Tulisan ini ditujukan kepada metalheads yang meletakkan hukum Islam melebihi faktor lain dalam undi mereka.
Bro, kita sama-sama pergi tengok gig. Time maghrib, organizer stop
kejap untuk bagi kita masa untuk tunaikan solat. Time Asar walaupun
organizer tak stop, kita pergi juga tunaikan solat. Walaupun jauh surau
tu, dan walaupun kadang-kadang terpaksa tinggal band yang kita nak
tengok, kita pergi juga. Kadang-kadang
kita bersaing pergi sekali, kadang aku terserempak dengan ko baru balik
dari surau dan aku baru nak ke surau. Apapun, kita berdua telah tunaikan
kewajipan kita. Kita mempunyai pemahaman yang sama, iaitu gig le camana
pun, datang le band setan macam mana pun, solat tetap solat. Prinsip ni
kita pegang sampai mati, insyaAllah.
Pada masa yang sama kita
juga tengok kawan-kawan kita, yang tak tunaikan solat tu. Dalam hati,
hanya Allah swt le tau. Walaupun kita tak sedap hati dan meronta-ronta
nak ajak depa sekali, tapi tak terkeluar dari mulut kita ajakan itu.
Tapi kita tau, perbuatan kawan-kawan kita tu tak betul. Kompem tak
betul. Bukan depa tak tau yang solat itu WAJIB. Soalan pertama yang akan
ditanya ialah solat. Solat out, semua amal out! Tapi walaupun besar ya
amat punya kewajipan solat tu, kita masih tak mampu nak keluar dari
mulut ajak. Yang mampu kita ajak ialah kawan-kawan yang kita dah kenal
tak tinggal solat. Itu pun kadang-kadang bisik-bisik atau pakai isyarat
je. Kenapa bro… kenapa?
Sebabnya, mungkin le, aku boleh cakap
untuk diri aku je, kita nak jaga hati kawan-kawan kita tu. Tak mau muka
mereka berubah, tak mau mereka jadi tak selesa bergaul dengan kita.
Macam-macam prasangka kita. Kawan-kawan kita tu, bukan orang lain.
Setengahnya separuh hidup kita dah bergaul dengan depa. Tidur pun
kadang-kadang sebantal. Jamming sekali berpuluh tahun pun ada. Tapi yang
pasti, walaupun depa ni melakukan kesalahan yang amat besar dalam
agama, kita sayang depa. Mana tak sayang bro… sape lagi kawan baik. Depa
le! Bergelak ketawa tepuk tampar semua dengan depa ni le… Memang le
kita ada kawan kat surau tu yang tak metal, tapi takat kat surau je le
mungkin.
Dakwah kita pada solat terhadap kawan-kawan kita
sebenarnya kita tak buat. Honestly, kan? Sebab kita rasa kita takde
kemampuan. Segan, malu takut cas bagus dan macam-macam lagi le. Kita
selalu guna hadith paling lemah iman ialah benci dalam hati kalau tak
boleh ubah dengan tangan tu. Lepas tu kita rasa, setel. Tanggungjawab
selesai.
Bro, dalam politik ko sokong PAS. Concern ko yang
utama ialah kenapa hudud tak terlaksana. Ko selalu bertanya kenapa le
orang Islam ni tak nakkan hudud? Obviously, ko tujukan pada orang UMNO
le sebab orang yang sokong PAS, otomatik sokong hudud. Ko seolah-olah
pening dan tak boleh faham, apsal le susah sangat orang Islam nak terima
hudud? Hudud is very obvious, dalam al-Quran jelas tulis. Wajib. Tapi
ko pun tau, kewajiban ini bukan individu yang nak melaksanakannya. Ianya
kewajipan pemerintah. BErlainan dengan solat, ianya kewajipan individu.
Ada surau ke takde surau ke, sihat ke sakit ke, berdiri ke terlentang
ke, solat wajib pada individu.
Aku ni pulak kejap PAS kejap
UMNO. Pada aku, dua-dua Islam. UMNO ada jasanya dalam Islam dan banyak
perkara mereka juga memperjuangkan Islam. PAS pun sama juga, ada jasanya
dalam Islam dan banyak perkara mereka juga memperjuangkan Islam. Titik
berbalah utamanya, ialah hudud. Adakah aku tolak hudud? Gila apa. Tapi
kenapa aku tak sokong PAS? Bukankah pemimpin UMNO tolak hudud?
Bro, dalam UMNO sekarang ulama-ulama mudanya semua dengan vokal
menyatakan kemahuan mereka terhadap hudud. Bukan macam dulu, sunyi sepi.
Sekarang beza bro. Tengok kat youtube. Siap boleh bagi fiqhnya sekali.
Sebab tu dulu aku sokong PAS sekarang aku sokong UMNO.
Tapi
kenapa walau macam tu pun tak boleh nak laksanakan hudud dalam kerajaan,
ko bertanya? Ini menunjukkan UMNO tak ikhlas, munafik, cakap tak serupa
bikin dan pelbagai andaian lain.
Bro, dakwah itu perjalanannya
panjang dan berliku-liku. Kita tengoklah dalam famili kita sendiri...
kadang2 mak bapak kita, adik beradik kita pun tak berapa betul agamanya.
Apa yang kita perlu buat. Maki hamun mak bapak kita? Of course not.
Dapat dosa besor lagi ada le. Walaupun bertahun2 hatta sampai mati depa
pun dia tak terima dakwah kita, adakah kita yang layak menghukum. Depa
bukan macam firaun. Depa mak bapak kita. Melahirkan kita. Dan depa
ISLAM! Orang luar tengok kita, depa akan tuduh kita tak buat kerja
dakwah... walhal mata menangis air mata darah, sape yang tau. Perlu kita
tunjuk tangisan kita tu kat orang supaya orang iktiraf dakwah kita?
Begitulah ulama2 kita, tak kira le belah mana bro. Perbalahan antara
mereka, kita pun tak berani nak masuk campur. Bior le depa dengan ilmu
masing-masing.
InsyaAllah hudud akan tertegak kat bumi Allah
swt ini. Macam-macam pemimpin dan ulama kita buat. Sikit-sikit lama-lama
jadi bukit. Sebabnya, negara kita bukan macam Brunei dan Arab Saudi
tu. Raja kata apa, maka terlaksana. Kat Malaysia ni macam-macam hal
lagi. Nak dakwah orang non Muslim dulu hatta orang Islam juga macam kes
kawan-kawan kita yang tak solat tu.Lepas tu nak tukar perlembagaan pulak
dan kita pun tau berapa banyak orang yang akan tolak pasal tak faham
especially di kalangan orang non-Muslim.
Macam-macam strategi
dibuat. Dulu PAS ada bergabung dengan UMNO lepas tu keluar sebab UMNO
jahat. Sekarang PAS gabung dengan DAP, UMNO pulak ajak PAS bergabung.
Pada aku bro, no problem. Bergabung le dengan mana pun. Itu semua
strategi untuk mendapatkan kuasa. Tak berdosa. Itu semua harus.
Pada aku, aku yakin jika BN menang, ulama dalam UMNO akan teruskan
dakwah mereka.Dan slowly slowly, hudud akan terlaksana. Seperti aku
kata, hudud wajib tapi dakwah ada liku-likunya yang tersendiri. Sebab
itu dakwah itu rewardnya bukan berdasar kepada keputusan tetapi pada
usaha. Nabi Nuh dakwah 950 tahun, berapa kerat yang ikut? Ada Nabi
dakwah, seorang pun tak ikut.
Aku tak yakin PAS dengan DAP
sebab aku rasa DAP lebih kuat dari PAS dari segi keupayaan mereka. Dan
hudud juga tidak akan terlaksana juga. Mungkin. Ko pasti ke dengan
menang DAP ni pasti hudud akan terlaksana? Mungkin juga tapi yakin aku
tak macam ko.
It is a matter of perspective. Strategy. Aku kata setting sekarang better, ko kata setting PAS sekarang better.
Oleh sebab itu bro, jangan le ko tengok aku ni kurang Islamnya.
InsyaAllah kalau aku rasa next PRU strategi PAS lebih betul dari UMNO
untuk laksana FULL 100% Islamik, aku akan sokong PAS pulak. Aku tak
letak parti ni macam agama. Masa aku sokong PAS tahun 1999 tu, aku pun
takde la kata kawan-kawan aku yang sokong UMNO ni kurang Islamnya. Dan
aku akan maintain this way, insyaAllah.
Yang terlebih penting
solat aku jaga. Macam kita pergi gig itu hari ingat tak… penat jalan tu.
Tapi penat-penat pun hati puas, tanggungjawab paling besar dalam
kehidupan seorang Islam kita tunaikan, rain or shine. Meh aku nak peluk
ko bro!
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Friday, May 03, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
hurmm...
terbaik bro..
part hudud tu aku terima, nak buat benda mcm ni dalam sistem yg serba kapitalis ni kena berperingkat...insyaAllah suatu hari nanti sistem negara kita akan menerapkan hal2 sebegini dalam sistem pemerintahan kita.
aku mat metal jugak tapi aku tak ngundi, boleh ke bg komen? heheh
secara amnya aku setuju dgn post ini, terutama hal solat dan terus dakwah.
hudud melalui sistem demokrasi aku fikir mustahil. PAS sudah "berkuasa" di Kelantan, kenapa tak buat hudud di Kelantan saja dulu? kekangan perlembagaan? kekangan demokrasi?
sampai bila mau UMNO, PAS, UMNO, PAS, UMNO, PAS?
"Oh dunia ini, Penuh kepalsuan" lagu Aishah..
adakah kita percaya sudah keluar Yakjuj dan Makjuj "manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi." ini semua sistem dia le...
jeff hanneman, guitar player, born 31 jan 1964, died 2 may 2013
doc, minta bagi alamat untuk dihantar kaset kompilasi nya... faithcraftproductions@yahoo.com
blom baca abis lagi...cuma nak komen tang pas keluar umno tu bukan sebab umno jahat, tapi ditendang keluar.
ameno jahat? muehahaha..
antara sebab PAS keluar dari BN disebabkan perpecahan dalam PAS. Perpecahan dalam PAS bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden PAS ketika itu). Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno.
- Che Det
http://chedet.cc/?p=914
Post a Comment