Saya mengambil sikap acuh tak acuh terhadap kerja Max Cavalera bersama Soulfly. Mungkin disebabkan saya kecewa beliau keluar dari Sepultura. Ataupun saya memang sudah kecewa dengan Sepultura dengan album Roots yang entah apa-apa itu. Soulfly, sekali dengar, macam Sepultura tribal jugalah.
Tetapi bak kata orang, kita jangan sombong sangat. Dengarlah kalau ada peluang. Mana tau ada perubahan. Saya pun tidaklah menolak terus, sekadar acuh tak acuh saja. Jadi, apabila ada peluang dapat CD Soulfly, saya pun dengarlah. Album Prophecy ini menyebabkan saya berfikir semula terhadap keputusan saya kepada Soulfly.
Prophecy agak pelik. Pertamanya kerana ia mengikat pelbagai jenis genre muzik dalam satu album. Walaupun hakikatnya ia masih album Metal keras, tetapi diselit dengan muzik latin, lounge muzik hatta ska sekali!
Apakah yang bermain di sebalik ini. Adakah ini kombinasi muzik yang sesuai untuk menyampaikan mesej ketuhanan oleh Max? Saya tiada jalan lain kecuali bertanya kepada peminat setia Max, iaitu Bo Skullbanger. Komen beliau,
"pada saya ini album Soulfly yang paling seimbang dan titik permulaan kembalinya Max kepada thrash. Yup, kalau ada peminat sejati Soulfly di sini anda tahu bahwa selepas Prophecy, Soulfly semakin kurang world music dan semakin banyak aggressive metal. Album ni antara yang terbaik dalam diskografi Soulfly kerana elemen-elemen non-metal telah berjaya mewarnakan lagu-lagu menjadi lebih menarik contohnya Moses dan Porrada. Lagu fave saya ialah Execution Style ( kalau ikut perspektif thrash) dan Moses ( kalau ikut perspektif minda terbuka ). Memang susah nak fahami Max kalau bukan peminat tegar terutama sekali kesukaan beliau mencampur-adukkan muzik-muzik lain dalam metal tapi pada saya itulah yang membezakan beliau dengan penulis lagu-lagu metal antarabangsa unggul yang lain. It's an acquired taste. Ada yang suka dan ada yang tidak."
Tidaklah menjawab sepenuhnya persoalan saya, tetapi seperti kata Bo, nampak gaya setiap album selepas Prophecy ini perlu diambil perhatian. Saya akan menyusurinya, sudah pasti.
4 comments:
wow...
Max Cavalera ni art jugak eh.lebih kurang macam M.Nasir jugak
hah, teringat pulak aru...
Album terbaru "enslaved" memang terbaik!
Post a Comment