


First of all, gua menyampah packaging macam ni. Kadbod packaging lepas tu selit CD kat dalam poket dia. CD calar la wehhhh kalau selalu keluar masuk poket tu!!! Ke syarikat rekoding ni ada niat tersirat memang nak suruh CD calar cepat lepas tu peminat teragung yang beli CD tu pun terpaksa beli yang baru? Terpaksa la gua separate CD tu DI LUAR poket. Gua pakai envelope CD. Tapi huduh la sebab terlebih bila kena kapit dengan packaging tu (tengok gambar bawah).




Lagu-lagu yang single edit gua tak berkenan sebab depa delete part-part instrument bergaduh tu. Biasa la, mat-mat rempit peduli apa dengan part instrument bergaduh tu. Janji sampai korus sudah. Tapi gua sebagai peminat gitar tersohor, Steve Vai, Malmsteen, Uli Jon Roth dan peminat instrument bergaduh ni mesti la nak dengar instrument bergaduh.
Yang best boleh selalu dengar (dengan syarat lu dah ada lain-lain album la), ialah lagu-lagu remix. For example, gua dengar lagu Pull Me Under dengan Take The Time (dari album Images & Words), gua dapat dengar keyboards yang gua rasa masa original mix samada terlampau ke belakang atau hilang terus.
Gua rasa bagi follower band ni, yang edit dan remix tu extra la.
Bagi new fan, gua rasa seleksi lagu-lagu ni dah kira OK. Cuma kalau lu nak dengar lagu-lagu epik Dream Theater ni, tak boleh la dengan album kompilasi ni. Lu kena dengar A Change Of Seasons (epik dalam album EP dengan nama yang sama) ataupun Trial Of Tears (dari album Falling Into Infinity) maupun Metropolis (dari album Images & Words). Tu semua lu kena beli album yang proper baru lu boleh appreciate betapa gilanya instrument mereka bertelagah dan bergaduh DALAM harmoni.
Disc 1 (The Dark Side):
01. Pull Me Under (2007 Remix)
02. Take The Time (2007 Remix)
03. Lie (Single Edit)
04. Peruvian Skies
05. Home (Single Edit)
06. Misunderstood (Single Edit)
07. The Test That Stumped Them All
08. As I Am
09. Endless Sacrifice
10. The Root Of All Evil
11. Sacrificed Sons
Disc 2 (The Light Side):
01. Another Day (2007 Remix)
02. To Live Forever
03. Lifting Shadows Off A Dream
04. The Silent Man
05. Hollow Years
06. Through Her Eyes (Alternate Album Mix)
07. The Spirit Carries On
08. Solitary Shell (Single Edit)
09. I Walk Beside You
10. The Answer Lies Within
11. Disappear
Sebelum berundur, gua kasi lu layan satu-satunya lagu paling komersil (masuk carta lepas tu terus jadi glamer diorang dari album kedua Images & Words) iaitu Pull Me Under. Note: Ini lagu tahun 80an tau, tu pasal depa punya dressing semua macam glam macam tu tapi muzik depa masa tu, memang canggih aahhh...
2 comments:
aku nampak kat kedai..harga dia ialah harga satu cd.. memang worth buying pada aku..walau aku tak membelinye ( lagi ).
sebab utama wa x suka beli elbem ..the best of..ialah..byk lagu2 yg wa minat (biasanya yg underrated) takde!!!....
- jemz
Post a Comment