Dari KLIA ke Paris, 8 jam. Kemudian dari Paris ke New York, 12 jam. Kematu punggung. |
Oleh kerana masa suntuk dengan program yang telah diatur, sesi berfoya dibuat secara improvise. Sampai saja di Newark Airport, New York, saya tidak ikut dengan pengangkutan yang telah tersedia ke Lehigh Uni sebaliknya saya dan seorang rakan terus ke New York City. Lagipun, program rasmi hanya berlaku pada keesokan harinya. Ini adalah satu-satunya hari bebas untuk ke NYC.
Misi utama pada hari itu ialah meneroka record stores sekitar NYC. Saya telah berjaya meneroka 5 buah record stores. Itupun dah makan separuh hari dengan penerokaan secara sekali imbas. Kalaulah ada masa yang lebih pasti saya akan lebih fokus.
Akibat dari itu, saya terlupa untuk mengambil gambar yang banyak di record stores tersebut *tepuk dahi*.
Record stores yang sempat diteroka yang kebanyakannya terletak di The Village (sila google):
Academy Records & CDs
Bleecker Street Records
Rebel Rebel Records
Discorama
(Alamak... satu lagi record store dah lupa nama)
The Village yang tenang |
Di kaki jalan pun ada yang menjual vinyl |
Ini antara yang sempat dirakam |
fuh! |
dan fuh! |
3 comments:
heaven bagi penggemar vinyl!
Yang lagu scorpions zoo 42nd street tu ko pergi tengok tak street tu mm?
perghh
Post a Comment