Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, May 02, 2013

Pandangan saya terhadap Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Dari segi luaran, aura DS Najib tak le begitu kuat. Terutama apabila public speaking. Aura dia bila public speaking kadang-kadang tak lalu saya nak tengok. Ikut kata seorang kawan, like a retard. Dia tak selancar Tun Mahathir yang mempunyai aura yang berbeza. Kalau letak dia lecture kat Putrajaya dan Tun Mahathir kat Shah Alam pada malam dan masa yang sama, saya rasa ramai lagi yang akan pergi tengok Tun Mahathir.

Tapi cara kerja dia dan vision dia alhamdulillah. Dengan GTP - Government Transformation Programme dan ETP Economic Transformation Programme nya (sila baca, kalau nak baca tapi nak terbiar ignorant, lantak komer). Lain macam punya best. Kita jadi semangat apabila kita nampak aspirasi beliau untuk mensejahterakan negara. Banyak tindakan beliau yang kurang popular dengan penyokong dia pun, dia tetap buat. Even tindakan yang seolah-olah nampak dia menjilat kembali ludah yang orang lain dalam BN dulu. Ini dilihat sebagai satu kelemahan oleh sebahagian orang hatta dalam kelompok dia sendiri. Tapi pada saya ini adalah kekuatan untuk mengubah, apabila masanya sudah tiba untuk berubah.

Dalam pendidikan IPT dan usaha beliau untuk memartabatkan IPT di mata dunia. Beliau banyak membantu dan menggalak. Student undergraduate diperkenalkan dengan sistem Outcome-Based Education (OBE). Saya balik2 dari PhD pada tahun 2010 kena belajar sistem baru ini yang secara amnya menambah masa para akademik untuk beri perhatian khusus dengan matlamat untuk menambah baik sistem pendidikan IPT. Sampai sekarang masih ada segelintir para akademik yang merungut. Dalam bidang research, jutaan RM ditabur kepada IPT yang top dalam negara untuk memperhebatkan lagi innovasi. Dimana pada 5-10 tahun lalu, penulisan akademik tidak dititikberatkan, sekarang penulisan akademik adalah WAJIB - publish or perish istilahnya.

Sekarang setiap IPT semua berlumba-lumba untuk jadi the best. Para akademik tak cukup tangan dan masa nak kejar semua KPI yang telah diletakkan. Serius!

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang dan mudah untuk dieksploit dari luar (lihat kejatuhan gergasi ekonomi Euro), beliau terpaksa buat kaedah supaya rakyat tidak terlampau terasa efeknya. Yang tak berupaya dibantu lebih, yang boleh maintain tu dikurangkan sikit allocation dan pada masa yang sama terpaksa pikior untuk maintain all the foreign investments, developing new opportunities, maintaining the current successful bisnes. Tambah pulak BR1M, klinik satu Malaysia, kedai satu malaysia, supports for SME etc... kalau bagi ni kat orang Korea, aku tak tau le apa akan jadi dengan kemajuan negara in 5 years time, kalah Singapore kot? Tapi beliau dan saya faham - majoriti kita ni walau diberi 1st class facilities, 3rd class mentalities tu susah nak buang, sebabnya tak tau le, dah sebati kot?

Dan paling leceh nak menjawab bisnes entities yang asalnya gov support tapi disebabkan CEO, Direktor (all the top top people in the company) tak mampu nak bersaing or bad business decisions menjadikan bisnes rugi atau jatuh bangkrap. So what to do? Campak depa masuk lokap?

Bini dia kena dok maki hamun jangan kira.

Syiar Islam, alhamdulillah, elaun-elaun pekerja agama dinaikkan. Institusi keagamaan diperbaiki. Ahli agama diberi pengiktirafan istimewa dan mereka diberi pentas-pentas untuk beri kuliah WALAUPUN kuliah-kuliah yang diberi terkena pada lubang hidung dia sendiri. Tetapi takde pulak dia buang ustaz-ustaz yang komen tu. Still maintain.

Spesifically kepada metalheads, korang tau tak fatwa haram black metal tu adalah antara fatwa yang diwartakan tapi tak dikuatkuasakan? Korang tau tak, ikut kata akademik yang buat kajian tentang ini, TIDAK ADA SORANG PUN, pemuzik black metal yang kena tahan masuk jail pasal langgar fatwa. Sebabnya, pengkaji-pengkaji akademik telah buat kajian sampai tahap PhD tentang hal ini dan hasil mendapati bahawa maklumat yang didapati ketika fatwa dibuat adalah tidak mencukupi dan adalah TIDAK ADIL jika tindakan diambil tanpa fakta dan bukti yang kukuh. Sampai sekarang kajian masih dibuat. Infact dapat geran pun dari gomen untuk teruskan study. Dah berapa tahun tu bro? Kurang-kurang dah 12 tahun kajian tu dibuat since the first wave melanda negara kita.

Itu tak kira lagi tentang pelbagai ALLEGATIONS (extra emphasis here) yang bertubi-tubi dok datang, kiri kanan, depan belakang yang SELALUNYA (extra emphasis here) takde case pun. Beliau terpaksa pikir, nak jawab pun, sesetengah orang tu apa jenis jawapan pun dia tak kira sebab hati sudah kena cengkam - ATAU - leave it to the people to think for themselves and make doa DAN (extra emphasis here) meneruskan agenda transformasi beliau. Banyak pun dah allegations yang dijawab (debunk) kat internet tu, kalau rajin cari dan baca le lepas tu buat penilaian sendiri. Remember VISION 2020 is just around the corner. Dia ada berapa tahun je nak capai matlamat ni. He has to prioritize, for himself or for his nation. Obviously, he selected the nation.

Of course, kalau allegations tu salah sape yang untung? Dah tentu le dia yang untung. Tapi kat akhirat le. Yang rugi, yang buat allegations tapi ye le, itu RASA saya le sebab kat akhirat nanti bukan demokrasi. Allah swt jua yang Maha Adildan Menghakimi.

Oooppss panjang pulak. Saya bukan le pemuja dia ni. Lecture dia tetap saya tak nak tengok sebab seriously, he is not a good speaker. Ajak debat? Jangan harap. Mesti tergaru-garu punya.

Tapi BASE ON HIS WORKS AND PLANS AND TRANSFORMATION PROGRAMS (extra emphasis here), tabik hormat kepada beliau. Saya harap pengganti beliau akan dapat menampung kekurangan yang ada pada beliau dan meneruskan program-program beliau dengan fine-tuning untuk mencapai wawasan 2020. Pengganti syaratnya kena terer public speaking dan debat le, kot.

Finally brothers/sisters of metal sekalian, saya menyeru anda untuk buat kajian dengan minda terbuka. SUNGGUH-SUNGGUH before you vote. Seperti yang anda tau, tahun 1999 saya adalah hardcore reformasi dan sekarang saya menyokong BN dibawah kepimpinan DS Najib. Kenapa? Antaranya seperti yang saya tulis kat atas tu le.

Apa yang kurang itu adalah kelemahan saya dan apa yang baik itu hanya dari Allah s.w.t.

6 comments:

Adi Herman said...

Najib pernah jadi menteri pendidikan dulu, sbb tu da ambik berat pasal pendidikan especially IPTA atau IPTS di Malaysia ni, pasal public speaking, memang beliau xda bakat dan kdg2 kurang menyakinkan...but action speaks better than words right? Btw, aku bukan mat metal, aku poser hahaha

faizal abd fathi said...

pergh... adi poser... unlike!

Adi Herman said...

Erk haha aku tak true! Haha

Blitzenius said...

tapi aku ingat lagi masa dia jadi menteri pendidikan, rambut budak sekolah semua kena style jarhead sebab sebelum tu dia menteri pertahanan (1990-1995) jadi dia terbawak gaya askar tu masuk sekolah. of course aku yg tengah layan metal time tu amat menentang gagasan baru kementerian pendidikan masa tu. aku nak merasa simpan rambut. hahahaha

WanBeruas said...

Public speaking Tun Mahathir dengan Sukarno memang antara yang terbaik dan diakui dunia!

PC kOKak said...

bagus post ni...

i like.