Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, July 02, 2013

Ulasan: KANSAS s/t


KANSAS bermula secara susah dan kecil-kecilan melalui persembahan pub dan komuniti tempatan. Tiga buah lagu dalam satu demo yang dihantar merata US akhirnya menarik perhatian Don Kirshner (yang mencipta band lagenda The Monkees) yang menghantar scoutnya untuk melihat sendiri persembahan KANSAS. Penonton yang ramai pada waktu persembahan KANSAS telah menarik perhatian scout tersebut yang langsung mempromosi KANSAS untuk diambil untuk rakaman album. Walhal, dalam persembahan tersebut, KANSAS sebenarnya mengiklan bir percuma kepada semua yang hadir!

Sebenarnya, orang tempatan yang menonton show KANSAS sendiri tidak faham band jenis apakah mereka ini. Adakah KANSAS band hardrock atau progresif rock; bahkan dengan instrumen biola menjadi nadi utama? Yang sebenarnya, mereka sedang mendengar band yang mempunyai suara vokal yang tinggi, gitar yang keras dan apabila menyolo boleh tahan shrednya, biola dan keyboard yang selalu juga mempertontonkan kredibiliti shred mereka - semua ini kadang-kadang dimainkan dengan laju sekali. Juga kedengaran pengaruh boogie rock yang ketara.

Can I Tell You, Belexes dan lagu cover JJ Cole, Bringing It Back menengahkan kelajuan maksimum instrumen yang dimainkan yang berselirat dengan note-note setiap instrumen secara bersimpang siur. Suara dua vokalisnya; Steinhardt dan Walsh juga sedap dan tidak menyakitkan telinga - kadang-kadang berduet dalam satu lagu; mempunyai melodi yang kena dengan muziknya. Sementara Journey from Mariabronn, Apercu dan Death of Mother Nature Suite lebih membayangkan kelibat progresif rock yang bakal menjadi hidangan utama untuk album-album yang seterusnya.

Walaupun album ini sekadar masuk ke dalam carta  Billboard pada tangga 174, tapi penjualannya mencecah 100,000 unit (500,000 sehingga tahun 1995). Selain itu, dan lebih penting dari itu, susah payah mereka selama tiga tahun untuk merakamkan album tiba-tiba telah berubah dengan lahirnya album ini. Mereka mula mengorak langkah bermain di venue yang besar dan menjadi band pembuka kepada band yang lebih besar ketika itu seperti The Kinks dan Mott The Hoople. Dan tidak lama selepas itu, mereka pula menjadi band utama dalam venue yang besar juga.

Saya dilahirkan pada era 70an! The best music decade!

8 comments:

Adi Herman said...

macam mana dengan 80's rock pula doc? Hehe panjang ulasan tu nanti...

berteromber said...

saya juga dilahirkan pada era 70an...tetapi stuck in the 80s...

Rafi said...

Sama dengan..

faizal abd fathi said...

steady... 70's rules!

Kaboi Tanduk said...

zaman yang penuh warna warni, kuasa bunga..

WanBeruas said...

Paling suka dorang punya Dust In The Wind.

PC kOKak™ said...

70's fxxking rules!

metal brain asylum said...

flower power