunuh..etc. masuk plak ramai secara illegal, pakai tekong etc. Student ke ostolia masuk smua dgn pasport sah, etc. kurang la masalah. lagipun law enforcement kat msia & ostolia mungkin berbeza tahapnya. byk faktor boleh dibincangkan dlm topik menarik ni bro.

Achan Sinclair said...

Adakah dasar pengambilan pelajar di Malaysia ni adalah sekadar untuk menjaga hubungan diplomatik semata-mata? Sebab memang terjadi, even kat u kita sendiri berlaku. Maka bila pengambilan hanya untuk menjaga berbaur politik dan bukan berdasarkan qualification macam-macam boleh berlaku juga. Tapi gua setuju dengan Bro Mutakalim, kebanyakan yang bermasalah di negara kita bukan datang dari golongan pelajar, tapi yang datang Malaysia mahukan duit. Mungkin salah satu faktor.. Bila nak pulang ke Malaya dengan segulung phd ditangan nie?

berteromber said...

Peningkatan kadar jenayah kat malaysia bukan disebabkan foreign student...tetapi lebih kepada lambakan pekerja asing..tambahan pula majoriti mereka bukanlah golongan educated..tak seperti di Australia...pekerja asing adalah dari golongon profesional sedangkan di malaysia golongan buruh kasar..mana nak sama...

bro...ada ura2 nak keja ostolia ker?..hehe

FakirFikir said...

Hah dulu gua pernah terlibat dgn pendidikan swasta. Banyak yg datang dari Bangladesh, Pakistan dan China memang untuk dapat visa student. Seminggu kuliah, lepas tu hilang. Student dari Indonesia lain rasanya. Mereka memang pure student. Salah satu puncanya, polisi kita tak ketat. Kita just tangkap muat. Kita mudah sangat beri visa.

Anonymous said...

Hehehe, jadi macam rojak plak blog krenmaut nie nanti, semua benda nak dimasukkan kat dalam ni. Tapi tak kisahlah, blog ni kau yg punya, takde sapa boleh ugut bunuh kalau tak masuk dlm ini blog. Kau tulis apa je pun aku mesti baca punya. Setuju atau tidak, itu soal kedua.

Aku tak tahu sama ada kat Malaysia nie ada badan penapisan ke tak. Sepatutnya kena ada lah. Kena ada peperiksaan kemasukan macam A level ke. Maka, kita dpt tapis siapa-siapa yg memang bersungguh-sungguh nak belajar dgn siapa-siapa yg nak buat onar kat sini. Lagi satu, kita bleh buat program berkembar (twinning program) dgn universiti2 kat sana, utk foundation program buat kat sana, dan kalo nak sambung belajar, boleh buat kat Malaysia.

Itu aje yg aku boleh pikir, maklumlah sistem pendidikan ni bukan aku punya bidang. Aku keje kilang je hehehe …

eddie dewanaga said...

ramai african masuk sini atas tiket student, tapi bila dah masuk jadik sebaliknya, jadik salesman yg bukan2, blom lagi kes2 jenayah perdagangan mcm black money dan tipu bank, palsukan document sana sini, kacau anak bini org tu jgn cakap la... nak tangkap sorang negro, kena 2 polis kita beb, member gua, budak D7, melayang kena humban negro masa raid nite club...

azharjaafar said...

Malaysia ni majoritinya beragama Islam. Orang Islam bila tak solat, akan datang banyak problem. Antara problem nya ialah korupsi.

Jadi nak settle problem ni kena pakat2 ajak orang solat. Allah kan dah janji solat tu cegah fahsyak dan mungkar.

abu wahap said...

wow!sgt berilmiah tulisan abg ben.tahniah!
:)

Alim Masnan said...

Langkah berani ke arah academission.. Tahniah!! Moga lebih ramai org Msia yg punya minat bukan hanya pada satu bidang. Metal engineer. Mantap bro!

Dr. Bentara said...

gua rasa memang sebab kondisi sini dengan Malaysia berbeza. Malang ah gua rasa sebab Malaysia memang ada potensi sebenarnya.