Sekurang-kurang kita tak berhujah tentang sesuatu yang kita tidak faham.
Ini sebagai nota saya sendiri. Artikel cut & paste dari http://oskortos.blogspot.com/2013/05/gst.html
Dengar saja
tentang GST perkara pertama yang akan terlintas di kepala kita sudah
pastilah tentang kenaikan harga barang disebabkan cukai yang dikenakan
kerajaan. Memandangkan pada PRU13, BN kekal dipilih sebagai kerajaan
pelaksanaan GST mungkin akan terjadi dalam tempoh masa setahun atau dua
tahun daripada sekarang. Walaubagaimanapun sebagai rakyat yang matang
kita haruslah memahami sesuatu isu tersebut sebelum kita membangkang apa
sahaja dasar yang dibawa kerajaan.
Setelah
menerima maklumbalas daripada laman media sosial Twitter dan FB saya
simpulkan ramai yang sebenarnya tidak faham tentang apa itu sebenarnya
GST, bagaimana GST dilaksanakan dan juga kesan GST terhadap harga barang
dan perkhidmatan. Saya tidak menyalahkan kawan-kawan semua kerana
kerajaan juga tersilap langkah apabila penerangan tentang GST tidak
dibuat secara menyeluruh malah peluang menerangkan GST melalui media
perdana seperti suratkhabar, tv & radio disia-siakan kerajaan
apabila ia hanya digunakan untuk menghentam pembangkang, menabur fitnah
dan terbaru membangkitkan semangat perkauman. Sebelum
membaca artikel ini saya minta kawan-kawan tinggalkan politik partisan,
buka mata dan hati supaya kita faham apa itu sebenarnya GST.
CUKAI DI MALAYSIA
Terdapat dua jenis cukai utama yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang pertama cukai pendapatan (income tax) dan yang kedua cukai penggunaan (consumption tax).
Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan keatas segala pendapatan
termasuk gaji, bonus, hadiah, komisen, dividen dan sebagainya. Manakala
cukai penggunaan dikenakan keatas barangan yang dibeli atau perkhidmatan
yang kita gunakan. GST terletak dibawah kategori cukai penggunaan
(consumption tax).
APA ITU GST DAN SST?
GST adalah 'Goods and Services Tax' atau cukai barangan dan perkhidmatan. Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu 'Sales tax and Service tax'
atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke
atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket wayang, tiket parking,
barangan di supermarket, KFC, McD, Pizza pada kadar 6% untuk cukai
perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax).
Anda boleh merujuk bil atau resit setiap kali anda membuat bayaran bil
telefon, ASTRO, selepas membeli belah di Tesco, Jusco, Giant dan
sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar.
GST yang
dicadangkan kerajaan Malaysia pada tahun 2009 adalah pada kadar 4%
menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%. Jadi apa
bezanya GST dan SST? Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan
dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport
mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada
setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya
dari pengilang (manufacturer), pemborong (wholesaler), peruncit/kedai
(retailer) hinggalah kepada pengguna (end-customer). Cukai GST ini akan
dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai
daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi. Walaubagaimanapun 4%
itu adalah kadar tetap dan tiada cukai berganda (multiple taxes). SST
pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan
daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda. Pelaksanaan
SST juga tidak menyeluruh menjadikan ia tidak saksama.
PELAKSANAAN GST
Idea
melaksanakan GST ini mula dibincangkan pada tahun 2007 dan pada mulanya
dijadualkan untuk dilaksana pada tahun 2009 kemudiannya ditangguh atas
sebab pilihanraya dan juga atas sebab kurangnya pemahaman tentang GST
dikalangan rakyat Malaysia. Kemudiannya rang undang-undang GST dibaca
diparlimen buat kali pertama pada tahun 2009 dan dijadualkan dibaca
untuk kali kedua pada 2010 namun ia ditangguhkan juga atas sebab-sebab
yang sama. Anda boleh merujuk keratan berita dari Berita Harian tentang
jadual bacaan rang undang-undang GST di sini: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2013011405244620130114052446/Article/index_html.
GST yang
dicadangkan kerajaan adalah pada kadar rata 4% untuk SETIAP barangan dan
perkhidmatan WALAUBAGAIMANAPUN kerajaan akan mengecualikan GST ke atas
barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam
seperti tiket bas, komuter, LRT dan juga barangan seperti ubat-ubatan
dan sebagainya. Dengan pengecualian ini kesan kenaikan harga ke atas
barangan dan perkhidmatan asas adalah minima (atau tiada). Perkara ini
ada dinyatakan di laman web Kastam DiRaja Malaysia tentang GST:
KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
GST perlu
dilaksanakan untuk meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu
dan perniagaan di Malaysia lalu menambah pendapatan kerajaan secara
tidak langsung. GST juga akan menutup kelemahan pengurusan cukai SST
seperti cukai berganda, lari daripada cukai (tax evasion) dan
sebagainya. Untuk pengetahuan kawan-kawan daripada keseluruhan tenaga
buruh (workforce) di Malaysia peratusan yang membayar cukai pendapatan
(income tax) adalah kurang daripada 10% sahaja bermakna mereka yang
membayar cukai pendapatan adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka
yang menerima manfaat daripada kerajaan seperti BR1M, BB1M dan segala
bentuk jenis subsidi yang lain. GST akan menjadikan setiap lapisan
masyarakat sama ada miskin, sederhana atau kaya membayar cukai untuk
menyumbang kepada pendapatan kerajaan.
GST TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN?
GST nampak
tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka
terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang
berpendapatan tinggi. Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST
perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau
rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah. Program sekarang seperti
BR1M boleh dijadikan contoh tetapi pelaksanaannya perlulah teliti dan
lebih sistematik agar bayaran tunai untuk menangani kos GST tidak tiris
dan terdedah kepada penyelewengan (contohnya: orang yang tidak layak
juga terima BR1M).
Konsep cukai
penggunaan (consumption tax) seperti GST adalah semakin banyak anda
membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang
dibayar. Bermakna anda boleh mengawal perbelanjaan anda secara berhemah
dan berjimat. Mereka yang berpendapatan tinggi akan membayar cukai lebih
tinggi apabila mereka berbelanja lebih berbanding mereka yang
berpendapatan rendah hanya akan berbelanja mengikut kemampuan mereka.
Program bantuan tunai daripada kerajaan akan mengurang kesan GST kepada
mereka yang berpendapatan rendah.
KESAN GST
GST jika dilaksanakan seperti di negara lain contohnya Singapura,
apabila GST dilaksanakan kadar cukai pendapatan (income tax) akan
dikurangkan secara berperingkat. Ini akan memberi kesan positif kepada
pembayar cukai pendapatan di mana mereka akan ada lebih pendapatan boleh
guna (disposable income) untuk dibelanja atau disimpan.
Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia masih belum bercadang untuk
mengurangkan kadar cukai pendapatan, mungkin ia akan dimaklumkan
kemudian hari. GST
juga secara tidak langsung akan menggalakkan rakyat menyimpan untuk
pelaburan dan berbelanja secara berhemah dan jika perlu sahaja.
Mengenai
kerisauan dikalangan kita bahawa GST akan meningkatkan harga barangan,
memang ia tak dapat dinafikan yang ada sesetengah barangan akan naik
harga TETAPI ada juga barangan yang akan turun harga setelah kadar GST
4% ini dilaksanakan kerana sebelum ini SST 6-10% dikenakan maka ada
penguranagan kadar cukai disitu. Harga KFC, tiket wayang, bil telco akan
berkurang sedikit manakala barangan yang tidak dikenakan cukai SST
sebelum ini seperti barangan elektrik, komputer dan sebagainya akan
meningkat sedikit. Kita perlu perbetulkan pemahaman dan salahfaham
mengenai konsep GST sebelum menganggap ia semata-mata akan menaikkan
harga barang.
Kerajaan juga
akan membentuk jawatan kuasa yang memantau serta mengawal kadar kenaikan
harga barang agar kenaikan harga barang tidak mendadak dan peniaga
tidak akan mengutip untung berlebihan:
SALAHFAHAM KEBELAKANGAN INI
Kebelakangan ini tersebar tentang 'GST' telah dilaksanakan melalui penyebaran gambar ini:
GST yang dimaksudkan diatas adalah 'government service tax'
pada kadar 6% dan bukannya Goods and Services Tax pada kadar 4% yang
dicadangkan. Sepatutnya Tesco Extra menulisnya sebagai SST atau Service
Tax dan bukannya GST untuk mengelakkan kekeliruan seperti diatas.
PENDAPAT PERIBADI
Di atas saya
telah menerangkan konsep, pelaksanaan dan kesan GST kepada kita semua.
Jika anda bertanya kepada saya secara peribadi, saya menyokong
pelaksanaan GST ini dengan syarat kerajaan meningkatkan kecekapan
pengurusan jabatan-jabatan yang terlibat, pemantauan teliti untuk
mengelakkan pengguna ditekan atau ditipu peniaga dan penerangan yang
lebih jelas kepada rakyat keseluruhannya. Kerajaan juga perlu
memperkenalkan pakej atau program yang lebih mampan untuk menangani
kesan GST kepada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar.
Pelaksanaan GST tidak boleh dilaksanakan dengan terburu-buru dan perlu
diadakan tempoh percubaan (trial period) sepertimana ia dijalankan di
negara lain. Disamping itu kerajaan juga sepatutnya menurunkan cukai
pendapatan dan juga meningkatkan pendapatan seisi rumah untuk menangani
kesan langsung daripada GST.
KESIMPULAN
Saya seorang
individu yang pro-Pakatan Rakyat sebenarnya berkongsi kerisauan dengan
kawan-kawan tentang cara kerajaan membelanjakan wang cukai yang dikutip.
Lihat sahaja berbillion ringgit bocor, tiris dan dibazirkan setiap
tahun seperti mana yang digambarkan didalam laporan ketua audit negara.
Ini sahaja kerisauan kita bukan? GST adalah dasar yang baik tetapi
bolehkah kerajaan dibawah BN membelanjakan wang kita dengan baik dan
adakah rakyat akan mendapat faedah ke atas cukai yang dibayar nanti?
Didalam tempoh 5
tahun ini suka atau tidak GST tetap akan dilaksanakan. Bezanya kita
sebagai rakyat perlulah memahami konsep GST itu sebelum kita membangkang
membuta tuli tanpa fakta dan asas. Nak jadi pembangkang jadi
pembangkang yang bijak, mahu jadi macai jadi macai yang cerdik. Harga
barang naik atau mahal bukan disebabkan cukai, ia disebabkan monopoli
dimana bekalan atau supply barangan dipegang oleh orang-orang tertentu
sahaja. Ini yang patut kita tentang dan bangkang. Beras dan gula
semuanya dipegang orang yang sama.
p/s;
1. Dah habis baca artikel saya sebarkan pada kawan-kawan di Facebook, di pejabat, kepada keluarga dirumah.
2. Jangan merungut sangat, siapa suruh undi BN? :P
3. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen atau di Twitter saya.
4. Bacaan lanjut tentang GST oleh Kastam: http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx
4. Bacaan lanjut tentang GST oleh Kastam: http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx
7 comments:
nasib baik x cerita pasal income tax hehe...
Menarik cernaan tuan ini, memudahkan rakyat marhaen macam saya ni memahami apa itu GST.
Dan saya nk minta tuan buat ulasan sikit berkenaan perbedaan antara sistem percukaian STT & GST seperti yg ditulis dlm artikel ini:
http://www.pwc.com/my/en/issues/gst.jhtml
TERUKLAH MACAM NI
sAYA DAH LA BAYAR CUKAI PENDAPATAN 4000 SETAHUN. KIRA KALAU KERJA SETAHUN, SATU BULAN PENDAPATAN SAYA TELAH NAFKAHKAN KEPADA KERAJAAN.
PENAT SANGAT. LEPAS TOLAK BELANJA MAKAN MINUM, BAYAR SEWA RUMAH, NURSERY, TOL, MINYAK, TOUCH N GO. HAMPIR DEFISIT DIBUATNYA
SEKARANG MAHU CEKIK KAMI DENGAN GST LAGI
KAMI PERGI TESCO GIANT BELI BRG KEPERLUAN MAKANAN BASAH DAN KERING. MANA SEMPAT PERGI PASAR BASAH WAKTU PAGI- KAN KERJA. BELI KEPERLUAN RUMAH. ITU PUN BUAT CHECK LIST.
KALAU PENGURUSAN GOVERNANCE BAGUS TAK PE, NI MASUK POKET MENTERI BUAT BISNES.
ila,
kalaulah anda baca betul2 artikel tu.
Kesannya adalah lebih kepada yang middle income...yang tak dapat BR1M tapi kena income tax...kira macam 2 kali kena cukai...
Peratusan yang kena bayar cukai di Malaysia rendah adalah jelas menunjukan yang pendapatan/gaji rakyat Malaysia adalah sangat rendah....pendapatan perkapita kita masih rendah...camner nak jadi nagara maju...
Aku sokong GST jika minima pendapatan yang kena income tax dinaikkan...atau kadar income tax di turunkan...ini kena buat dulu...baru laksana GST...
Aku juga nak tau apakah hidden tax (contohnya duti import) untuk barang2 import akan di hapuskan atau dikurangkan bila laksana GST...kalau di hapuskan...boleh lah kot dapat harga kereta murah... :P
Apa jaminan kerajaan barang tak naik...pakaian...barang eletronik...konpem naik punya...camner ngan makanan...makan kat kedai mamak?..kena GST jugak ker?..kat Spore makan kat mana2 pun kena GST...makan murtabak Zam Zam kat Arab Street pun kena GST...beli mineral water kena GST...iyer la Spore takder warung tepi jalan...
lagi untuk mat metal...camner cd, lp import...pembelian kat e-bay...ada GST jugak ker?...baju bundle?...
Sebenarnya banyak perkara yang masih blur...penerangan harus di berikan secara detail...dia ada kebaikan dan ada juga keburukan....bukan semua orang hari2 makan KFC kan...
btw...bagus artikel cenggini...Thumbs Up!
"Peratusan yang kena bayar cukai di Malaysia rendah adalah jelas menunjukan yang pendapatan/gaji rakyat Malaysia adalah sangat rendah....pendapatan perkapita kita masih rendah...camner nak jadi nagara maju..."
ini perception kot? Ada orang yang aku kenal, MEMANG tak bayar tax walaupun layak bayar. Nak kena tunggu saman je.
Yang lain2 tu, gomen le kena ambil langkah. Memang kita tak expect semua orang akan setuju in the very details, tapi yang lebih penting the overall picture - how it will affect us as a nation. Otherwise, we will nitpick EVERYTHING, apalagi kalau berlainan ideologi politik.
Cukai itu haram disisi Islam. Mane boleh setuju dan x setuju. Cukai hanya untuj kafir. Zakat untuk orang Islam. Jazakallah khayron, Artikel yang amat bagus.
Post a Comment