
Namun setelah menjuarai rancangan TV Rock Unite dua tahun lepas, langkah berdikit tersebut nampak menjadi larian pantas. Memenangi bukan sahaja wang tunai RM100K, tetapi ribuan peminat baru hasil dari promosi hebat rancangan tersebut, NROCINU mula bersiap untuk rakaman album pertama, sebagai salah satu hadiah dari rancangan tersebut. Namun beberapa aral melintang, antaranya hadiah wang tunai yang tak kunjung tiba dan album yang tidak siap menyebabkan peminatnya ternanti-nanti. Mungkin ini akibatnya apabila terjun ke dalam ‘kilang’ muzik mainstream.
Keamanan, album pertama NROCINU akhirnya muncul juga. Rakaman yang dijaga oleh otai rock tempatan, Mus (MAY) dan dirakamkan di Sinar Studio ini menampilkan 11 buah lagu yang percaya atau tidak, 100% lagunya dihasilkan oleh NROCINU sendiri! Ini suatu perkara yang menyegarkan apabila memikirkan yang NROCINU bukan lagi sebuah band Metal underground, tetapi sudah memasuki kelompok gergasi muzik tempatan; XPDC, JINBARA, etc.

Dalam industri muzik mainstream yang berpaksikan duit dan duit lagi, album pertama NROCINU menjadi pertaruhan yang kejam. Jualannya bakal menatijahkan dua resolusi; 1. NROCINU progress dengan natural, terima kasih atas jualan yang memberansangkan atau 2. NROCINU tunduk dengan kehendak ‘pasaran’ yang sejak azali dicucuk hidung oleh tarikan media mainstream. Yang pasti, kelompok underground Metal yang pernah NROCINU sibuk harapkan sokongan tetap berkeras dengan pegangan mereka. Sekali anda berpaling tadah, kepulangan anda tidak diharapkan.
Mungkin menyedari akan itu, tiada bentuk ‘pengiktirafan’ dari NROCINU kepada band-band Metal underground yang pernah mereka kongsi pentas sempit dan lusuh bersama-sama tak berapa lama dulu. Sedangkan menyatakan itu di dalam skrip terima kasih adalah sesuatu yang ‘perlu’ sebagai mesej untuk mengingatkan bahawa kita sama-sama berjuang atas landasan muzik yang sama, walaupun berbeza cabang. Namun, mesej NROCINU adalah jelas, ini langkah ke hadapan dan tiada lagi pandang belakang – selamat tinggal losers!
5 comments:
konspirasi habis!
erk...tu gambar tiket tu nak eksen ke apa..
riak tiketwi betul la...
grrrr....jeles...jeles... :p
tu tiket betul la... malu aku yg amik gambo. igt x senget, tgk2 senget! heheh
sam bawak la cd2 metal tempatan utk aku nanti ye. bleh aku rip mcm BS. tapi as sahar aku nak beli kalau hg nak jual.
p/s blog masakan tu aku igt nak buat $ sket, tgk2 x dpt sambutan... hehehe, blog pda jugak 'laku'
ceh.. nama wa pun naik..
..not my cup of tea..nampaknya..
Post a Comment