Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, July 25, 2013

Ulasan: PROJEKT AK Prototyp (2002)


Saya pernah mendengar akan nama band ini tetapi tidak pernah mendengar lagu-lagu mereka. Saya ambil acuh tak acuh saja. Sehinggalah beberapa minggu lepas saya membelinya dengan harga RM5 dalam kotak bargain bin di International AVFest di Kuala Lumpur. Bargain bin adalah satu tempat wajib yang perlu diselongkar oleh peminat muzik kerana walaupun bukan selalu, sekali-sekala kita akan terjumpa intan berlian permata. Saya mengenali CAMEL yang hebat untuk dengan harga kaset RM1 sekeping. CDEP ini juga berada di dalam kategori yang sama, permata.

PROJEKT AK adalah sebuah band yang dengan perkataan mereka sendiri, "Blending the imaginative wordplay and rapping of hip-hop music with the stomping and funky rhythms of rock and funk, Projekt A.K.'s music feeds the head as well as the heart, rocking the crowd in the moshpit." Setuju dengan deskripsi ini, perjalanan pulang yang penat dan mengantuk dari AVFest ke rumah yang mengambil masa 2 jam melalui highway terus menjadi cerah dengan groove dan rhythm CD ini.

Prototyp menampilkan 5 buah lagu yang henjut bahu. Bring it Back 2 Back sebagai lagu mula sangat menghenjutkan bahu dan kepala dengan riffs gitar separa berat yang diadun dengan  vinyl-scratches dan vokal hip hop yang penuh dengan kecanduan. Lagu ini sangat-sangat mengingatkan saya kepada lagu rap-metal dari band Anthrax, I'm the Man. Dah oh, slap bassnya memang menampar pipi! 

Diteruskan dengan lagu Prototyp Funk yang lebih atmospheric tanpa meninggalkan vokal hip hop tadi. Acid Drain pula lebih-lebih lagi atmospheric mengingatkan saya kepada lagu Eminem cumanya tanpa carutan-lah. Walk pula menonjolkan elemen funk dengan lebih nyata dengan libasan gitar rhythm full chords. Cover dari EMF bertajuk Unbelieveable dibawa dengan begitu baik sekali hingga menyebabkan seseorang yang jarang-jarang mendengarnya akan menyangka yang lagu ini adalah sebenarnya lagu PROJEKT AK!

Kata orang, ep ini sekarang sukar dicari dan sejak saya meletakkan gambar CD ini di wall facebook, saya mendapat beberapa mesej dari rakan-rakan yang juga sedang mencari CD ini. Jika saya tahu, pasti saya akan membeli lebih kerana saya perasan ada beberapa keping lagi di dalam bargain bin tersebut. Ucapan saya, selamat mencari. CD ini sudah pasti akan menjadi simpanan.




4 comments:

Adi Herman said...

Wow doc! Cd ni dah kira rare sekarang...dulu pun saya mencari jugak cd ni, tapi x berjaya...Project AK boleh dikatakan antara band terawal yang mengetengahkan konsep Rap-Rock ni...

matakucing said...

Ni saing2 chronic mass kn klu x silap.. Aku ingat dorang ni hardcore punk

Yyy said...

Dengar masa form 2 dulu. Kaset pon ade lagi. Kotok wrna pink gitu

Mshahzul said...

Beli kaset project ak dulu..music dia rapcore ala2 limpbizkit