Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (419) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Sunday, April 15, 2007

AS SAHAR Teraju Eastern Black Metal

Untuk peminat Black Metal tempatan, nama AS SAHAR seperti satu keperluan dalam koleksi muzik mereka. Tanpa AS SAHAR, anda tidak boleh dikatakan peminat Black Metal (!). Rilisan terakhir mereka "JAAN" mengembalikan mereka ke zaman 'penyantauan' dan mistik melayu setelah beberapa lama 'bereksperimen' dengan pelbagai subjek. Malek @ Hanael telah bermurah hati menjawab beberapa persoalan saya berkisar tentang album tersebut dan perkara lain.

[KRENMAUT] Bagaimana hidup sebagai pemuzik setelah menjadi suami dan bapa? Apa bezanya dengan kehidupan bujang sebagai pemuzik?
[MALEK] Pada aku sama aje pasal wife aku faham apa yang aku mahu. Cuma bezanya kena utamakan keluarga dulu.

[KRENMAUT] Bagaimana dengan sambutan terhadap album terbaru Jaan? Saya sekadar merasakan jualan agak perlahan disebabkan dengan isu Black Metal di Malaysia. Boleh komen?
[MALEK] So far ok tapi memang sale ada slow sikit pasal isu bodoh tu tapi terima kasih juga lah pada media ni semua kerana memberi publicity percuma.

[KRENMAUT] As Sahar walaupun asalnya (dan masih) di Singapura tetapi majoriti jualan album di Malaysia. Apa yang menyebabkan tarikan begitu kuat di sini berbanding dengan Singapura?
[MALEK] Dah memang lumrah pemusik Singapura semua cari makan di Malaysia baik rock atau apa grene pon, memang dari dulu lagi pasal peminat kat sini memang support band asing dari band local.


[KRENMAUT] Ramai berpandangan bahawa As Sahar diterajui oleh One sedangkan anda sendiri merupakan salah seorang pengasasnya. Sejauh mana decision-making anda dalam As Sahar?
[MALEK] Hahahahahahaha aku jaga bahagian edit lagu, sound & mixing dalam as sahar semua anggota ada tugas dia masing masing walau pon berapa kecil sumbangan yang diberikan tu yang membuat as sahar kukuh sampai sekarang.

[KRENMAUT] Ada suatu ketika berlaku sedikit kekecohan pada scene Singapura antara beberapa band di sana. Apakah punca utama dan sejauh mana keadaan ini berlarutan?
[MALEK] Eeeeemmmmm tu aku no comment tapi apa yang pasti sekarang orang orang lama kat sini dah bergabung bersatu untuk kehidupan scene kat sini.

[KRENMAUT] As Sahar pernah mengalami sedikit 'shift' dari landasan biasa iaitu ketika lahirnya album Baku Karama yang dilihat sesetengah pihak sebagai satu rilisan untuk market komersil. Kenapa tidak diteruskan? Sebaliknya As Sahar kembali kepada muzik Black Metal.
[MALEK] Tu release sebagai respect kami kepada rock dimana kami mula mula bermain musik. Walau apa jenis musik /album yang kami rakam/release kami akan tetap berbalik ke black metal pasal ia dah memang ada dalam darah daging kami.

[KRENMAUT] Ramai berpendapat bahawa As Sahar bukanlah band Black Metal seacuan dengan band Black Metal di Barat. Boleh jelaskan?
[MALEK] Kami pon tak diminta untuk menjadi seacuan dengan mereka. Hahahahahahaha.

[KRENMAUT] Gig adalah sesuatu yang agak sukar bagi As Sahar sekarang ini. Adakah ini kerana As Sahar berpendapat masanya belum sesuai untuk main gig?
[MALEK] As Sahar tak akan main gig lagi. Tapi susah nak cakap tenggok aje lah macam mana di masa hadapan.

[KRENMAUT] Kenapa dalam album Jaan drum diberi kredit kepada drummer asal sedangkan ianya adalah drum yang diprogram?
[MALEK] Uriel memberi beat drum yang untuk diprogram jadi adalah patut kredit diberi kepadanye. Beat yang diberinye pon bukanlah beat yang dia tak boleh main. Cuma saja save cost kalau rakam pakai program betol tak.

[KRENMAUT] Selain dari As Sahar, anda juga terlibat dengan beberapa band lain di Singapura. Ini berbeza dengan One yang memberikan sepenuh masa dengan As Sahar. Adakah ini menunjukkan ketidakpuashatian anda dalam muzik yang menyebabkan anda mencari alternatif lain? Boleh ceritakan sedikit tentang projek-projek tersebut?
[MALEK] Aku memang suka penuhkan masa aku dengan band band lain kalau tak ada project dari As Sahar. Macam dengan ISTIDRAJ - aku cuma session kerana mereka takde bassist masa tu dan dengan SADIZTIK IMPALER - aku dijemput untuk main sepenuh masa sebagai salah seorang pengasas utama band tu tapi ada syarat, As Sahar tetap band utama aku.

[KRENMAUT] Akhir kata?
[MALEK] Terima kasih atas interview ni. Jadilah peminat musik bukan perosak scene musik.

No comments: