Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, July 26, 2013

Ulasan: BLACK SABBATH 13 (2013)


Semua orang bersorak bertepuk gembira. Selepas album terakhir Never Say Die (1978), iaitu 35 tahun, inilah pertama kali Ozzy Osbourne kembali menyumbangkan suara untuk Black Sabbath. Bukan mudah. Ia satu kerja yang keras. Ego masing-masing seluas lautan Atlantik. Itupun tidak lengkap, kerana Bill Ward menarik diri pada saat-saat akhir dan diganti dengan drummer Rage Against The Machine, Brad Wilk.

Peminat Black Sabbath memang patut gembira. Selain dari kembalinya Ozzy, album ini juga seolah-oah menyambung terus sanad 35 tahun dahulu, sepertimana ia ditinggalkan. Album ini tiada cita-cita untuk merubah apa yang telah dibina. Bahkan tidak cuba mencari walau sekelumit pembaharuan. Taat dengan arahan produser "gilababi", Rick Rubin - yang mahukan mereka membayangkan bahawa mereka membikin album Black Sabbath pertama.

Namun, ini menjadi pedang bermata dua yang salah satunya menyucuk diri sendiri. Mencuba untuk menyerupai suatu legasi yang telah ditinggalkan memberi satu masalah besar. Ia tidak bisa akan dapat menyamai apatah lagi menandingi legasi tersebut. Bahkan ia menyebabkan, pada pendengaran mereka yang tidak fanatik, bahawa ini adalah lebihan (filler) yang cuba dibangkitkan kembali dari tidur yang panjang. Lebih buruk lagi apabila dibelek, ia sebenarnya bukanlah penyambung kepada Never Say Die, tetapi usaha gigih untuk memplagiat album pertamanya, dengarkan saja lagu mula, End of the Beginning.

Selepas lagu kedua, God Is Dead (yang mempunyai chorus yang melekat ke kepala - awas apabila menyebutnya luar dari konteks), mungkin kita akan menghadapi masalah untuk melekatkan melodi-melodi dan korus-korus dalam lagu-lagu seterusnya ke dalam kepala. Dengarkan lagu ketiga, Loner yang tidak berselindung lagi mencuri gaya persembahan N.I.B. Pastinya benak anda berasa sukar untuk menggantikan riff berhantu N.I.B. dengan Loner ini. Ia menyebabkan kekeliruan dan frustation.

Di sebalik kritikan di atas, anda yang sememangnya berharap Ozzy kembali dengan Black Sabbath ketika beliau bersama, tidak perlu gusar. Ianya adalah seperti mana yang anda harapkan. Ozzy dan Tony tidak berusaha walau sedikit pun untuk menjadikan ia sesuatu album Black Sabbath yang lain. Ianya adalah Black Sabbath setulen mungkin hingga ke tahap plagiat diri sendiri.

Mungkin akhir sekali, mungkin kita boleh berharap agar Brad Wilk ditukar kepada drummer yang lebih berkaliber dengan ego yang sekurang-kurangnya sama taraf dengan yang lainnya kerana pada tahap sekarang, ego juga memainkan peranan yang penting untuk menaikkan reputasi. Brad Wilk dilihat tidak lebih dari seekor minion dengan permainan robotik ikut arahan dan takut-takut untuk menumpahkan idea sendiri. Ini bukan lain adalah masalah inferiority dan ego rendah. Apakata untuk album seterusnya, gunakan Lars Ulrich? Ataupun, Mike Portnoy? Dari Mike terbiar buat projek yang bukan-bukan, eloklah dia hantar CV kepada Tony.

Oh ya, Tony Iommi punya gitar solo gila-gila sekarang. Boleh ulang-ulang dengar part solo beliau saja!

7 comments:

PC kOKak™ said...

macam kenal word.. "gilababi" = 'badass' Rick Rubin. haha

Brad Wilk seorang yg berbudi bahasa sama orang2 tua, aku suka.

apa? Lars Ulrich? what the fucking fuck? ego bastard.

mana *rate?

metal brain asylum said...

Lars Ulrich? hmmm.. boleh tahan cadangan tu consider that he covered sabra cadabra with a little bit of National Acrobat in garage inc and imho it was spot on. also during sabbath induction to RnR hall of fame, Ulrich version of iron man and holes in the sky were pretty good.it always about the weight of the stroke when it comes to doom/sludge metal. Wilk lack of feels and weight. Lars Ulrich maybe sucks at playing thrash metal double bass but sludgy/doom metal type, hes ok kot.

Portnoy? lagilah ok.

deaf-angel said...

Aku dah start dengar...
By the time 4th ke 5th song, aku suka dah ni album.

Adi Herman said...

review ni membuatkan aku x senang duduk, kena beli jugak cd ni kang...by the way, disebabkan aku big fan RATM, brad wilk should be ok sebenarnya...tapi berbalik kpd isu ego tadi, mgkn brad wilk sesuai dijadikan sessionist sahaja. Brad is a good guy...

WanBeruas said...

Biar Vinnie Appice je join balik..Itu pun kalo dorang mau...Hahaha,,,

faizal abd fathi said...

kena beli...

Waqheh said...

gua minat sgt dgn lagu paranoid...