
Siri Remastered & Remixed ini adalah versi studio album dari "Killing Is My Business... And Business Is Good!" hingga "The World Needs a Hero" yang mana Abang Mus (panggilan manja Dave 'Mus'taine menurut salah seorang peminatnya hahaha...) memproduce kembali album-album tersebut. Ini termasuklah remix, remaster dan pada tempat mana yang sesuai, Abang Mus menambah elemen-elemen gitar (dan efek) pada track yang sesuai. Ini menurut pandangannya 'sesuatu yang perlu dilakukan tetapi tidak dapat dilakukan pada waktu album itu dirakamkan'.

Di dalam tracks asal pula didapati beberapa tambahan. Antaranya, intro guitar plucking pada track In My Dar

Disamping dengan 'pembaikan' dan tambahan yang dibuat terhadap lagu-lagu dalam album ini, ia juga memaparkan komen Abang Mus terhadap album ini bersama dengan beberapa snap gambar yang rare. Untuk mereka yang familiar dengan gaya komen Abang Mus yang sinis dan bersahaja sudah tentu akan enjoy. Antara komen beliau ialah mengenai proses mendapatkan gitaris untuk album ini, iaitu seorang yang bernama Jay. Kata beliau "Not long after, Jay was in the studio and when it was this turn to play, he said he needed to call his guitar teacher." Memang kelakar! Apa yang jadi kepada Jay seterusnya? Anda kena baca sendiri.
Trivia album So Far, So Good... So What!
- Album ini adalah album dalam siri ketagihan dadah Abang Mus dan ini sangat nyata dalam rakaman tersebut. 'Snarl' Abang Mus memang menunjukkan beliau begitu high semasa proses rakaman. Dengarkan lagu Hook In Mouth.
- Lagu Set The World Afire adalah lagu pertama yang dibuat oleh Abang Mus sebaik sahaja meninggalkan Metallica. Ia tidak dimasukkan ke dalam album sebelumnya kerana tidak sesuai. Lagu ini juga mendapat inspirasi terus dari lagu The Trooper (Iron Maiden).
- Lagu In My Darkest Hour adalah lagu pertama Abang Mus yang diselesaikan dengan sekali duduk, dari awal hingga akhir! Ia adalah tribute Abang Mus terhadap kawan lamanya, Cliff Burton (Metallica) yang terbunuh dalam kemalangan.
- Lirik untuk cover lagu Sex Pistols, Anarchy In The UK tidak seperti asal. Ini menurut Abang Mus adalah disebabkan beliau salah dengar.
- Lirik Liar adalah merujuk kepada gitaris sebelumnya, Chris Poland (yang kembali menjadi sessionist untuk album The System Has Failed. Lirik ni memang habis kutuk hahaha...!
- Jeff Young, gitaris album ni adalah seorang gitaris melodik hard rock yang terpaksa dimekap kembali oleh Abang Mus untuk sesuai dengan imej Metal Megadeth. Abang Mus mengatakan bahawa peminat Megadeth ketika itu agak kental dengan imej Metal dan anti-"imposter". Kalau anda dapat menonton klip zaman ini bersama Jeff Young, memang gaya Jeff atas stage seperti gitaris glam dan hardrock hahaha... Atau dengan lain perkataan, Jeff ialah poser.
1.`"Into the Lungs of Hell" – (Dave Mustaine) 3:22
2. "Set the World Afire" – (Mustaine) 5:48
3. "Anarchy in the U.K." – (Glen Matlock/Johnny Rotten/Paul Cook/Steve Jones) 3:01
4. "Mary Jane" – (Mustaine/Ellefson) 4:25
5. "502" – (Mustaine) 3:29
6. "In My Darkest Hour" – (Mustaine/Ellefson) 6:26 (sample (help·info))
7. "Liar" – (Mustaine/Ellefson) 3:20
8. "Hook In Mouth" – (Mustaine/Ellefson) 4:49
9. "Into the Lungs of Hell (Paul Lani Mix)" – (Mustaine) 3:31 *
10. "Set the World Afire (Paul Lani Mix)" – (Mustaine) 5:52 *
11. "Mary Jane (Paul Lani Mix)" – (Mustaine/Ellefson) 4:08 *
12. "In My Darkest Hour (Paul Lani Mix)" – (Mustaine/Ellefson) 6:11 *
Megadeth Interview for So Far So Good So What!
Megadeth-Hook In Mouth '88
The Decline part II - Megadeth - In My Darkest Hour
3 comments:
'So Far, So good ... So What' adalah antara kaset metal original yang pertama aku beli pada 1989 (most of my metal tapes back then are pirated copies produced by the obscure and troo label, 'Rockers', yang hanya boleh di beli kat kompleks Yik Fooong, Ipoh!!!! :). Dan ini juga adalah salah satu album yang aku minati dulu. Membaca review ni buat aku nak pi cari balik CD ni. Fuhhh ... nostalgia sungguh. Samada aku masih boleh menerima Megadeth atau pun tidak ... kena tunggu dan lihat :)
Amer Blackgoat
hahaha Amer, kita bersaudara! SFSGSW rulez!!! Masa aku beli kaset tu, kaset original EMI beli kat Friendly Records, juga kat Yik Foong.
No offense kepada peminat Rust In Peace, tapi bagi aku SFSGSW ni la definitive Megadeth yang menunjukkan huru hara outlaw Mustaine nih.
Kalau nak beli balik, cari yang remastered. Pasti puas baca komen Abang Mus dengan belek lirik. Lirik paling best, Liar dan Hook In Mouth.
biler nak review rust in piss
-abg jemz
Post a Comment