Beliau ialah ULI JON ROTH.
Mungkin dalam Scorpions, kita lebih mengenali Matthias Jabs dari Uli Jon Roth disebabkan Jabs bersama Scorpions ketika band itu menuju kepada komersialisme. No disrespect to Mr. Jabs, beliau ada kekuatan sendiri dan beliau sendiri adalah gitaris hebat.
Tapi bila kita berbicara tentang Uli Jon Roth, kita berada di dalam dimensi yang lain.
Untuk entry kali ini, kita sekadar berbicara mengenai Uli Jon Roth dan album pertama beliau bersama Scorpions, FLY TO THE RAINBOW.
Selepas rilisnya album Lonesome Crow, yang mana gitaris utamanya ialah Michael Schenker (adik kepada Rudolph Schenker), Scorpions terpaksa mencari gitaris yang baru untuk menggantikan Michael Schenker. Namun Michael ditarik oleh UFO ketika mereka tour bersama.
Muncullah Uli Jon Roth; yang sangat berinfluensekan Jimi Hendrix di dalam Scorpions. Beliau membawa influense itu kepada tahap yang lebih tinggi, mengeksploitasi bunyian gitar yang lebih keras dan menggunakan sistem tremolo yang kuno pada Fender Stratnya untuk mendapatkan bunyi yang lebih menggerunkan.

- semua muka stim dadah hehehe... perhatikan seluar bootcut dan joget kaki Klaus Meine yang 70s tu hehehe... Oh ye, Rudolph Schenker dah pakai Gibson V sejak dari dulu lagi (Flying V man). Versi video ni ada lain sikit dari album. Tak pasti rekoding ni miming ke atau memang live.
2. They Need A Million (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 4:50 bermula dengan intro akustik klasik yang kemudiannya disahut oleh vokal Klaus Meine. Lagu ni pelik sebab ada rupa macam Spanish punya joget. Gua pun tak pandai nak describe tapi kalau dengar betul-betul dia punya riffs gitar combined dengan groove drum tu, memang Mediterranean punya influense. 7/10
3. Drifting Sun (Ulrich Roth) – 7:40 adalah lagu nukilan gitaris hebat kita ni. Bukan itu sahaja, beliau mengambil alih tugas Klaus Meine sebagai vokalis utama dan meletakkan En. Meine kita sebagai backing je. So part yang perlu tarik tinggi high pitch tu, kedengaran la suara Meine. Influense Jimi Hendrix kedengaran pada lagu ini iaitu vokal berselang dengan fill in guitar solos (sape yang dah biasa dengan Jimi Hendrix pasti faham). Uli Jon Roth memang banting habis tremolo Fender Strat dia dalam lagu ni. Memang ekstrim gila. Dan gua kagum dengan cleanliness solo beliau. Dan keganasan bunyi gitar beliau juga gua kagumi. Ini tahun 1974 beb. Gua pun lahir setahun lepas ini album rilis. Kena dengar untuk percaya!!! 10/10

5. This Is My Song (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 4:14 Solo intro ni Azmaniac gelarkan sebagai bunyi gatal/miang hahaha... gua setuju dengan deskripsi beliau. Lagu ni rilek sikit. Tapi solo Uli Jon Roth tetap meng-uli. Uli Jon Roth memang tak bagi chance punya. Maklumlah, album pertama. Kot tak sempat dengan album kedua, at least dapat show kehebatan dalam album ni. 7/10
- Uli Jon Roth pakai gitar Firebird instead of Fender Strat. Mungkin kerana lagu ni tak perlukan tremolo bashing. Jorgen Rosenthal, drummer hebat tapi malang main satu album je. Stail Jorgen memang progresif zaman tu, banyak stroke tak boleh duduk diam. Muka stim dadah ahli band kesemuanya kekal hehehe...
6. Far Away (Rudolf Schenker, Michael Schenker, Klaus Meine) – 5:39 Lagu ballad yang masih belum betul-betul ballad. Ada resemblance dengan lagu In Trance (dalam album In Trance - kemudiannya). Probably lagu paling weak dalam album ini tapi masih tak boleh diletakkan sebagai worse song semata-mata kerana solo gitar Uli Jon Roth dengan wah yang dasat tu. 6/10

- takde original video. Ini adalah Uli Jon Roth solo tahun 2006 bersama dengan gitar kvlt beliau, Sky Guitar (gitar custom made - 7 strings dipakai even sebelum popular dengan Steve Vai).
6 comments:
oo ni kuno ni..kaset zaman abang2 lobang.
Anyway mm ko dah nengok dvd wacken 2006 tu? aku belum tapi aku ada bootleg audio full rekoding malam tu..
kat dalam dvd tu tak salah aku missing
- dark lady ( with uli jon roth ),
- hes a woman shes a man ( ujr , michael schenker )
- in search of piece of mind ( ujr, ms )
in search of piece of mind..best giler.
ni la aku tak suka official releases ntah hapa hapa ntah.
oh album ni aku tak pernah jumpa la...kuno betol aku nie..hahaha ni era2 awal scorpoins yer..sbb aku tau scorpions pon album face the heat..tu pon abg aku punyer..ayik main lagu under the same sun jer..hampeh tol.. lagu lain abg aku tak putar pon..cis.
oi oi.. takkan tak pernah dengar lagu Fly People Fly kot?
All together...
Fly to the sky...
Fly to the rainbow...
Fly people fly
Fly people fly
(sah lagu time stomek!)
DVD tu memang ada cita-cita nak beli tu deaf...
hehehe flying high again ( ozzy ) pernah dgr la...
serious aku blum tak pernah dgr..ker aku pernah dgr tp tajuk tak tau..hahahaha.. tp mn ko dpt bootleg audio tu deaf..aku minat gak ngan bootleg audio nie..yg aku tau label KTS jer.
ye la bentara lagu tema stomek huhhu
matakucing...bootleg ni aku dapat ada orang share online..so aku ambik dari dia..
Aku bootleg dulu aku active, aku buat trade ngan fans satu dunia ke hapa ke..
ni website aku about 4 - 5 tahun lepas kot?
lepas tu aku dah stop dah ni semua.. Collection aku pun banyak dah hilang kot or rosak..
this used to be my collection and website bootlegs.
http://www.angelfire.com/scary/deafforever/
album yang bagi aku power gak...tapi lagu this is my song tu sepatutnya 10/10..sebab best..tak caya dengar yang bukan life punya...bunyi bass yang tak tahan tu....
Post a Comment